Revolusi Petani Donghak

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Revolusi Petani Donghak
Tarikh11 January 1894 – 29 March 1895
Lokasi
Keputusan

Kemenangan kerajaan Korea

Pihak yang terlibat
Dinasti Joseon Korea
 Dinasti Qing
Jeob Selatan
Jeob Utara
 Empayar Jepun
Komandan dan pemimpin

Raja Gojong
Permaisuri Min
Yi Yongtae
Hong Gyehun
Yi Hakseung
Gu Sangjo
Seong Hayeong
Jang Yongjin
Yi Gidong
Yi Gyutae

Dinasti Qing Maharaja Guangxu
Li Hongzhang
Ye Zhichao
Wei Rugui
Ma Yukun
Jeon Bongjun
Kim Gaenam
Son Hwajung
Choe Gyeongseon
Kim Deokmyeong
Choe Sihyeong
Son Byong-hi

Maharaja Meiji
Yamagata Aritomo
Itō Sukeyuki
Kawakami Soroku
Nogi Maresuke
Kolonel Moriya

Leftenan Suzuku
Kekuatan
3,000–50,000 tentera Korea 15,000–300,000 pemberontak Jeob Selatan
10,000–300,000 pemberontak Jeob Utara
500–3,000 tentera Jepun
Kerugian dan korban
6,000 tentera Korea terbunuh Puluhan hingga ratusan ribu orang terbunuh dari kedua-dua Jeob 200 tentera Jepun terbunuh

Revolusi Petani Donghak (동학 농민 혁명; 東學農民革命; donghak nongmin hyeongmyeong), atau juga dikenali sebagai Gerakan Petani Donghak (동학 농민 운동; 東學農民運動; donghak nongmin undong), Pemberontakan Donghak, Rusuhan Petani 1894, Revolusi Petani Gabo, dan pelbagai nama lain, merupakan pemberontakan bersenjata yang berlaku di Korea pada tahun 1894 melibatkan para petani marhaen serta pengikut fahaman Donghak, suatu agama panenteistik yang turut dilihat sebagai suatu ideologi politik.

Hasil berikutan konflik ini, Raja Gojong memulakan tindakan yang bertujuan memperbaharui segala aspek dalam masyarakat kerajaan baginda iaitu Pembaharuan Gabo antaranya mengharamkan perhambaan dan larangan janda berkahwin semula serta pemansuhan kelas-kelas sosial dalam masyarakat Joseon secara rasmi. Walau bagaimanapun, pembaharuan berkaitan pemilikan tanah yang sangat dituntut para petani tidak dihiraukan lalu langkah pembaharuan baginda tidak mendapat sokongan daripada rakyat jelata.

Pada tahun 1894, majistret Gobu, Jo Byeonggap, telah mencipta pelbagai undang-undang palsu dan memaksa para petani untuk membina takungan dan menetap di tanah tidak bertuan semata-mata untuk beliau menjadi kaya melalui cukai dan denda. Pada bulan Mac, para petani yang marah bersekutu di bawah Jeon Bongjun dan Kim Gaenam, memulakan Pemberontakan Gobu. Walau bagaimanapun, pemberontakan Gobu dikekang oleh Yi Yongtae, dan Jeon Bongjun melarikan diri ke Taein. Pada bulan April, Jeon mengumpul tentera di Gunung Baek dan menawan semula Gobu. Para pemberontak kemudian mengalahkan pasukan kerajaan di Genting Hwangto dan Sungai Hwangryong. Jeon kemudian menawan Kubu Jeonju dan berlawan dalam pengepungan dengan pasukan Joseon Hong Gyehun. Namun pada bulan Mei, pemberontak menandatangani gencatan senjata dengan pasukan kerajaan, dan membina agensi-agensi yang dipanggil Jibgangso yang menangani urusan di daerah yang dikawal pemberontak. Ketenangan yang tidak berapa stabil ini berterusan sepanjang musim panas.

Kerajaan yang kini takut meminta bantuan dinasti Qing, dan mereka menghantar 2,700 orang tentera ke Korea. Jepun, yang marah bahawa kerajaan Qing tidak memaklumkan Jepun (seperti yang dijanjikan dalam Konvensyen Tientsin), memulakan Perang Sino-Jepun Pertama.[1] Perang tersebut mengakibatkan pengusiran pengaruh Cina dari Korea dan juga menandakan berakhirnya Gerakan Pengukuhan Kendiri di China itu sendiri.

Peningkatan penguasaan Jepun di Semenanjung Korea menyebabkan kebimbangan di kalangan pemberontak. Dari September hingga Oktober, pemimpin-pemimpin Selatan dan Utara berunding tentang rancangan untuk masa depan di Samrye. Pada 12 Oktober, sekumpulan tentera gabungan dari Jeob Utara dan Selatan, dan tentera, berjumlah 25,000 ~ 200,000 orang telah dibentuk dan terus menyerang Gongju. Selepas beberapa pertempuran, tentera pemberontak ditumpaskan dalam Pertempuran Ugeumchi, dan pemberontak sekali lagi dikalahkan dalam Pertempuran Taein. Pertempuran berterusan pada musim bunga tahun 1895. Pemimpin pemberontak kemudian ditangkap di pelbagai lokasi di Wilayah Honam, dan sebahagian besar telah dibunuh dengan digantung sampai mati secara beramai-ramai pada bulan Mac.

Latar Belakang[sunting | sunting sumber]

Keadaan masyarakat Korea pada abad ke-19 adalah sangat tidak stabil kerana banyaknya pemberontakan.[2] Serangkaian pemberontakan bermula dengan Perang Petani Gwanseo dan berakhir dengan Revolusi Petani Donghak.[3]

Perang Petani Gwanseo (관서)[sunting | sunting sumber]

Pemberontakan besar yang pertama adalah Perang Petani Gwanseo (1811-1812). Pemimpin pemberontak Hong Gyeongnae mempersiapkan persediaan untuk pemberontakan sejak tahun 1801 lagi. Menjelang September 1811, Hong Gyeongnae telah mengumpulkan tentera di Pulau Chudo, mengumpulkan sokongan dari pemilik tanah yang kaya.[4]

Pemberontakan bermula pada 18 Disember, dengan tertulisnya pesanan berikut di Kubu Jeonju:

Saya, Pemimpin Besar Pyongan Barat, menulis pesanan ini dengan tergesa-gesa. Sekian lama, Wilayah Gwanseo menjadi tempat Dangun (pengasas Korea mengikut mitos), dan Gwanseo adalah kunci kepada dua peperangan (serangan Manchu dan Jepun). Bukankah tidak adil, bagaimana kerajaan memperlakukan kita? Terdapat seorang raja muda (Raja Sunjo), dan para pegawai yang korup di sekelilingnya. Memandangkan Kim Josun dan Park Jonggyeong memerintah negara seolah-olah negara milik mereka, kerajaan berada dalam kekacauan, dan rakyat menjadi susah. Tetapi bersyukur, seorang lelaki telah muncul yang akan menyelamatkan dunia. Buka pintumu dan temui tentera kami. Jika ada yang bodoh menentang, kami akan menghancurkan anda dengan 5,000 bilah pedang kami.....[5]

Hong Gyeongnae menawan kebanyakan Wilayah Gwanseo dalam tempoh sepuluh hari. Walau bagaimanapun, tenteranya dikalahkan dalam Pertempuran Songnim, dan pada Januari 1812, mereka dikepung dalam Kubu Jeongju. Tentera kerajaan akhirnya meruntuhkan tembok Jeongju dengan menggunakan sebelas tan peledak yang digali di bawah tembok. Semua pemberontak lelaki di atas umur sepuluh tahun telah dibunuh.[6]

Pemberontakan Petani Imsul[sunting | sunting sumber]

Satu lagi pemberontakan besar-besaran ialah Pemberontakan Petani Imsul pada tahun 1862 dan ketika itu, 71 buah bandar memberontak dengan serentak. Kerajaan sering mengenakan cukai kepada orang yang telah mati mahupun bayi, walaupun sebenarnya hanya mereka lebih daripada lima belas tahun sahaja yang layak untuk dikenakan cukai. Tambahan pula, sebahagian besar bakinya diberikan kepada pemilik tanah. Pemberontakan bermula pada 10 Februari di Jinju. Rakyat Jinju menawan majistret Baek Nakshin, dan membakar tuan-tuan tanah seperti Jeong Namseong, Seong Buin, dan Choe Jinsa di kayu pancang. Anak-anak mereka juga dibunuh ketika cuba menyelamatkan bapanya. Pemberontakan tidak lama kemudian tersebar ke seluruh Korea Selatan, dan terus berlanjutan hingga Januari 1863. Penduduk Gwangju bahkan hingga ke Seoul. Pemberontakan yang paling parah di Wilayah Jeolla, yang kemudian menjadi tapak Revolusi Donghak, apabila 38 daripada 54 buah bandar aktif memberontak..[7]

Pengasasan Donghak[sunting | sunting sumber]

Berbagai persatuan rahsia dibentuk, selain daripada kumpulan pemberontak, termasuk Salbangye, 'Persatuan pembunuh Yangban (bangsawan)'; Saljugye, 'Persatuan pembunuh pemilik (hamba)'; Salryakgye, 'Persatuan pembunuh dan perompak '; Geomgye, 'Persatuan pedang '; Judogye, 'Persatuan orang mabuk'; Yudan, 'Liga Kelana'; dan Nokrimdang, 'Kumpulan Hutan HIjau '. Nokrimdang mencuri dari orang kaya dan memberikan kepada orang miskin).[8]

Pada waktu genting inilah agama Donghak, yang kemudian Cheondoisme telah dibentuk. Pengasasnya, Choe Jeu, menggambarkan pengasasan agama tersebut, yang kemudiannya disalin oleh Choe Sihyeong, pemimpin Donghak kedua:

Menjelang 1860, saya mendengar khabar angin bahawa orang-orang Barat menyembah Tuhan, dan tidak mempedulikan kekayaan, menakluk dunia, membina kuil dan menyebarkan kepercayaan mereka. Saya tertanya-tanya sama ada saya juga boleh berbuat demikian. Pada suatu hari bulan April, fikiran saya tidak teratur dan badan saya gemetar... Tiba-tiba terdengar suara. Saya bangkit dan bertanya siapa dia.

