Resit

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Resit (Jawi: رسيت) ialah pengakuan bahawa bilangan barangan tertentu atau jumlah wang tertentu telah diterima. Resit merekodkan pembelian barangan atau perkhidmatan yang diterima dalam pertukaran.[1]

Maksud Lain RESIT :

===================================[sunting | sunting sumber]

1. Resit TNG - Resit TNG adalah merupakan satu salinan Sejumlah wang (RM) contohnya, RESIT RM5, RESIT RM10, Dan RESIT RM20. RESIT RM30 amat jarang digunakan kerana selalu seyek kalau kerap digunakan. Hidup tanpa resit akan menjadikan kita hari-hari claim free kredit.

Cetakan[sunting | sunting sumber]

Resit dari restouran gunung di Switzerland di puncak Grosse Scheidegg. Termasuk daftar makanan dengan harga, nombor Tisch (meja) (7/01), maklumat harga keseluruhan dalam dua mata wang (Frank Switzerland dan Euro), nota mengenai cukai 7.6%, maklumat hubungan dan nama juruwang (Ursula).

Di negara bertutur bahasa Inggeris istilah ini paling sering digunakan pada rekod bercetak yang diberikan pada pengguna pada tempat jualan yang menyenaraikan pembelian yang dibuat, jumlah keseluruhan urusniaga kewangan termasuk cukai, potongan dan penyesuaian lain, jumlah dibayar dan kaedah pembayaran.

Resit ini juga semakin memasukkan pesanan dari peniaga, jaminan atau perincian pulangan, tawaran istimewa, pengiklanan atau kupon. Resit juga diberikan bagi operasi bukan retail seperti urusniaga perbankan. Resit merupakan dokumen sah dalam perundangan.[2] Dalam kebanyakan negara, terutama di Amerika Syarikat, ia diwajibkan menurut undang-undang bagi pekedai, dan individu, untuk memberikan resit dan menyimpan maklumat mengenai setiap resit, agar pihak berkuasa cukai, atau IRS boleh memeriksa bahawa jualan tidak disembunyikan.[3]

Kertas haba[sunting | sunting sumber]

Di mana sahaja kad kredit dan kebanyakan juala berlaku, resit dicetak menggunakan pencetak haba printing]] pada kertas haba. Sesetengah kertas haba memiliki Bisphenol A, yang pada dos tinggi mampu menyebabkan mati pucuk pada lelaki[4] and is harmful to children,[5][6] tetapi kertas haba bebas-BPA dan bebas phenol sepenuhnya juga terdapat. Ciptaan terkini telah mendorong kepada teknologi haba pelbagai warna dan keupayaan mencetak resit kedua belah.



Tidak bercetak[sunting | sunting sumber]

Resit tulis tangan atau dilengkapkan dengan tangan sering digunakan bagi urusniaga yang tidak kerap atau tidak berkala, atau bagi urusniaga yang dilakukan tanpa terminal, mesin tunai atau titik jualan (sebagai contoh, seperti yang diberikan oleh tuan rumah kepada penyewa sebagai resit untuk wang sewa.)

Industri berkait[sunting | sunting sumber]

Menguruskan resit dan dokumen kewangan yang serupa merupakan industri berjuta dollar di Amerika Syarikat. Pengguna boleh menggunakan komputer meja atau perisian di talian bagi menguruskan resit eletronik; kadang kala, resit dihantar secara digital dari peranti titik jualan kepada pengguna. Perkembangan trend resit digital telah mendorong kepada pelancaran perniagaan baru yang tertumpu pada pengurusan resit digital

Rujukan[sunting | sunting sumber]