Revolusi Bunga Teluki

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Rakyat meraikan kemenangan revolusi di atas kereta perisai Portugis

Revolusi Bunga Teluki (Portugis: Revolução dos Cravos, Bahasa Inggeris: Carnation Revolution) merupakan suatu kudeta pimpinan kelompok tentera berhaluan kiri yang berlangsung di Lisbon, Portugal pada 25 April 1974 (oleh itu turut digelar 25 de Abril, Portugis: vinte e cinco de Abril) lalu menyebabkan penggulingan pemerintahan Estado Novo di negara tersebut,[1] seterusnya membawa kepada tindakan kuasa Portugis menarik diri daripada jajahan-jajahannya di benua Afrika. Nama revolusi ini merujuk kepada pemberian bunga teluki kepada para tentera sebagai tanda keamanan kerana revolusi yang langsung tidak menumpahkan setitis darahpun.[2][3][4]

Peristiwa ini diperingati dan diraikan setiap tahun di Portugal dengan nama "Hari Kebebasan" pada 25 April, yang merupakan cuti umum di negara tersebut.

Faktor penyebab[sunting | sunting sumber]

Campur tangan dalam jajahan[sunting | sunting sumber]

Kelompok-kelompok pejuang kemerdekaan yang muncul mencetuskan konflik dalam jajahan-jajahan Afrika (Mozambique, Congo, Angola dan Guinea) memaksa perbelanjaan pemerintahan dilebihkan kepada tujuan ketenteraan. Pergelutan yang berlaku di kawasan-kawasan ini turut menyebabkan Portugal disisihkan negara-negara lain serta dikenakan embargo dan sekatan dagangan mereka.[5] Banyak rakyat yang berfahaman kiri politik termasuk pelajar universiti dan aktivis terpaksa keluar dari Portugal bagi mengelakkan dikerah atau ditahan dan diseksa pihak pemerintah atas keengganan mereka.

Ekonomi[sunting | sunting sumber]

Ekonomi Portugal pesat membangun sehingga dasar-dasar yang berkaitan menghasilkan konglomerat-konglomerat besar (seakan chaebol, keiretsu atau zaibatsu) merangkumi pelbagai industri yang turut tersebar di jajahan-jajahan Portugal, terutamanya di Cabinda (kini milik Angola) dan Mozambique. Ekonomi tempatan di kawasan jajahan Afrika sendirinya membangun pada kadar memberangsangkan, lebih-lebih lagi dalam sektor hasil pertanian dan pelancongan. Perang Jajahan Portugal yang berlanjutan selama dua dekad ini memakan sebanyak 40% perbelanjaan negara menjadi sungguh membebankan dalam kalangan rakyat lalu menambahkan momentum kepada puak yang ingin bertindak menentang Pemerintahan Estado Novo dalam kalangan tentera. Warga berbangsa Portugis di jajahan-jajahan Afrika juga rela menerima kemerdekaan di kawasan mereka sekiranya status ekonomi mereka dikekalkan.

Pergerakan[sunting | sunting sumber]

Pemecahan puak tentera[sunting | sunting sumber]

Pada bulan Februari 1974, Marcello Caetano bertekad mengusir Jeneral António de Spínola atas perbezaan pendapat mengenai kenaikan pangkat yang sewenangnya serta dasar-dasar pemerintahan Portugis yang tertentu. Pada saat ini, beberapa perwira sayap kiri militer yang menentang kegiatan perang pemerintah mula membentuk suatu "Gerakan Angkatan Bersenjata" (Movimento das Forças Armadas) untuk menggulingkan pemerintah. Gerakan ini dipimpin oleh Mj. Vitor Alves dan Mj. Otelo Saraiva de Carvalho dan kapten Vasco Lourenço dan bergabung dengan Salgueiro Maia. Gerakan ini turut dibantu oleh petugas lain dalam tentera Portugis yang menyokong Spinola serta suatu reformasi awam dan ketenteraan yang demokratik.