"Jangan takut dan jangan gentar! Orang-orang di dunia memanggilku Hanulim, bagaimana kamu tidak mengenalku?" Kata Hanul. Saya bertanya sebab dia telah tampil kepada saya. "....... Aku telah menjadikan kamu di dunia ini supaya kamu dapat mengajar ayat-ayatku yang suci kepada orang ramai. Jangan ragu kata-kataku!" Hanulnim menjawab. "Adakah anda cuba mengajar orang dengan ajaran Kristian?" saya bertanya lagi.

"Tidak. Saya mempunyai azimat ajaib... menggunakan azimat ini dan selamatkan orang-orang dari penyakit, dan gunakan buku ini untuk mengajar orang untuk menghormatiku!"
[9]

Donghak adalah campuran pelbagai agama. Prinsip dan kepercayaan terasnya (tauhid, buku suci, agama yang teratur) menyerupai agama Kristian. Choe sendiri berkata bahawa "makna [antara Kristian dan Donghak] adalah sama, hanya perkataan yang berbeza". Upacara penukaran ke agama Donghak, di mana beratus-ratus orang berkumpul di tempat terbuka dan berlutut di hadapan secawan air bersih, sebahagiannya dipengaruhi oleh upacara pembaptisan Kristian.[10]

Walau bagaimanapun, terdapat juga banyak pengaruh langsung dari kepawangan dan kepercayaan rakyat. Saksi mencatatkan bahawa Choe Jeu mengambil bahagian dalam upacara animistik terhadap dewa-dewa gunung. Jampi dan Tari Pedangnya juga berasal dari kepawangan.

Ada juga kepercayaan tertentu yang unik kepada Donghak. Choe Jeu berkata bahawa "Semua manusia adalah Hanulnim". Choe mempromosikan kesaksamaan manusia, dan mewujudkan ideologi tertentu seperti kepercayaan bahawa dunia adalah kitaran 5,000 tahun (Jeoncheon dan Hucheon), dan kitaran ini berakhir untuk memberi laluan kepada dunia baru.[11] Ini menjadikan Donghak berpotensi membahayakan Dinasti Joseon, lalu kerajaan itu mengharamkan agama tersebut. Choe Jeu telah dibunuh pada tahun 1863 atas alasan 'Menipu dan Berbohong kepada Orang-orang yang Lemah'.[12]

Walau bagaimanapun, Donghak tetaptersebar ke seluruh wilayah Gyeongsang pada tahun 1870-an, menyebabkan perlunya sebuah organisasi yang lebih baik. Donghak disusun menjadi 'Jeob' dan 'Po'. Seorang 'Jeobju' (접주, 接 主) akan mentadbir 'Jeob'. Sebagai contoh, Jeon Bongjun, pemimpin revolusi, ialah seorang Jeobju dari Gobu. Di bawah Jeobju ialah 'Myeonjeobju'. Di bandar-bandar besar (seperti Taein atau Jeonju) terdapat 'Jeobju Agung', dan Kim Gaenam ialah Jeobju Agung Taein. Pelbagai Jeob pula disusun menjadi 'Po', dan 'Poju' akan memimpin Po. 'Gyoju', pada masa itu Choe Sihyeong, mengetuai seluruh agama Donghak.[13]

Pemberontakan Yi Pilje[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 1871, Yi Pilje, Jeobju di Yeonghae, memberontak menggunakan infrastruktur Donghak. Pemberontakan itu gagal, tetapi membuktikan bahawa Donghak adalah bahaya kepada masyarakat feudalistik Korea.[14]

Pemberontakan Yi Pilje dengan serius menjejaskan Donghak di Wilayah Gyeongsang, menyebabkan Choe Sihyeong menyebarkan agama ke wilayah Chungcheong dan Jeolla yang ramai penduduk. Choe berkeliaran di kedua-dua wilayah ini, menyebarkan Donghak. Son Hwajung adalah salah seorang yang pertama yang memeluk agama itu pada tahun 1881, dan beliau mengajak Jeon Bongjun pada tahun 1891. Son Byeongheui memeluk agama tersebut pada tahun 1882 oleh Choe sendiri, begitu juga Kim Gaenam pada tahun 1890.[15][16]

Gerakan Gyojo Shinwon[sunting | sunting sumber]

Menjelang tahun 1890-an, penganut Donghak memulakan petisyen untuk membatalkan pertuduhan terhadap Choe Jeu yang dijatuhkan pada 1863 dahulu. Pada masa itu, agama tersebut terbahagi kepada 'Jeob Utara' dan 'Jeob Selatan'. Seo Inju, ketua Jeob Selatan, meminta Choe Sihyeong, seorang Gyoju, untuk mengemukakan petisyen. Choe tidak menuruti permintaan itu, mungkin teringat kesan Pemberontakan Yi Pilje di Donghak di Gyeongsang.[17] Jadi, Seo Inju dan Jeob Selatan secara bebas mengadakan petisyen untuk membebaskan penganut Donghak yang dipenjarakan dan memulihkan maruah Choe Jeu. Pada bulan November 1892, Jeon Bongjun mengetuai Petisyen Samrye yang menuntut untuk:

  1. Tidak mengharamkan Donghak.
  2. Menghalau semua mubaligh dan pedagang Barat.
  3. Membunuh pegawai yang merasuah.[18]

Pada bulan Disember, terdapat petisyen lain di pasar Boeun. Ramai penganut dalam Jeobu Selatan menyangka yang mereka harus berarak ke Seoul dan menyerahkan petisyen di hadapan raja, tetapi Choe Sihyeong sendiri yang akhirnya membatalkan petisyen Boeun dan bukannya menulis surat kepada King Gojong:[19]

Kita.......bertekad untuk mengikuti doktrin baru ini (Donghak) hanya kerana kita mahu orang ramai memperbaiki diri mereka, setia kepada raja mereka, untuk menunjukkan ketaatan kepada ibu bapa mereka, menghormati guru mereka, dan menzahirkan persahabatan dengan rakan-rakan mereka.[20]

Sebagai tindak balas, Gojong mengarahkan utusan dari Utara untuk "balik ke rumah. Jika kamu berbuat demikian, beta mungkin memperkenankan permohonan kamu". Sementara itu, Seo Inju dan Jeob Selatan mengancam orang-orang Barat dan Jepun dengan berkata "Jika kamu tidak melarikan diri pada tujuh hari bulan Mac, kami semua akan membunuh kamu. Kamu menyebabkan ketidakadilan di negara asing." Amaran ini dilampirkan di bangunan perwakilan diplomatik Amerika, Perancis, dan Jepun, gereja-gereja Kristian dan sekolah-sekolah, dan daerah-daerah yang ramai warga asing tinggal.[21]

Sementara itu, Jeon Bongjun membawa para pengikutnya ke Boeun, lalu menjadi petisyen yang paling ganas dan revolusioner dalam Gerakan Gyojo Shinwon. Pengikutnya semua memakai pakaian biru dengan sarung tangan merah. Kira-kira 80,000 orang penganut, dengan bendera "Halau Orang Barat dan Jepun", berkumpul di pasar dan membina kubu tanah. Minda mereka mula berfikir seperti "Di negara-negara lain, rakyat mewujudkan majlis dan memutuskan untuk kerajaan. Petisyen ini juga seperti itu. Mengapa mesti dihalang?"[22]. Petisyen itu juga lebih agak melampau dengan permintaan seperti:

  • Mengembalikan maruah pengasas Choe Jeu.
  • Hentikan penganiayaan kepada penganut Donghak.
  • Menghalau kuasa penjajah.
  • Hentikan semua import barangan asing, dan pakai kapas dan guna barang keperluan yang dibuat di Korea.
  • Buang keluarga Min yang mempunyai kuasa oligarki.
  • Cukai yang lebih rendah.
  • Haramkan duit syiling Dangojeon yang menyebabkan Inflasi.
  • Hentikan cukai haram.[23]

Pemimpin-pemimpin Jeob Utara, seperti Choe Sihyeong dan Son Byeongheui, yang takut jika kerajaan akan membunuh lebih ramai penganut Donghak, menghentikan petisyen itu dalam masa tiga hari. Jeon Bongjun lalu kembali ke Gobu.[24]

Pemberontakan Gobu[sunting | sunting sumber]

Penyebab utama pemberontakan adalah kelakuan Jo Byeonggap, pegawai pemerintah Gobu. Selepas penangkapannya, Jeon memberikan maklumat terperinci mengenai kesalahan Jo:

