Republik Sosialis Soviet Autonomi Tajikistan
| Republik Sosialis Soviet Autonomi Tajikistan | |||||||||
|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
| RSSA di Republik Sosialis Soviet Uzbekistan | |||||||||
| 1924–1929 | |||||||||
| |||||||||
Lokasi RSSA Tajikistan di dalam RSS Uzbekistan | |||||||||
| Ibu kota | Dushanbe | ||||||||
| Sejarah | |||||||||
| • Jenis | Republik Soviet | ||||||||
| Sejarah | |||||||||
• Ditubuhkan | 14 Oktober 1924 | ||||||||
• Dibubarkan | Oktober 1929 | ||||||||
| |||||||||
Republik Sosialis Soviet Autonomi Tajikistan[c] (RSSA Tajikistan), merupakan sebuah republik autonomi dalam Republik Sosialis Soviet Uzbekistan (RSS Uzbekistan) di Kesatuan Soviet. Republik ini telah ditubuhkan pada 14 Oktober 1924 melalui beberapa akta undang-undang yang membahagikan semula tiga wilayah sedia ada di Asia Tengah, iaitu RSSA Turkestan, Republik Soviet Rakyat Bukhara dan Republik Soviet Rakyat Khwarazm, sekali gus menjadi lima entiti baharu berdasarkan prinsip etnik: RSS Uzbekistan, RSS Turkmenistan, RSSA Tajikistan (dalam RSS Uzbekistan), Oblast Autonomi Kara-Kirghiz (sebagai wilayah Soviet Rusia), dan Oblast Autonomi Karakalpak (sebagai wilayah RSSA Kazakhstan).
Ibu kota RSSA Tajikistan terletak di Dyushambe. Pada Oktober 1929, atas inisiatif Shirinsho Shotemur, RSSA Tajikistan ditukar menjadi sebuah republik Soviet sepenuhnya iaitu RSS Tajikistan, yang turut menyerap wilayah Khujand (sekarang Wilayah Sughd di utara Tajikistan) dari SSR Uzbekistan. Ibu kota Dyushambe kemudian dinamakan semula sebagai Stalinabad sempena nama pemimpin Soviet, Joseph Stalin.
Seperti republik Soviet lain, proses perindustrian dan kolektivisasi bermula pada 1927 dan berlanjutan hingga akhir 1930-an. Kaedah keganasan sering digunakan untuk memaksa petani menyertai kolektivisasi, menyebabkan penentangan terhadap kerajaan antara 1930 hingga 1936. Pembersihan Stalinisme turut menjejaskan banyak anggota Parti Komunis Tajikistan, mengakibatkan kira-kira 10,000 orang dibunuh (70% daripada ahli parti). Rakyat Tajikistan juga menderita akibat pemindahan paksa: pada 1950-an hingga 1960-an, penduduk kawasan pergunungan dihantar ke bandar-bandar untuk memenuhi keperluan tenaga kerja, manakala pada 1951–1952, 3,000 Basmachi dihantar ke Siberia.[1]
Nota
[sunting | sunting sumber]- ^ جمهوريت اجتماعی شوروى مختار تاجيكستان ditulis menggunakan abjad Parsi, tetapi menjadi lapuk dan tidak digunakan semasa zaman Soviet.
- ^ Ҷумҳурии Мухтори Шӯравии Сотсиалистии Тоҷикистон ditulis menggunakan abjad Cyril, yang belum digunakan pada tempoh masa ini.
- ^ Tajik: Ҷумҳурии Мухтори Шӯравии Сотсиалистии Тоҷикистон, Çumhuriji Muxtori Şūraviji Sotsialistiji Toçikiston; Rusia: Таджикскаи Автономная Социалистическая Советская Республика, rumi: Tadzhikskai Avtonomnaya Sotsialisticheskaya Sovetskaya Respublika; Templat:Lang-uz-Cyrl-Latn
Catatan
[sunting | sunting sumber]- ^ "Tajikistan". Tajikistan | Communist Crimes (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2020-08-15.
Bacaan tambahan
[sunting | sunting sumber]- B. A. Antonenko, penyunting (1983). History of Tajik SSR (dalam bahasa Russian). Dushanbe: Maorif Publ. House.CS1 maint: unrecognized language (link)