Pergi ke kandungan

Republik Sosialis Soviet Autonomi Tuva

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Republik Sosialis Soviet
Autonomi Tuva
Тувинская Автономная Советская
Социалистическая Республика
 (Rusia)
Тыва Автономнуг Совет
Социалистиг Республика
 (Tuva)
RSSA di RSPSR
Republik di Persekutuan Rusia
1961–1992
Flag of RSSA Tuva
Lambang (1978–1992) of RSSA Tuva
Bendera
(1978–1990)
Lambang
(1978–1992)

Peta Republik Tuva,
dahulunya Republik Rakyat Tuva.
Antem
"Hutan Dipenuhi Kacang Pine"
Тооруктуг долгай таңдым
Ibu kotaKyzyl
Sejarah
 • JenisRepublik Soviet
Sejarah 
• Ditubuhkan
10 Oktober 1961
• Kedaulatan diisytihar (Ditukar nama ke RSS Tuva)
12 Disember 1990
• Diubah nama ke Republik Tuva
31 Mac 1992
Didahului oleh
Diganti oleh
Tuvan AO
Tuva

Republik Sosialis Soviet Autonomi Tuva (Rusia: Тувинская Автономная Советская Социалистическая Республика; Tuva: Тыва Автономнуг Совет Социалистиг Республика), atau RSSA Tuva (Rusia: Тувинская АССР; Tuva: Тыва АССР), merupakan sebuah republik autonomi dalam Republik Sosialis Persekutuan Soviet Rusia. Ia ditubuhkan pada 10 Oktober 1961 daripada Oblast Autonomi Tuva.[1] Kawasannya berkeluasan 175,000 kilometer persegi dan bersempadan dengan Mongolia di selatan, Republik Sosialis Soviet Autonomi Buryat di timur, Oblast Autonomi Gorno-Altai di barat, serta Oblast Autonomi Khakas di utara.[2]


Republik Sosialis Soviet Autonomi Tuva (RSSA Tuva) dianugerahkan Darjah Lenin pada 9 Oktober 1964 sempena ulang tahun ke-20 penyertaannya ke dalam Kesatuan Soviet (USSR), dan menerima Darjah Persahabatan Rakyat pada 29 Disember 1972 untuk memperingati ulang tahun ke-50 USSR.[3] Organ kerajaan tertinggi ialah Majlis Tertinggi Soviet RSSA Tuva, yang terdiri daripada 130 deputi dengan tempoh perkhidmatan lima tahun. [3]

Pada 1990, berlaku ketegangan etnik antara minoriti Rusia dan majoriti orang Tuva akibat dasar-dasar yang memihak kepada penduduk Rusia, termasuk dasar pendidikan wajib di asrama Rusia untuk anak-anak petani lembu Tuva.[4] Pilihan raya 1990 merupakan kali pertama semua jawatan penting dalam pentadbiran Tuva dipegang oleh orang Tuva. Pada 1991, Tuva secara besar-besaran menyokong calon Parti Komunis Nikolai Ryzhkov dalam pilihan raya presiden Rusia.[4] Pada 27–28 Ogos 1991, gabungan gerakan demokratik mengadakan mogok lapar dan menuntut peletakan jawatan kepimpinan republik, yang menyebabkan Chimit-Dorzhu Ondar, Pengerusi Majlis Tertinggi Soviet meletak jawatan dan semua harta Parti Komunis diambil oleh kerajaan.[5] Tindakan ini membawa kepada pembubaran RSSA Tuva, dan pada 31 Mac 1992, penggantinya, Republik Tuva menjadi anggota Persekutuan Rusia.

Ekonomi RSSA Tuva berasaskan dua sektor utama, iaitu pertanian dan perlombongan, dengan tanaman utama seperti gandum dan barli.[3] Walaupun pertanian kebanyakannya dilakukan oleh penduduk asli, industri di Tuva banyak bergantung kepada buruh imigran Rusia.[4]

Dari segi demografi, walaupun terdapat imigrasi Rusia dan sistem pendidikan menengah serta tinggi hampir sepenuhnya dalam bahasa Rusia menjelang 1990-an, orang Tuva kekal sebagai etnik majoriti, dengan kira-kira 206,000 orang Tuva berbanding 98,000 orang Rusia.[4] Sepanjang kewujudannya, RSSA Tuva turut menjadi lokasi banyak kem penjara dan koloni buruh.[4]

  1. ^ Keesing's Contemporary Archives Volume 7, (October 1961) p. 18377
  2. ^ Mongush, Mergen. “The Annexation of Tannu‐Tuva and the Formation of the Tuva ASSR.” Central Asian Survey 12, no. 1 (1993): 81–85. https://doi.org/10.1080/02634939308400802. p.81
  3. ^ a b c The Great Soviet Encyclopedia, 3rd Edition. S.v. "Tuva Autonomous Soviet Socialist Republic."
  4. ^ a b c d e Alatalu 1992, m/s. 890.
  5. ^ Alatalu 1992, m/s. 893.
  • Alatalu, Toomas (1992). "Tuva—A State Reawakens". Soviet Studies. 44 (5): 881–95. doi:10.1080/09668139208412051.
Republik autonomi Kesatuan Soviet
Coat of arms of the Soviet Union Abkhaz RASS | Adjar RASS | Bashkir RASS | Buryat RASS | Chechen-Ingush RASS | Chuvash RASS | Crimea RASS |
Dagestan RASS | Kabardin RASS | Kabardino-Balkar RASS | Kalmyk RASS | Karakalpak RASS | Karelia RASS | Kazakh RASS |
Komi RASS | Kyrgyz RASS | Mari RASS | Moldavian RASS | Mordovia RASS | Nakhchivan RASS | Utara Ossetia RASS |
Tatar RASS | Turkestan RASS | Tuva RASS | Udmurtia RASS | Volga Jerman RASS | Yakut RASS