  • Beliau membina takungan Manseokbo di bawah Takungan Min yang sudah ada (kini Takungan Yedeung) dan mengambil cukai air dari petani, dua karung beras untuk menggunakan takungan atas dan sekarung beras untuk menggunakan takungan di bawah. Beliau telah mengumpul tujuh ratus karung beras secara keseluruhan.
  • Beliau berjanji bahawa petani yang menanam tanah terbiar akan dikecualikan cukai selama lima tahun, tetapi beliau memaksa juga mereka membayar cukai pada musim luruh tahun 1893.
  • Beliau mendenda para petani mewah bagi pertuduhan jenayah yang meragukan, termasuk 'ketidaksetiaan', 'kurang keharmonian', 'perzinaan', dan 'bakat yang tidak perlu', di mana beliau mengumpulkan 20,000 nyang (nyang adalah unit mata wang Korea, bersamaan dengan tujuh puluh dolar AS, menjadikan 20,000 nyang bersamaan 1.4 juta dolar AS[25]).
  • Beliau mengenakan cukai seribu nyang (setara dengan 700 ribu dolar AS) untuk membina sebuah monumen kepada bapanya, Jo Hugyun, yang telah menjadi hakim Taein.
  • Bagi karung beras yang perlu dihantar kepada kerajaan, beliau hanya menghantar karung beras rosak ke Seoul, menyimpan beras yang baik mutunya untuk dirinya sendiri.
  • Semasa beliau sedang membina takungan tersebut, beliau tidak sabar-sabar memotong pokok yang berusia berabad-abad lamanya dan tidak memberikan upah kepada pekerja.[26][27]
Kod Sabal Tongmun, yang dibuat oleh dua puluh orang pemberontak Jeongeub, Gobu, dan Taein, termasuk Jeon Bongjun

Daripada banyak-banyak pertuduhan ini, pembinaan takungan Manseokbo yang menyebabkan kemarahan yang paling dahsyat. Takungan Yedeung telah menyebabkan ladang Baedeul sentiasa berterusan tanamannya sejak Yedeung dibina. Walau bagaimanapun, pembinaan takungan baru menyekat aliran anak sungai di rantau ini, mengakibatkan banjir teruk dan kemusnahan ladang.[27]

Jeon Bongjun, pemimpin revolusi

Penganut Donghak dan petani yang marah mula membentuk tentera pemberontak. Mereka menggunakan Sabal Tongmun, di mana nama-nama itu ditulis dengan corak kon berbentuk lingkaran untuk membentuk bulatan. Sabal Tongmun dibuat demikian supaya tidak mendedahkan dengan jelas nama pemimpin yang menulis (kerana mustahil untuk mengetahui siapa yang menandatangani nama mereka terlebih dahulu). Pada 10 Januari 1894, ribuan pemberontak berkumpul di ladang kuda terbiar. Selepas berpecah menjadi dua pasukan tentera, mereka memusnahkan tiga daripada empat gerbang Gobu dan menguasai pejabat kerajaan. Jo melarikan diri dari Gobu ke Jeonju (beliau diasingkan selepas perang berakhir, dan kembali dari pengasingannya untuk menjadi hakim).[28]

Selama seminggu, para pemberontak memusnahkan penjara dan membebaskan tahanan yang tidak bersalah, memberikan mereka senjata tempatan, menghukum pegawai rasuah yang telah ditawan, mengembalikan cukai dan denda kepada pemilik asal, dan memusnahkan Takungan Manseokbo.[29] Bagaimanapun, krisis itu berakhir apabila Jo digantikan oleh Park Wonmyeong, yang meyakinkan agar kumpulan pemberontak dibubarkan.[30]

Pemberontakan Pertama[sunting | sunting sumber]

Jeon dan Kim bergerak ke selatan ke Mujang, di mana mereka bertemu dengan Son Hwajung. Para pemberontak disusun rapi di Mujang, dan pada 20 Mac, 4,000 orang pemberontak Mujang menuju ke Gunung Baek, Gobu. Semasa berkhemah di Gunung Baek, tentera itu bertambah kepada puluhan ribu. 300 orang petani Choe Deokyeong menyertai mereka dari utara. Di sini, aforisme muncul: "Ketika duduk, gunung putih, ketika berdiri, gunung buluh". (Pemberontak kebanyakannya memakai putih, dan menggunakan tombak buluh. Walau bagaimanapun, istilah ini mungkin muncul sebelum itu memandangkan Gunung Juk, yang bermaksud 'gunung buluh', hanya dapat dilihat ketika berdiri, kerana yang terhalang oleh Gunung Baek, 'gunung putih', yang lebih kecil.) Pada 22 Mac, pemberontak memusnahkan takungan dan membakar pejabat dan stor kerajaan.[31]

Para pemberontak berkhemah selama empat hari di Gobu, dan pemberontak baru menyertai mereka setiap hari. Selepas menjadikan Jeon Bongjun sebagai ketua dan Kim Gaenam dan Son Hwajung sebagai jeneral, pemberontak menduduki Taein (April 1) dan Buan (4 April). Para pemimpin mereka juga memerintahkan para pemberontak untuk mengikuti empat garis panduan:

  1. Jangan bunuh orang yang tidak bersalah dan jangan makan haiwan ternakan.
  2. Buka Hucheon melalui kesetiaan dan kewarakan dan senangkan hati rakyat.
  3. Mengalahkan setiap orang gasar Jepun dan membersihkan tanah suci.
  4. Mengemudi tentera ke Seoul dan membunuh setiap ahli keluarga Min.[32]

Para pemberontak juga "tidak mencari arak dan wanita dan tidak merokok tembakau".[33] Mereka juga tidak mengambil makanan secara paksa, tetapi membayarnya dengan wang.[34]

Kerajaan menghantar Yi Gyeonghyo untuk mematahkan pemberontakan, dan mewujudkan tentera darurat yang terdiri daripada 700 orang tentera dan 600 orang peniaga. 10,000 orang pemberontak mengupan pasukan kerajaan ke Genting Hwangto. Pada awal 7 April, askar-askar kerajaan ditugaskan ke kem pemberontak, tetapi mendapati ia telah kosong. Askar-askar berada dalam keadaan huru-hara. Tiba-tiba, para pemberontak, bergerak di dalam kabus, muncul dari pergunungan dan menyerang pasukan kerajaan, membunuh seribu orang askar. Kebanyakan pemberontak tidak tercedera dalam Pertempuran Hwangtojae.[12] Pada 17 April, Jeon bergerak ke selatan ke Yeonggwang, di mana tentera kerajaan Hong Gyehun sedang menunggu. Jeon cuba memancing tentera ke Jangseong, dan jeneral Yi Hakseung mengejar mereka. Yi Hakseung menyerang ketika pemberontak sedang berkhemah di Sungai Hwangryong dan makan tengah hari. Pemimpin pemberontak Yi Bangeon membayangkan strategi baru. Para pemberontak melarikan diri ke pergunungan, kemudian turun sambil menggulingkan ribuan Jangtae, atau reban ayam dari atas. Jangtae menyekat kebanyakan peluru, dengan itu menjadikan senjata unggul kerajaan tidak berguna. Selain itu, Jeon menyusun tentera pemberontak supaya mereka dapat membahagikan pasukan Yi Hakseung kepada tiga bahagian berasingan. Yi Hakseung memerintahkan tenteranya untuk menggunakan meriam mereka, malang baginya ia tidak berguna kerana penduduk kampung yang memberontak telah meletakkan air di dalam meriam (selepas insiden itu, khabar angin tersebar di seluruh kalangan tentera kerajaan yang hantu telah merosakkan meriam mereka). Lebih daripada 300 orang pasukan kerajaan terkorban tetapi hanya dua orang pemberontak yang mati dalam Pertempuran Sungai Hwangryong.[35][36]

Selepas Hwangryong, seorang utusan diraja datang berjumpa Jeon dengan rasuah untuk mematahkan pemberontakan. Jeon membunuh utusan itu, tetapi mengambil wang yang diperlukan. Jeon kemudian menuju ke utara dan menduduki Jeonju, kota terbesar di wilayah Jeolla pada masa itu dan tidak memilih untuk mengambil Naju di selatan. Hong Gyehun pula dengan segera kembali ke utara, memulakan Pengepungan Kubu Jeonju.

Pada 1 Mei, Hong Gyehun mula menembak meriam ke Jeonju, membunuh dan membakar orang awam dan harta orang awam. Pada 2 Mei, bagaimanapun, potret Raja Taejo dibakar akibat pengeboman yang berdas-das, menghentikan serangan itu. Pada pagi 3 Mei, Jeon mengetuai serangan ke atas kem Hong, tetapi telah dikalahkan oleh senjata api yang unggul. Jangtae hanya menyekat pemberontak di pergunungan Jeonju. Jeon sendiri terkena serpihan di bahunya akibat serangan ini.[37]

Sementara itu, pada 29 April, pentadbir Jeonju, Kim Munhyeon, telah muncul di Gongju dan memberitahu kerajaan tentang kejatuhan Jeonju. Tidak dapat mengawal pemberontakan, kerajaan Joseon meminta bantuan ketenteraan dari Jepun dan China. Pada 3 Mei, 1,500 orang pasukan Dinasti Qing muncul di Incheon. Pada hari yang sama, 6,000 orang pasukan Jepun juga mendarat di Incheon. Orang Jepun mempersoalkan kerajaan Qing yang tidak memberitahu kerajaan Jepun seperti yang tertera dalam Konvensyen Tientsin, yang kemudiannya menyebabkan Perang Sino-Jepun Pertama.[1][38]

Pada 7 Mei, Kim Hakjin, pentadbir baru Jeonju, mengarahkan Hong untuk menjalinkan perdamaian dengan pemberontak. Pemberontak, yang mengalami kekurangan makanan (masakan bibimbap Jeonju terbentuk semasa Pengepungan Jeonju), menerimanya. Ini dikenali sebagai Jeonju Truce. Hong menerima dua belas permintaan pemberontak:

  1. Menerima kewujudan agama Donghak.
  2. Menghukum pegawai yang korup.
  3. Menghukum orang-orang yang menjadi kaya secara haram.
  4. Menghukum Yangban yang korup.
  5. Membebaskan semua hamba.
  6. Membebaskan kelas Cheonmin, dan hentikan menyelar tanda algojo.
  7. Membenarkan agar balu boleh berkahwin lagi.
  8. Cukai yang lebih rendah.
  9. Pilih ahli politik berdasarkan kualiti, bukan keluarga.
  10. Menghukum mereka yang bekerjasama dengan orang Jepun.
  11. Mengharamkan hutang.
  12. Berikan tanah mereka kepada semua petani.