Detik mula revolusi[sunting | sunting sumber]

Terdapat dua isyarat rahsia yang diketahui dalam gerakan rampasan kuasa tersebut - isyarat pertama merupakan lagu E Depois do Adeus oleh Paulo de Carvalho yang dimainkan pada jam 10:55 malam oleh stesen 'Emissores Associados de Lisboa' di mana para pemimpin pihak pemberontak dan tentera memulakan gerakan merekai kudeta. Selanjutnya, pada tanggal 25 April 1974 jam 12:20 tengah malam, stesen Radio Renascença menyiarkan lagu Grandola, Vila Morena oleh Zeca Afonso, seorang rakyat berpengaruh dan politik musisi-penyanyi dilarang di radio Portugis pada saat itu. Ini adalah sinyal bahwa MFA memberikan untuk mengambil alih titik-titik strategis dari kekuasaan di negara itu dan "mengumumkan" bahwa revolusi telah dimulai dan tidak akan menghentikannya kecuali "kemungkinan represi rezim ini".

Rejim Caetano mengalah setelah enam jam kemudian, dengan ribuan rakyat Portugis secara spontannya keluar dari rumah-rumah mereka di Lisbon ke jalanan - meskipun diberi amaran oleh ketua-ketua Gerakan Angkatan Bersenjata - serta berjumpa dengan para pemberontak tentera sebagai tanda sokongan kepada mereka. Rakyat membawa bunga teluki segar dari pasar-pasar bunga kota lalu diletakkan pada laras senapang para askar memberontak yang memeriahkan suasana revolusi tersebut.

Caetano berlindung dalam kantor polis tentera utama di Largo do Carmo, di mana bangunan ini dikepung pihak pemberontak yang mahunya menyerahkan kekuasaan kepada Spínola. Caetano dan Presiden Américo Tomás meletakkan jawatan mereka, dan kedua-duanya dibawa dalam tahanan ke Kepulauan Madeira selama beberapa hari sebelum mereka membuang diri ke Brazil.[6] Hanya Tomás sahaja kembali ke Portugal beberapa tahun kemudian manakala Caetano menghabiskan sisa hidupnya di Brazil.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "1974: Rebels seize control of Portugal", On This Day, 25 April, BBC, 25 April 1974, dicapai pada 2 Januari 2010
  2. ^ Association, Peter Booker, Algarve History. "Why April 25th is a holiday - the Carnation Revolution and the events of 1974" (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2017-12-29.
  3. ^ Araújo Branco, Isabel (2000). "25 DE ABRIL SEMPRE! - A flor que deu o nome à Revolução: «Um cravo oferece-se a qualquer pessoa»". Avante! (dalam bahasa Portugis) (1378). Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-07-06. Dicapai pada 24 April 2013.
  4. ^ Portugal - Cravos - 25 de Abril de 1974 – Relatos nos jornais
  5. ^ "Adrian Hastings". The Daily Telegraph. London. 26 June 2001.
  6. ^ "Milestones, Nov. 10, 1980". Time (dalam bahasa Inggeris). 1980-11-10. ISSN 0040-781X. Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-08-25. Dicapai pada 2017-07-13.

Bacaan lanjut[sunting | sunting sumber]

  • Barker, Collin. Revolutionary Rehearsals. 266 mukasurat. Haymarket Books. Edisi Pertama, 1 Disember 2002. ISBN 1-931859-02-7.
  • Phil Mailer, Portugal: The Impossible Revolution? (All sixteen chapters and the introduction by Maurice Brinton)
  • Ferreira, Hugo Gil, & Marshall, Michael William. "Portugal's Revolution: 10 years on". Cambridge University Press, 303 mukasurat, 1986. ISBN 0-521-32204-9
  • Green, Gil. Portugal's Revolution. 99 mukasurat. International Publishers. Edisi Pertama, 1976. ISBN 0-7178-0461-5.
  • Mailer, Phil. Portugal: The Impossible Revolution? PM Press. Edisi ke-2, 2012. ISBN 978-1-60486-336-9
  • Maxwell, Kenneth, 'Portugal: “The Revolution of the Carnations”, 1974–75’, in Adam Roberts and Timothy Garton Ash (eds.), Civil Resistance and Power Politics: The Experience of Non-violent Action from Gandhi to the Present. Oxford & New York: Oxford University Press, 2009, m/s. 144–61. ISBN 978-0-19-955201-6.
  • Wise, Audrey. Eyewitness in Revolutionary Portugal. Bertrand Russell Peace Foundation for Spokesman Books, 72 mukasurat, 1975
  • George Wright, The Destruction of a Nation: United States Policy Towards Angola Since 1945, ISBN 0-7453-1029-X

Pautan luar[sunting | sunting sumber]