Pergi ke kandungan

Republik Sosialis Soviet Autonomi Turkestan

Koordinat: 41°18′40″U 69°16′47″T / 41.31111°U 69.27972°T / 41.31111; 69.27972
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Republik Sosialis Soviet Autonomi Turkestan
Туркестанская Автономная Советская Социалистическая Республика
RSSA di RSPS Rusia
1918–1924
Flag of RSSA Turkestan
Lambang of RSSA Turkestan
Bendera Lambang

Peta Asia Tengah Soviet 1922, menandakan lokasi RSSA Turkestan (coklat).
Ibu kotaTashkent
Sejarah
Era bersejarahTempoh antara perang
• Ditubuhkan
30 April 1918
• Dibubarkan
27 October 1924
Didahului oleh
Diganti oleh
Autonomi Turkestan
RSS Uzbekistan
RSS Turkmenistan
RSSA Tajikistan
Kara-Kirghiz AO
Karakalpak AO

Republik Sosialis Soviet Autonomi Turkestan (RSSAT; Rusia: Туркестанская Автономная Советская Социалистическая Республика, rumi: Turkestanskaya Avtonomnaya Sovetskaya Sotsialisticheskaya Respublika; Uzbek: Turkiston Avtonom Sovet Sotsialistik Respublikasi), pada mulanya dikenali sebagai Republik Persekutuan Soviet Turkestan, merupakan sebuah republik autonomi dalam Republik Sosialis Persekutuan Soviet Rusia (RSPSR) yang terletak di Asia Tengah Soviet dan wujud antara tahun 1918 hingga 1924. Orang Uzbek ialah bangsa utama di RSSAT. Tashkent merupakan ibu kota serta bandar terbesar di wilayah tersebut.

Pada zaman Empayar Rusia, wilayah Republik Autonomi Sosialis Soviet Turkestan (RSSA Turkestan) ditadbir sebagai Wilayah Turkestan (Turkestan Krai), Emiriah Bukhara dan Kekhanan Khiva. Bermula tahun 1905, tokoh pemikir Pan-Turkisme seperti Ismail Gasprinski berusaha menghapuskan perbezaan antara masyarakat yang bertutur dalam bahasa Turkik, dengan tujuan menyatukan mereka di bawah satu pemerintahan.[1]

Idea ini disokong oleh Vladimir Lenin. Selepas Revolusi Rusia 1917, golongan Bolshevik di Tashkenta menubuhkan RSSA Turkestan. Namun begitu, pada Februari 1918, Majlis Islam (bahasa Uzbek: Shoʻro-i Islomiyya) dan Majlis Golongan Cendekiawan (Shoʻro-i Ulamo) bermesyuarat di bandar Kokand dan mengisytiharkan Republik Autonomi Turkestan yang menjadi pesaing. Mereka menentang tentera Bolshevik sehingga tahun 1920-an sebagai sebahagian daripada pemberontakan konservatif Basmachi.[1]

Republik Persekutuan Soviet Turkestan diisytiharkan secara rasmi pada 30 April 1918.[2][3] Walau bagaimanapun, pengaruhnya pada ketika itu sangat terhad, hanya meliputi beberapa simpang landasan kereta api.[4]

Pada akhir tahun 1917, republik ini terputus hubungan dengan Republik Sosialis Persekutuan Soviet Rusia (RSPSR) akibat pemberontakan Kozak Orenburg. Bagaimanapun, walaupun dikepung oleh negeri-negeri yang bermusuhan, ia masih bertahan sehingga ketibaan Tentera Merah pada September 1919 selepas serangan balas di Barisan Timur.[5]

Sementara itu, berlaku perebutan kuasa dalam kalangan golongan komunis. Satu pihak menyokong pembentukan kerajaan Pan-Turki, seperti Turar Ryskulov dan Tursun Khojaev. Pihak lain pula menyokong pembahagian Turkestan Soviet kepada unit-unit kecil berdasarkan etnik atau wilayah, seperti Fayzulla Xoʻjayev dan Akmal Ikramov. Golongan kedua ini akhirnya menang apabila proses penentuan sempadan nasional di Asia Tengah bermula pada tahun 1924.[1]

Selepas pembubarannya, RSSA Turkestan dipecahkan kepada Republik Sosialis Soviet Uzbekistan (kini Uzbekistan), Republik Sosialis Soviet Turkmenistan (kini Turkmenistan) bersama RSSA Tajikistan (kini Tajikistan), Wilayah Autonomi Kara-Kirghiz (kini Kyrgyzstan), dan Wilayah Autonomi Karakalpak (kini Republik Autonomi Karakalpakstan dalam Uzbekistan).[1]

  1. ^ a b c d Yalcin, Resul (2002). The Rebirth of Uzbekistan: Politics, Economy, and Society in the Post-Soviet Era. Garnet & Ithaca Press. m/s. 36–38, 163–164.
  2. ^ "ТУРКЕСТАНСКАЯ АВТОНОМНАЯ СОВЕТСКАЯ СОЦИАЛИСТИЧЕСКАЯ РЕСПУБЛИКА • Большая российская энциклопедия – электронная версия", Bigenc.ru, dicapai pada 2 September 2020
  3. ^ "Положение о Туркестанской Советской Федеративной Республике – Викитека", Ru.wikisource.org, dicapai pada 2 September 2020
  4. ^ von Gumppenberg, Marie-Carin; Steinbach, Udo (2004). Zentralasien: Geschichte, Politik, Wirtschaft; ein Lexikon (dalam bahasa Jerman). Munich. m/s. 43.
  5. ^ Smele, Jonathan D. (15 January 2016). The 'Russian' Civil Wars, 1916-1926: Ten Years That Shook the World. Rowman & Littlefield Publishers. m/s. 228. ISBN 9781849044240.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]
Republik autonomi Kesatuan Soviet
Coat of arms of the Soviet Union Abkhaz RASS | Adjar RASS | Bashkir RASS | Buryat RASS | Chechen-Ingush RASS | Chuvash RASS | Crimea RASS |
Dagestan RASS | Kabardin RASS | Kabardino-Balkar RASS | Kalmyk RASS | Karakalpak RASS | Karelia RASS | Kazakh RASS |
Komi RASS | Kyrgyz RASS | Mari RASS | Moldavian RASS | Mordovia RASS | Nakhchivan RASS | Utara Ossetia RASS |
Tatar RASS | Turkestan RASS | Tuva RASS | Udmurtia RASS | Volga Jerman RASS | Yakut RASS

41°18′40″U 69°16′47″T / 41.31111°U 69.27972°T / 41.31111; 69.27972