Berikutan gencatan senjata, pemberontak memanjat kubu menggunakan tangga, dan Hong memasuki kubu kosong.

Kedua-dua pihak meraikan 'kemenangan' mereka. Hong mengadakan jamuan dengan tenteranya di Kubu Jeonju, manakala pemberontak menyanyikan Geomgyeol, lagu suci Donghak:

Masa yang baik, masa yang baik, inilah masa yang baik. Inilah masa yang terbaik setakat ini. Apa yang perlu dilakukan jika tidak menggunakan Bilah Seribu Naga.[39]

Musim panas tahun 1894[sunting | sunting sumber]

Musim panas tahun 1894 ditandai oleh pemerintahan pemberontak di kebanyakan Korea Barat Daya. Jeon Bongjun mendirikan Jeollajwaudo Daedoso (Ibu Kota Besar Dua Wilayah Jeolla) di Jeonju, dan membina Jibgangso di kebanyakan bandar. Walau bagaimanapun, di Naju, Namwon, dan Unbong, para pemberontak bertembung lawan yang sengit dari pemilik tanah. Jeon tidak menundukkan bandar-bandar selatan ini, memandangkan beliau menuju ke utara selepas Pertempuran Hwangryong. Choe Gyeongseon menyerang Naju dengan 3,000 orang pemberontak, dan pemilik tanah Naju mula mengukuhkan pertahanan Naju menentang serangan pemberontak. Jeon sendiri bertemu dengan pemilik tanah Naju dan meyakinkan mereka untuk membenarkan pembinaan Jibgangso di Naju. Walau bagaimanapun, Naju masih tidak sepenuhnya berada di bawah kawalan pemberontak, dan kemudian menjadi pusat menghukum pemberontak. Di Namwon, Kim Kaenam juga bertempur dengan pemilik tanah bersama 3,000 orang pemberontak, mengambil alih kubu itu, dan menggantung Kim Yongheon, pemimpin anti-pemberontak. Unbong menyerah kalah apabila dijumpai pemberontak.[40] Jibgangso yang tinggal kini termasuk Sekolah Tinggi Daechang di Yecheon, Pejabat Jinnam di Yeosu, Pejabat Geumseong di Naju, Dewan Mujang di Mujang (dipelihara oleh majistret Mujang sebagai peninggalan sejarah), dan Pejabat Yeosan di Yeosan (kini dewan bandar).

Jeobju dari bandar dan pembantunya, Jeobsa, mentadbir agensi Jibgangso. Di bawah Jeobju ialah Seogi, Seongchal, Jibsa, Posa, dan Dongmong. Untuk membuat keputusan mengenai perkara itu, terdapat majlis, dengan Jeobjang dan Jeobsa sebagai ketuanya, yang mengundi mengenai hal ehwal bandar. Yi Yihwa melihat ini sebagai demokrasi asas.[41]

Di kalangan Seogi, Seongchal, Jibsa, dan Dongmong, Seogi yang menulis dan menyimpan rekod aktiviti dan keputusan Jibgangso. Mereka juga mencetak semula pesanan dan penerbitan daripada pemimpin pemberontak, dan mempamerkannya di pasar-pasar dan memberikannya kepada rakyat. Kebanyakan Seogi alah Yangban yang progresif, kerana para penulis perlu mempunyai celik huruf.

Sementara itu, Seongchal ialah polis bandar, yang mentadbir undang-undang dan melaporkan pegawai rasuah atau Yangban kepada Dongmong dan Posa. Kebanyakan Seongchal terbunuh dalam Pemberontakan Kedua.

Dongmong pula ialah lelaki muda yang menangkap, memenjarakan, atau malah mencambuk orang telah yang dilaporkan oleh Seongchal. Mereka juga mempunyai kebencian yang tinggi terhadap Yangban, sering mengecam mereka dan menggunakan wanita Yangban untuk menyalakan lilin atau menuangkan air. Kewujudan Dongmong juga membawa kepada amalan perkahwinan ingin tahu yang dipanggil 'perkahwinan tiga hari'. Dongmong, mencari pasangan, menggantung selendang putih di pintu rumah seorang Yangban yang mempunyai anak perempuan yang belum berkahwin. Ini bermakna anak perempuan itu perlu menikahi Dongmong. Untuk melarikan diri dari perkahwinan paksa, para bapa sering menemui seorang lelaki muda yang sesuai dan membuat anak perempuannya berkahwin dengannya dalam masa tiga hari secara rahsia. Menjelang bulan November, perkahwinan selama tiga hari telah menjadi begitu tersebar luas hinggakan satu-satunya anak dara perawan yang tinggal adalah perempuan berumur di bawah empat belas tahun.[42]

Sementara itu, Posa kebanyakannya pemburu harimau yang berkhidmat sebagai askar, bekerjasama dengan Seongchal dan Dongmong untuk menentang Yangban yang melawan.

Para pemberontak merujuk kepada tujuan mereka sebagai Dongdo (nama lain untuk 'Donghak') dan tentera mereka sebagai Dongdo Euibyeong, "Tentara Terpimpin Donghak". Pemberontak pula memanggil diri mereka sebagai 'Hajeob'.

Pemberontakan Kedua[sunting | sunting sumber]

Semasa Perang Sino-Jepun Pertama, tentera Jepun menduduki Seoul dan membuat pemerintahan pro-Jepun di sana. Sebelum Pertempuran Pyongyang, strategi Jeon ialah menghancurkan Jepun yang melarikan diri dari selatan sementara tentera Cina mengejar mereka dari utara. Walau bagaimanapun, ramalannya terbukti salah apabila China kalah besar di Pyongyang. Jeon memutuskan bahawa beliau harus mengalahkan orang Jepun dengan mengambil alih Korea dan memutuskan sumber bekalan Jepun. Walau bagaimanapun, beliau perlu mendapat sokongan Jeob Utara, yang memerintah semua Donghak di luar kawasan kawalan Jibgangso.[43]

Walau bagaimanapun, Choe Sihyeong pula dengan tegas anti-pemberontakan, kerana beliau takut pemberontakan besar-besaran berdasarkan agama Donghak akan berakhir dengan kemusnahan Donghak itu sendiri. Untuk melepaskan diri daripada penganiayaan, Jeob Utara terpaksa berperang melawan pemberontak utama Jeob Selatan. Berikut adalah petikan dari kata-kata beliau:

Kerajaan tidak tahu perbezaan antara ubat (Utara) dan racun (Selatan). Mereka akan membakar kedua-dua batu (Selatan) dan jed (Utara) ...... Oleh itu, kita harus membuktikan kesetiaan kita kepada raja dengan menakluk Selatan.[44]

Pada 14 September, pemimpin Utara dan Selatan berkumpul di Samrye. Dikatakan bahawa Jeon menunggang kuda putih dalam pertemuan ini.[45] Bendera Utara tertulis 'Menawan Selatan', sementara yang Selatan pula tertera 'Menawan Orang Asing' atau 'Melindungi Negara'. Selepas sebulan rundingan, pada 12 Oktober, Choe Sihyeong akhirnya menyeru kepada Jeob Utara: "Patutkah kita mati ketika duduk?".[2]

Pemimpin Utara Son Byeongheui mengetuai 10,000-100,000 orang pengikut Jeob Utara sebagai Jeneral Jeob Utara. Jeon pula mengetuai 12,000-100,000 orang Selatan sebagai Jeneral Jeob Selatan (anggaran terbaru memberikan tentera ini berjumlah kira-kira 50,000) Namun, Kim Kaenam tidak hadir kerana memimpin 5,000 orang pemberontak dalam serangan Cheongju. Bersama-sama, mereka bergerak ke utara ke Gongju, ibu kota Wilayah Chungcheong. Semasa mereka berarak, Jeon berkata:

Son Byeongheui, pemimpin Jeob Utara.

Kita tidak akan makan anjing atau ayam. Daging seekor anjing melemahkan kita dan membuat kita berang, dan kita dilahirkan dari kuasa Gunung Gyeryong, gunung Ayam Naga. Makan ayam pula akan melemahkan kuasa itu.[26]

Walaupun tentera tersebut mula terbentuk daripada 200,000 orang pemberontak, apabila mereka berkhemah di kawasan 12 kilometer di selatan Gongju, tentera menjadi seramai 220,000 setelah petani menyertai mereka ketika mereka berarak. Terdapat juga 50 orang askar China yang melarikan diri dari Perang Sino-Jepun. Di dalam Kubu Gongju pula mungkin terdapat 3,000 orang pasukan kerajaan yang diketuai oleh Gu Sangjo, Seong Hayeong, Jang Yongjin, dan Yi Gidong, dan kira-kira 400 orang askar Jepun yang diketuai oleh Kolonel Moriya.[46]

Strategi tentera Donghak adalah mengelilingi Gongju dari Buyeo dan Nonsan. Pada 23 Oktober, batalion pemberontak merampas Yiyin dan Hyopyo, empat kilometer di selatan Gongju.[47][48]

Pada 24 dan 25 Oktober, Pertempuran Genting Ung, atau Ungchi, berlaku antara pemberontak dan tentera gabungan Jepun, pasukan kerajaan, dan gerila anti-pemberontak. Ungchi adalah lorong kecil yang menuju terus ke Gongju, dan lokasi penting bagi para pemberontak untuk dapatkannya. Walau bagaimanapun, pemberontak tidak dapat mengambil Ungchi. Kebanyakannya hanya bersenjatakan busur dan anak panah, tombak, pedang dan senapang lantak gaya abad ketujuh belas, yang tidak dapat mengalahkan kuasa tembakan unggul gabungan itu. Jeob Utara mengalami kecederaan teruk di Ungchi kerana mereka tidak mempunyai latihan dalam peperangan.[47][49]

