Resolusi Majlis Keselamatan PBB 1929

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

Resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu 1929, diterima pada 9 Jun 2010, selepas mengambil kira resolusi 1696 (2006), 1737 (2006), 1747 (2007), 1803 (2008), 1835 (2008) dan 1887 (2009) berkenaan topik Iran dan pengawalan senjata nuklear, Majlis mendapati Iran gagal mematuhi resolusi Majlis Keselamatan terdahulu mengenai program nuklearnya dan menambah sekatan terhadap negara itu.[1]

Resolusi ini, yang menerima sekatan pusingan keempat terhadap Iran,[2] dilululskan dengan 12 undi ya, dua undi tidak daripada Brazil dan Turki, dengan satu kekecualian daripada Lubnan.

Sekatan terbaru ini tidak mendapat sokongan kesemua 15 negara yang mewakili Majlis Keselamatan PBB. Itu pun selepas Amerika Syarikat dan Britain sebagai penaja utama terpaksa berkompromi di antara kemahuan sebenar mereka dengan China dan Rusia sebagai penyokong Iran. Mereka terpaksa beralah dengan kehendak Beijing dan Moscow yang tidak mahu sekatan terhadap sektor gas dan minyak Iran.[3]

Reaksi[sunting | sunting sumber]

Iran[sunting | sunting sumber]

Presiden Iran Mahmoud Ahmadinejad memerihalkan resolusi baru itu sebagai "sapu tangan telah diguna yang patut dibuang ke dalam tong sampah".[4] Dia juga memberi amaran yang negara itu akan mengakhiri perundingan mengenai program nuklearnya sekiranya resolusi itu diluluskan.[5]

Turki dan Brazil[sunting | sunting sumber]

Brazil dan Turki mengkritik sekatan ini, menyatakan yang ia akan menjejaskan usaha diplomatik lanjut.[6] Brazil dan Turki sebelum ini telah menawarkan untuk menjadi pengantara, satu tawaran yang telah diterima Iran. Mereka juga sebelum ini telah mencapai persetujuan pertukaran uranium dengan Iran.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Templat:UNSCR 2010