Pemberontak berundur ke selatan ke Nonsan. Jeon dan Son memutuskan yang mereka akan menawan Gongju melalui genting berlainan iaitu Genting Ugeum, atau Ugeumchi.[47]

Pada 8 November, dua batalion mengumpan pasukan kerajaan, supaya pasukan pemberontak utama tidak akan bertembung tentera kerajaan yang besar di Ugeumchi.[50] Pada pukul 3:00 petang, pemberontak menumpukan tentera kerajaan di Yiyin dan Hyopyo, tempat 10,000 orang pemberontak berada. 200,000 orang lagi pemberontak menyeberang Ugeumchi. Walau bagaimanapun, mereka bertembung dengan pasukan Jepun seramai 280 orang askar, lalu orang Jepun mengumpul pasukan kerajaan Korea ke Ugeumchi. Selepas malam berlalu, kedua-dua pasukan bertempur di Ugeumchi pada awal 9 November.[50]

Jeon mengatur tenteranya supaya para pemberontak bersusun sejauh enam belas kilometer, dari Panchi ke Gunung Bonghwang. Jeon berada di tengah-tengah baris ini, dikelilingi oleh bendera dan menunggang kuda putihnya. Tentera kerajaan mempertahankan sisi mereka (Hyopyo, Ungchi, Gunung Bonghwang), sementara orang Jepun ditempatkan di Ugeumchi. Pada pukul 10:00 pagi, pemberontak menyerang di Ugeumchi.[50]

Memandangkan senjata lemah mereka, mereka tidak dapat menyeberang Ugeumchi. Orang Jepun menggunakan meriam dan senapang, dan mempunyai latihan ketenteraan yang sebenar. Walaupun kumpulan pemberontak kecil menyeberang 'garis maut' lebih daripada empat puluh kali, semuanya ditembak jatuh. Selepas satu serangan menentang tentera Jepun, hanya 10,000 orang daripada 200,000 orang pemberontak asal yang tinggal. Selepas serangan yang berikutnya, hanya terdapat 3,000 orang pemberontak yang tinggal. Apabila pemberontak akhirnya berundur pada 10 November, hanya 500 orang pemberontak daripada 200,000 orang yang tinggal.[50]

Sementara itu, di Hyopyo, 10,000 orang pemberontak menawan pelbagai puncak, tetapi apabila pasukan kerajaan seolah-olah berpecah, mereka terus diperkukuh oleh tentera Jepun. Menjelang 10 November, kedua-dua tentera itu berundur ke Nonsan dan Pertempuran Ugeumchi berakhir. Pertempuran itu dinyatakan oleh saksi:

Dan akhirnya kita memusnahkan penjarah yang mencuri ....... Seolah-olah bintang-bintang itu sendiri jatuh dari langit, dan daun-daun musim luruh telah bertaburan di tanah.[22]

Jeon membawa 500 orang yang tersisa menuju selatan ke Taein, pusat pemberontak. Di sana, beliau mengumpulkan tentera seramai 8,000 orang pemberontak. Pada 25 November, Jepun mengikuti pemberontak, berkhemah di Gunung Gumi. Walaupun strategi pemberontak lebih baik, tembakan Jepun melumpuhkan pemberontak dan bandar Taein. Seorang ahli sejarah, Park Eunsik, mencatatkan bahawa "tiada apa yang tinggal di Taein sejauh 40 kilometer". 40 buah rumah orang awam, bersama-sama dengan 400 orang pemberontak, telah terbunuh.[51]

Selepas Pertempuran Taein, pada 28 November 1894, Jeon secara rasmi membubarkan Tentera Donghak. Para pemberontak menangis: "Kami fikir Jeon Nokdu (julukan Jeon) akan menyelamatkan kita, tetapi sekarang kita semua akan mati". Jeon menjawab: "Perang adalah permainan nasib, kenapa kamu menyalahkan aku".[52] Dia kemudian berpakaian sebagai petani dan menuju ke timur.

Pertempuran selain barisan utama[sunting | sunting sumber]

Jeolla[sunting | sunting sumber]

Wilayah Jeolla adalah pusat pemberontakan, dan dirampas sepenuhnya oleh pemberontak. Mereka membentuk teras Barisan Anti Jepun, dan sering membantu pemberontak Gyeongsang dan Chungcheong. Kim Inbae dari Gwangyang dan Yi Bangeon dari Jangheung membentuk teras pemberontak Jeolla Selatan.

Namwon dan Unbong[sunting | sunting sumber]

Namwon dan Unbong diperintah oleh pemberontak Kim Gaenam. Bagaimanapun, Kim Gaenam telah pergi menyerang Cheongju jauh ke utara, dan dengan ketiadaannya, tentera kerajaan berjaya menyerang Namwon. Pada 13 November, pemberontak dihalau dari pinggir Namwon dalam pertempuran kecil. Tiga ribu orang pemberontak melarikan diri ke Kubu Namwon. Jo Byeongho, pemimpin kerajaan, mengetuai 2,000 orang tentera bersenjata moden untuk mengepung Namwon. Walaupun kubu dibom dan dibedil, pemberontak tetap tidak keluar. Akhirnya, tentera kerajaan mengumpul jerami di sekitar tembok timur, barat, dan selatan, dan membakar jerami tersebut. Pintu kayu dibakar bersama-sama, dan pemberontak melarikan diri melalui pintu utara. Beratus-ratus pemberontak terbunuh dalam Pengepungan Namwon.[53]

Jindo[sunting | sunting sumber]

Di Jindo, pulau ketiga terbesar Korea (selepas Jeju dan Geoje), Na Chihyeon dari Naju menukarkan penduduk ke Donghak pada bulan Januari 1892. Selepas jatuhnya Kubu Jeonju, majistret Jindo bernama Yi Heuiseung (yang, seperti Jo, membina dua tugu dirinya sendiri[54]) melarikan diri. Walau bagaimanapun, sarjana Konfusian mengekalkan kestabilan di pulau itu melalui tentera yang dipanggil Suseonggun. Pada bulan Julai, Son Haenggwon menyerang pangkalan Susseonggun, dengan mengambil senapang, pedang, peluru, serbuk letupan, dan trisula. Pada masa yang sama, Park Jungjin menyerang Suseonggun di kampung Shimijang. Dia akhinya dibunuh, dan anak perempuannya ditangkap; keturunannya membakar rumah.

Selepas ketibaan pegawai baru, pemberontak Jindo menyertai pemberontak Naju. Kebanyakan ditawan dan dihantar semula ke Jindo. Pada 10 Oktober, seramai 1,322 orang askar, yang terdiri terutamanya daripada hamba dan pegawai rendah, dihantar untuk mempertahankan Jindo daripada kemungkinan serangan pemberontak.

Pada bulan Disember, pemberontak yang berjuang di bawah Yi Bangeon bersembunyi di Jindo selepas Pertempuran Ladang Seokdae. Walau bagaimanapun, pemberontak tersebut telah kehilangan semua kuasa ketenteraan, dan kemudiannya ditangkap dan dipenjarakan. Pada 27 Disember, tentera Jepun membunuh lima puluh orang pemberontak. Fahaman Cheondoisme kekal di Jindo sehingga tahun 1950-an.[55]

Gyeongsang[sunting | sunting sumber]

Wilayah Gyeongsang mempunyai pengaruh Konfusian yang kuat, dan korban pemberontakan Yi Pilje pada tahun 1871 masih segar. Ia mengambil masa sehingga bulan Ogos untuk pemberontak Gyeongsang memulakan semula pemberontakan. Penentangan terhadap pemberontakan adalah usaha yang teratur, dengan pegawai Toposa mengkhususkan diri dalam kempen anti-pemberontak.

Jinju[sunting | sunting sumber]

Pasukan-pasukan pantai barat daya Korea adalah istimewa kerana pasukan-pasukan dari wilayah Jeolla dan Gyeongsang bekerjasama untuk menyerang Kubu Jinju. Mereka secara keseluruhan disebut dengan nama 'Pemberontak Jinju'.

Pada 7 Mei, Kim Inbae, Jeobju Agung Geumgu, membina Jibgangso di Suncheon, Wilayah Jeolla. Pada 1 September, Kim menyeberangi sempadan Gyeongsang-Jeolla. Strateginya adalah untuk menyerang melalui pantai selatan ke Busan, dan dengan itu menguasai sempadan Jepun-Korea.

Sementara itu, Hadong dan Jinju, yang merupakan sasaran Kim, turut mengalami pemberontakan. Pemberontak Hadong telah dihalau ke barat oleh pihak kerajaan lalu menyertai Kim Inbae. Dengan panduan pemberontak Hadong, Kim Inbae menawan Hadong pada 7 September.

Di Jinju, pihak kepimpinan merekrut pemberontak dengan menghantar dokumen-dokumen awam di pasar utama. Pada 8 September 1894, 7,000 orang pemberontak berkumpul di Pasar Sugok dan mendirikan Chungyeong Daedoso, pusat kegiatan pemberontak. Pada 17 September, tentera bersama Suncheon dan pemberontak Jinju telah menawan kubu Jinju.

Pemberontak menaikkan bendera menandakan kewujudan Po dan Jeob mereka sendiri, dan menyebarkan manifesto yang berjudul Kepada Penduduk Kota Gyeongsang di seluruh kampung berdekatan. Manifesto itu menyatakan yang berikut:

  • Negara adalah rakyat, dan rakyat adalah negara.
  • Kami telah mengadakan majlis perjumpaan di Jinju untuk menghukum serangan Jepun.
  • Semua orang penganut Donghak mesti bangkit dan menghukum pegawai yang korup yang menyokong orang Jepun.
  • Laporkan tentera anti-pemberontak ke Chunggyeong Daedoso.

Sebagai tindak balas kepada jatuhnya Kubu Jinju, kerajaan menghantar Ji Seokyeong sebagai Toposa dari Jinju, seorang pegawai kerajaan yang khusus dalam mematahkan revolusi Donghak.

Pada 10 Oktober, 400 orang pemberontak berkumpul di Gunung Geumo, beberapa kilometer di barat Jinju, di mana mereka diserang oleh tentera Jepun. Walaupun pemberontak kehilangan lebih daripada tujuh puluh orang akibat Pertempuran Gunung Geumo, para pemberontak masih memegang Kubu Jinju. orang

Pada 14 Oktober, 5,000 orang pemberontak mempertahankan Benteng Gunung Goseong melawan Jepun. Para pemberontak, menggunakan kubu itu, berjuang dengan bersungguh-sungguh melawan batalion Jepun pimpinan Kolonel Suzuki, tetapi akhirnya dikalahkan oleh tembakan Jepun. 187 orang pemberontak terbunuh, menyebabkan Gunung Goseong dipanggil Gunung Gosireong, bunyi mayat yang mereput ketika hujan. Sisa-sisa pemberontak melarikan diri ke Gunung Jiri, di mana mereka menjadi Tentera Euibyeong.[56]

Chungcheong[sunting | sunting sumber]

Pemberontak Chungcheong berada di bawah arahan Son Byeongheui, yang mengetuai Jeob Utara ke pertempuran di Ugeumchi. Selepas kekalahan di Ugeumchi, Son meneruskan pemberontakan sehingga Pertempuran Jonggok pada 18 Disember. Chungcheong adalah lokasi pertempuran Disember tersebut.

Cheongju[sunting | sunting sumber]

Pada 9 Oktober, sebelum Majlis Samrye mencapai kata putus, terdapat pertengkaran kecil di Daejeon, pada masa itu sebuah desa kecil yang dipanggil Hanbat, antara pemberontak dan pasukan kerajaan. Ini dikenali sebagai Pembunuhan Daejeon. 78 orang tentera kerajaan diberikan alkohol oleh pemberontak, kemudian dibunuh ketika mabuk.[57]

Sementara itu, bandar Cheongju adalah bahagian Donghak yang diperintah Jeobju Agung, Son Cheonmin. Kim Gaenam dan Son Cheonmin bekerjasama menyerang Cheongju dalam Pertempuran Cheongju pada 9 Disember 1894. Memandangkan Kim tidak bertempur di Ugeumchi, tenteranya yang seramai 25,000 orang masih kuat.

Apabila Jeon dan Son mengumpul pasukan pemberontak di Samrye, Kim tidak memberikan kerjasama. Beliau memulakan serangannya sendiri hanya selepas Pertempuran Ugeumchi, dan pada 9 Disember, beliau sampai Kubu Cheongju.

Lawan Kim ialah Kuwabara Eiziro dan batalion Jepunnya, bersama dengan tentara kerajaan dengan kurang bersemangat. 15,000 orang bawahan Kim menyerang dari selatan, manakala 10,000 orang bawahan Son Cheonmin menyerang dari utara. Tentera yang mempertahankan Cheongju ketika itu kurang bersemangat akibat Pembunuhan Daejeon, dan Kim hampir memecah masuk pintu selatan. Eiziro pula menyerang pemberontak secara tiba-tiba dan Kim terpaksa berundur ke Muneui.

200 orang pemberontak terbunuh dalam Pertempuran Cheongju. Para pemberontak juga kehilangan sejumlah besar senjata, termasuk banyak sepanduk pemberontak, ribuan busur dan anak panah, 140 senapang, 2,000 senapang lantak batu, 150 kilogram serbuk senapang, 2 buah meriam, dan 50 ekor kuda.[58] Selepas Pertempuran Cheongju, Kim menuju ke selatan ke Muneui, tetapi dikalahkan sekali lagi. Beliau kemudiannya bersembunyi, sama seperti Jeon Bongjun.

Chungcheong Utara[sunting | sunting sumber]

Walaupun Choe Sihyeong telah melarang aktiviti pemberontakan di kalangan Jeob Utara pada musim bunga tahun 1894, banyak pemberontak Chungcheong adalah dari kalangan Jeob Utara. Pada 22 Mac, pemberontak Hoenggang, Yeongdeung, Cheongsan, Boeun, Okcheon, Jinjam, Muneui, Goesan, dan Yeongpung telah memberi kekayaan orang kaya kepada golongan miskin, serta memukul dan mengembiri Yangban yang korup. Bagaimanapun, pemberontak Chungju menghentikan aktiviti sementara kerana permulaan Perang Sino-Jepun.

Pertempuran Pungdo dan Pertempuran Seonghwan kedua-duanya berlaku di Wilayah Chungcheong, dan perang tersebut mencetuskan sentimen anti-Jepun di kalangan bekas pemberontak. Pada bulan Julai, 1,000 orang pemberontak mengembara melalui pelbagai bandar, membina benteng tanah sebagai persediaan terhadap pencerobohan Jepun di Chungcheong. Pemberontak mengambil senjata dari simpanan kerajaan dan melatih diri mereka sendiri. Pada bulan Ogos, terdapat pertempuran kecil antara Jeob Utara dan Selatan.

Pada 12 Oktober, Choe Sihyeong mengarahkan Jeob Utara untuk memberontak. Para pemberontak Chungcheong Utara dianjurkan di bawah Jeob dan Po, dan memulakan pemberontakan aktif.

Terdapat lebih daripada seratus pertempuran yang berlaku di Chungcheong Utara dalam tempoh ini. Po Gwandong berjaya menewaskan batalion Jepun dalam Pertempuran Goesan di bawah pimpinan Sim Songhak. Para pemberontak kemudian tiba di Boeun, lalu memutuskan semua jalan laluan terus antara Seoul dan Jeolla. Pemberontakan semakin meluas apabila Son Byeongheui menyertai pemberontak Chungcheong Utara. Tentera yang terselamat semasa Pertempuran Taein turut bergabung dengan pemberontak.

Pada 18 Disember, 2,600 orang pasukan pemberontak berkumpul di Jonggok. Para pemberontak termasuk pemimpin besar Utara Son Byeonghui, yang keluarganya tinggal dekat Jonggok, bersama ketua Donghak, Choe Sihyeong. Sumber Jepun melaporkan bahawa para pemberontak memasak makanan ketika orang Jepun menyerang mereka. Disebabkan serangan mengejut, para pemberontak tidak mampu membuat pertahanan yang sesuai, menyebabkan 2,500 orang daripada 2,600 orang pemberontak terbunuh. (Beberapa sarjana lebih suka istilah Pembunuhan Jonggok.) Kedua-dua Choe dan Son terselamat, tetapi melarikan diri ke arah selatan. Pertempuran kecil terus berlaku di rantau ini sehingga 28 Disember.[59]

Pertempuran Gunung Seseong[sunting | sunting sumber]

Para pemberontak Cheonan, Hongseong, dan Chungcheong barat laut dikalahkan dalam Pertempuran Gunung Seseong. Pertempuran ini juga merupakan kunci kepada rancangan Jeon Bongjun untuk menawan Seoul.

Pada bulan Ogos, 1,500 orang pemberontak memberontak di Cheonan, dan mengambil senjata kerajaan. Setelah menyusun tentera mereka di Gunung Soto, para pemberontak berkhemah di Gunung Seseong dengan persenjataan baru mereka. Gunung Seseong lebih seperti bukit setinggi 22 meter, dipertahankan oleh tembok rendah, yang digunakan sejak zaman Proto-Tiga Kerajaan. Pemimpin pemberontak ialah Kim Yongheui, Kim Hwaseong, Kim Seongji, Kim Bokyong, Kim Yeongu, dan Won Keumok.

Pada 18 November, dua platun Jepun diletakkan di lereng utara, satu lagi platun di timur laut, dan satu lagi ke tenggara. Pada waktu subuh, platun tenggara menyerbu pemberontak, yang bertahan selama dua jam, dibantu oleh pengetahuan mereka tentang bentuk muka bumi. Walau bagaimanapun, mereka terpaksa berundur ke barat, di mana mereka diserang lagi oleh dua platun utara.[60]

370 orang pemberontak terbunuh, 770 orang cedera, dan 17 orang ditangkap. Para pemberontak juga kehilangan 140 laras senjata api, 2 trompet, 228 bilah tombak, 26,500 biji peluru Cina, 30 bendera, 226 karung beras, dan 13 karung barli. Kim Bokyong ditangkap dan dibunuh di tempat kejadian, dan pemimpin-pemimpin lain dibunuh pada 24 dan 27 November. Bukit itu dikenali sebagai Gunung Siseong, yang bermaksud 'Gunung dibasahi darah'.[61]

Gyeonggi[sunting | sunting sumber]

Memandangkan Gyeonggi sangat dekat dengan Seoul, aktiviti pemberontak di Gyeonggi hanya sedikit sahaja. Kumpulan pemberontak Gyeonggi yang terbesar yang berjumlah 1,000 orang pemberontak berada di Yicheon, Yeoju, Anseong, dan bahagian lain di Gyeonggi Tenggara. Pemberontak Gyeonggi mundur ke selatan ke Chungcheong dan bergabung dengan pemberontak Chungcheong Utara. Kebanyakan terbunuh dalam Pertempuran Jonggok (lihat di atas).

Gangwon[sunting | sunting sumber]

Pemberontak Gangwon boleh dibahagikan kepada dua kumpulan: pemberontak Gangneung dan pemberontak Hoengseong dan Wonju. Pemberontak dari Chungcheong Utara atau Gyeonggi sesekali menyeberangi Wonju. Pemberontak Gangwon terutamanya ditandai dengan peperangan gerila.

Gangneung dan Pyeongchang[sunting | sunting sumber]

Di kawasan ini, pemberontak menduduki Gangneung, kemudian melarikan diri ke lokasi pergunungan seperti Pyeongchang, kemudian kembali ke Gangneung.

Pada bulan September, lebih daripada 1,000 orang pemberontak menyerang Gangneung, yang kekurangan pertahanan. Para pemberontak mengagihkan satu karung beras kepada setiap petani dengan mengambil kekayaan orang kaya, dan membina kubu kuat di kebanyakan pasar. Pemberontak mewujudkan pengadilan mereka sendiri, menurunkan cukai, dan menghukum Yangban yang korup dan Sangmin yang kaya.

Pada 7 September, sebuah batalion anti-pemberontakan yang diketuai oleh Yi Hoewon menyerang pemberontak yang sedang tidur pada subuh hujan. 20 orang pemberontak terbunuh, dan pasukan Yi mengambil 7 laras pistol, 157 bilah tombak, dan 2 ekor kuda. Pemberontak melalui Genting Daegwanryeong ke Pyeongchang.

Menjelang akhir September, pemberontak telah menyusun semula dan menangkap semula Gangneung. mereka juga menduduki Pyeongchang, Yeongweol, dan Jeongseon. Sebagai tindak balas, tentera Jepun menghantar Kapten Ishimori untuk menentang pemberontak Gangneung pada 3 November. Pada 5 November, 10,000 orang pemberontak telah bertempur selama dua jam menentang pasukan Ishimori, tetapi akhirnya kalah. Para pemberontak melarikan diri ke Jeongseon.

Pada 6 November, tentera kerajaan membunuh 10 orang pemberontak di Jeongseon dan membakar 70 buah rumah. Para pemberontak kembali melarikan diri ke Pyeongchang.

Ishimori berperang melawan 3,000 orang pemberontak di Pyeongchang pada 1 Disember 1894. Para pemberontak bertaburan selepas satu jam pertempuran. 70 orang pemberontak dibunuh dengan serta-merta, 30 orang mati akibat luka mereka, dan 10 orang tahanan dibunuh kerana cubaan pemberontakan. Pemberontak Gangneung tidak lagi wujud selepas pertempuran ini.

Hoengseong, Wonju, dan Hongcheon[sunting | sunting sumber]

Pemberontak rantau ini kebanyakannya gerila di kawasan pergunungan. Pemimpin pemberontak adalah Cha Giseok yang dikenali, Jeobju Agung di Rantau Gwandong. BEliau mengetuai 1,000 orang pemberontak, yang menghukum Yangban korup dan mengumpulkan cukai dari pedagang. Dikatakan bahawa Cha membunuh beratus-ratus Yangban.

Pada 13 Oktober, Cha menyerang Dongchang, di mana cukai yang dikumpulkan di Gangwon dibawa ke Seoul dengan bot. Dia membakar Dongchang dan memberikan cukai tersebut kepada para petani. Majistret Hongcheon melaporkan bahawa selepas kemusnahan Dongchang, semakin ramai orang menyertai tentera Cha.

Kerajaan meminta Maeng Yeongjae, seorang sarjana Konfusian, untuk menahan Cha. Maeng, yang mematahkan pemberontak Yicheon pada masa itu, dengan senang hati akur. Pada 21 Oktober, Maeng dan Cha bertarung di Ladang Jangya, di mana lebih daripada 30 orang pemberontak terbunuh. Pemberontak melarikan diri ke Seoseok, ke dalam genting yang dipanggil 'Genting Seonang'. Ia dinamakan begitu kerana terdapat sebuah mazbah kepada Dewa Seonangshin di situ.

Pada 22 Oktober, 2,000 orang pemberontak terbunuh akibat Pertempuran Genting Jajak, pertempuran terbesar di Wilayah Gangwon sebelum Perang Korea. Para pemberontak tidak mempunyai senjata, dan mereka menggunakan dahan pokok birch sebagai senjata. Mereka juga tidak mempunyai periuk, dan nasi dimasak menggunakan kulit lembu. Kerana kesempitan laluan genting itu, pemberontak telah penuh sesak, dan mudah bagi tentera Maeng untuk memasuki kem dan membunuh pemberontak. Maeng sendiri melaporkan bahawa "adalah mustahil untuk melihat berapa ramai yang mati", tetapi keturunan telah memberikan anggaran 1,800 ~ 2,000. Keturunan juga melaporkan bahawa pertempuran berterusan selama tiga atau empat hari. Genting Seonang dinamakan semula sebagai Genting Jajak, kerana darah berbunyi 'Jajak' ketika mengalir menuruni genting.

Pada 26 Oktober, yang selamat, termasuk Cha, berkumpul semula. Pada 11 November, mereka memulakan Pertempuran Gunung Odae, di mana tentera Maeng mengepung Gunung Odae dan mula memanjatnya dan mengalahkan pemberontak di dalamnya. 100 orang pemberontak terbunuh, dan 40 buah rumah dibakar. Cha ditangkap pada 14 November, dan dipenggal kepalanya di Chuncheon.

Hwanghae[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 1893, Dinasti Joseon mengharamkan perlombongan emas di Wilayah Hwanghae. Walaupun pemimpin Hwanghae, seperti Kim Gu 'Budak Jeobju' (Kim Gu berusia lapan belas tahun pada masa itu, berbanding Jeon Bongjun yang berusia 40 tahun atau Son Byeongheui yang berumur 32 tahun), adalah penganut Donghak, kebanyakan pemberontak adalah pelombang emas. Leftenan Suzuku mengelaskan pemberontak Hwanghae dalam tiga cara:

  1. Donghak sejati, "yang mengucapkan mantera dan percaya bahawa iman mereka akan menyembuhkan penyakit, membawa kekayaan, dan memanjangkan nyawa"
  2. Donghak sementara, "yang tidak mempercayai ajarannya ....... tetapi menyertai agama Donghak"
  3. Donghak palsu, "orang-orang ..... yang membenci orang asing ..... ditindas oleh majistret tempatan, menderita akibat inflasi, atau tidak lagi dapat membeli emas. Kebanyakannya adalah pelombong emas, dan kerana ..... perlombongan emas dilarang tahun lepas, dan ...... mereka tidak lagi mempunyai wang, dan mereka mahu membalas dendam".[62]

Haeju[sunting | sunting sumber]

Haeju adalah salah satu daripada dua ibu daerah yang jatuh ke tangan pemberontak (satu lagi ialah Jeonju). Kekalahan pemberontak Haeju didokumentasikan dalam Penaklukan Donghak di Hwanghae tulisan Leftenan Suzuku.

Menjelang 27 November, pemberontak telah menawan sebahagian besar kos Hwanghae, termasuk Haeju, tanpa pertempuran besar. Walau bagaimanapun, pada awal 27 November, 400 orang pemberontak yang berkhemah di Pyeongsan telah diserang oleh pasukan kerajaan, dan melarikan diri ke selatan ke Nucheon. Mengetahui bahawa tentera Jepun dan tentera kerajaan sedang mengejar mereka, mereka segera melarikan diri dari Nucheon. Suzuku merampas banyak bekalan makanan Donghak di Nucheon, termasuk "beratus-ratus karung sekoi".[62]

Pada 29 November, Suzuku menawan bandar Gajichon. Walau bagaimanapun, tiada orang lelaki pun di Gajichon. Apabila wanita Gajichon disoal siasat, mereka mendedahkan bahawa semua lelaki dewasa telah diperintahkan untuk pergi ke bandar Onjeong. Tentera Suzuku membakar empat karung beras di Gajichon.

Orang Jepun tiba di Onjeong hanya untuk mendapati kawasan itu kosong. Majistret Onjeong berkata bahawa pemberontak tidak pernah datang, dan mereka pergi ke Haeju, bukannya Onjeong. Haeju juga benar-benar kosong. Gabenor Hwanghae berkata bahawa "setiap bandar di luar Haeju penuh dengan pencuri ...... dua pertiga daripada semua bandar di Hwanghae penuh dengan penjarah Donghak".[62]

Dengan panduan pegawai Haeju, orang Jepun mengalahkan beratus-ratus orang pemberontak dalam Pertempuran Gohyeonjang selama satu jam, membunuh "puluhan pencuri".[62] Mereka juga menawan dan memenggal kepala beberapa pemberontak, dan membakar lima buah rumah.

Kim Gu dan pemberontaknya berusaha kembali ke Haeju, dan menyerang peninjau Jepun pada jam 6:00 pagi 2 Disember 1894. Pertempuran berlanjutan sehingga jam 8:00, ketika pemberontak akhirnya melarikan diri. Puluhan pemberontak dibunuh, dan banyak lagi yang ditangkap. Dari pemberontak yang ditawan, Suzuku menemui manifesto yang ditulis oleh Choe Sihyeong, ketua Donghak. Manifesto itu membuktikan bahawa pemberontak Haeju berada di bawah perintah Choe Sihyeong dan pemimpin-pemimpin Jeob Utara.

Pemberontak berkumpul di Cheongdan, 2.5 kilometer jauhnya dari Haeju. 7,000 orang pemberontak berkhemah di timur dan selatan, dan 400 orang lagi tersembunyi di hutan pokok pain. 10,000 orang berkhemah sejauh 400 meter, dan 14,000 orang berkhemah sejauh satu kilometer. Kerana pemberontak tidak mempunyai senapang dan persenjataan moden yang lain, mereka dihancurkan selepas tiga serangan oleh Jepun. Walau bagaimanapun, pemberontak tidak berundur. Memandangkan Jepun juga tidak mempunyai peluru kerana jumlah pemberontak yang ramai, akhirnya mereka terus diserang pemberontak. Walaupun pemberontak hanya mempunyai senapang lantak yang lama, jumlah pemberontak yang tinggi memusnahkan tentera Jepun. Para pemberontak melarikan diri, dan dikejar selama 600 meter. Pertempuran kecil berterusan sehingga Januari 1895, dan Kim Gu bersembunyi di rumah An Taehun, seorang Katolik dan bapa An Junggeun, sehingga tahun 1896.[62]

Pyongan dan Hamgyong[sunting | sunting sumber]

Wilayah Pyongan mempunyai sedikit aktiviti pemberontakan. Ia mengalami tamparan yang melampau dalam Perang Sino-Jepun, terutama di Pertempuran Pyongyang. Terdapat laporan yang sesetengah pemberontak membunuh majistret atau menyerang sumber sokongan Jepun, tetapi kejadian itu jarang berlaku. Selain itu, terdapat hanya dua orang Jeobju untuk semua Pyongan, berbanding dengan tujuh orang untuk Hwanghae dan Gyeonggi, sepuluh orang untuk Gangwon, tujuh belas orang untuk Chungcheong, sembilan belas orang untuk Gyeongsang, dan dua puluh lima orang untuk Jeolla.[3]

Terdapat kejadian kecil pemberontakan di Hamgyong:

Datuk saya mati pada usia tiga puluh sembilan tahun. Rumah kami adalah Kampung Haunseung, Perbandaran Suha di Kaunti Dancheon. Di sana dan di Samsu, datuk saya menyebabkan pemberontakan Donghak. Tetapi [dia dikalahkan] dan melarikan diri ke sebuah kampung bernama Neuteulgol ..... di mana petani tebas dan bakar tinggal. Dia bersembunyi di dalam bekas kentang, tetapi dua orang tentera Jepun membuka penutupnya dan memerintahkannya keluar. Jadi dia bunuh diri dengan membelah perutnya dengan pisau.[63]

Musim luruh[sunting | sunting sumber]

Penangkapan Jeon Bongjun. Dia berada di tengah-tengah, duduk di atas tandu kerana kakinya patah dalam percubaan melarikan diri.

Walaupun Jeon Bongjun secara rasmi membubarkan tentera pemberontak selepas Pertempuran Taein, banyak komandan lain tidak membubarkan tentera masing-masing sehingga Disember. Pada 1 Disember, Son Hwajung dan Choe Gyeongseon membubarkan tentera pemberontak mereka di Gwangju dan bersembunyi. Pada hari yang sama, pemimpin pemberontak besar Kim Gaenam telah ditangkap. Kim telah dikhianati oleh rakannya bernama Yim Byeongchan, dan ditangkap oleh 80 orang tentera kerajaan yang mengepung rumah adik ipar Kim. Kim diseret ke Naju. Pada 13 Disember, dia dipenggal kepalanya, dan mayatnya telah dikoyakkan kepada lima bahagian. Majistret Naju memakan usus dan hati Kim.

Pada 2 Disember, Jeon Bongjun juga ditangkap di sebuah kampung bernama Pinori di Sunchang moden (lihat gambar), yang dikhianati oleh leftenan Kim Gyeongcheon. Jeon mengesyaki bahawa Kim telah mengkhianatinya, dan melompat keluar dari rumah dua tingkat sambil memegang senapang lantaknya. Walau bagaimanapun, rumah itu dikelilingi oleh askar-askar kerajaan, dan beliau dipukul banyak kali dengan kayu besar, menyebabkan kakinya patah. Jeon telah dipenjarakan dan dibawa ke Seoul. Kim Gyeongcheon bersembunyi, kerana takut bahawa puak pemberontak akan membunuhnya. Kerajaan mahu mengadakan perbicaraan Jeon, Son Hwajung, Choe Gyeongseon, dan Kim Deokmyeong sekaligus. (empat ini, bersama dengan Kim Gaenam, dikenali sebagai Lima Jeneral Donghak).

Juga pada bulan Disember, Barisan Anti-Jepun telah ditolak ke pantai selatan Korea. Pada 7 Disember, Jepun akhirnya membunuh Kim Inbae, Jeobju Agung Geumgu yang telah membantu pemberontak Jinju, di Pertempuran Kubu Gwangyang. Ketua Kim Inbae diikat pada tiang dan dipaparkan di Gwangyang. Walau bagaimanapun, di Jangheung, pemimpin pemberontak Yi Bangeon menawan Gangjin pada 7 Disember. Pada 11 Disember, Son Hwajung juga ditangkap.

Sementara itu, Jepun menyerang Yi Bangeon dan pemberontak Jangheung, yang membentuk tentera pemberontak terancang yang terakhir di rantau ini. Pada 15 Disember, pertempuran utama terakhir di Wilayah Jeolla, Pertempuran Ladang Seokdae, diperjuangkan antara pemberontak Yi Bangeon dan tentera Jepun. Medan perang ini kini merupakan salah satu daripada Empat Medan Pertempuran Revolusi Donghak. 30,000 orang pemberontak hadir, dan 2,000 orang terbunuh. Ketika 800 orang askar Jepun bergerak melalui Yeongam, Gangjin, Haenam, dan Pulau Jindo, mereka terlibat dalam strategi bumi hangus, membunuh 600 orang penduduk awam serta kampung-kampung dan karung beras dibakar. Yi Bangeon akhirnya ditangkap pada Krismas 1894 dan dipenggal kepalanya bersama anaknya di Seoul.[64][65] Dengan kematian Yi Bangeon, pemberontak telah dibasmi sepenuhnya, kecuali 30 orang pemberontak yang bersembunyi di Gunung Daedun.

Pada bulan Disember, Choe Gyeongseon juga ditawan. Pada 1 Januari 1895, ketua pemberontak terakhir yang tinggal, Kim Deokmyeong, ditangkap di Wonpyeong. Empat orang pemimpin telah diadili, dan testimoni Jeon Bongjun semasa perbicaraan membentuk Testimoni Jeon Bongjun. Dalam testimoninya, Jeon menekankan pandangannya bahawa penganut Donghak hanya membentuk serpihan kecil pemberontak, majoritinya petani yang ingin membalas dendam. Walau bagaimanapun, beliau juga menjelaskan teologi Donghak ke mahkamah. Beliau juga menafikan hubungan dengan Pemangku Besar Hegeon.[66]

Pada 29 Mac, empat orang pemimpin itu digantung sehingga mati kerana pengkhianatan. Kemudian, sarjana Konfusan mencuri mayat mereka, memenggal kepala mereka, dan memaparkan kepala tersebut di khalayak umum. Hanya badan Choe Gyeongseon yang telah dikenal pasti, dan lokasi tiga yang lain tidak diketahui.

Pertempuran terakhir dalam Revolusi Donghak ialah Pertempuran Gunung Daedun pada 17 Februari. 30 orang pemberontak mempertahankan gunung itu selama tiga hari, sehingga batalion Jepun menyerang mereka dengan memanjat tebing berbatu. Hanya kanak-kanak yang masih hidup. Walau bagaimanapun, pemberontak masih dibunuh sehingga tahun 1895 dalam pelbagai cara. Mereka termasuk:

  • Merantai pemberontak bersama-sama, kemudian menguburkan mereka hidup-hidup di dalam lubang
  • Merantai pemberontak bersama-sama, kemudian lemaskan mereka di laut. Pantai berdekatan dikatakan dipenuhi dengan mayat.
  • Menusuk tengkorak dengan batang kayu tajam, kemudian membakar batang kayu supaya otak akan meletup.
  • Mencerai-beraikan tubuh pemberontak dengan menggunakan kuda atau lembu
  • Mencincang pemberontak ke bahagian dengan menggunakan rata
  • Menusuk perut dengan batang buluh
  • Membelah dada dan memakan hati dan usus

Sementara itu, pemimpin-pemimpin Utara Choe Sihyeong dan Son Byeongheui melarikan diri selepas kekalahan di Jonggok. Pada bulan Januari 1898, Choe dan Son melarikan diri kerana Kim Yeonguk telah dikelirukan oleh Choe Sihyeong. Namun pada bulan April 1898, Choe ditawan dan dibicarakan. Memandangkan kerajaan ingin membunuh Choe sebelum dia meninggal dunia akibat penyakit, perbicaraan itu dilakukan dengan cepat. Son Byeongheui dan sekumpulan penganut lain cuba untuk membebaskan Choe dengan merasuah hakim dengan tanah, tetapi Choe tetap dibunuh selepas sebulan. Beliau dikebumikan di tanah perkuburan dengan penanda kecil yang mengatakan 'Ketua Donghak Choe Sihyeong'. Pada malam itu, Son dan yang lain diam-diam memasuki tanah perkuburan dan mengambil tubuh Choe. Choe dikebumikan semula di Gwangju.

Legasi[sunting | sunting sumber]

Sebahagian daripada permintaan pemberontak, termasuk perkahwinan semula untuk janda dan pembebasan hamba, dimasukkan ke dalam Pembaharuan Gabo. Walau bagaimanapun, pembaharuan itu tidak disokong kerana ia tidak termasuk pembaharuan tanah, yang merupakan keperluan terbesar para petani.

Ramai pemberontak kemudian menyertai Euibyeong (Tentera Terpimpin). Euibyeong 1895 dipimpin oleh sarjana Konfusian yang membunuh pemberontak ketika mereka cuba bergabung dengan Euibyeong. Bagaimanapun, pemberontak pada tahun 1905 dan 1907 hampir seluruhnya terdiri daripada pemberontak terdahulu. Sebagai contoh, Yu Eunshik dari Chungju membunuh leftenannya apabila dia mendedahkan dirinya sebagai bekas pemberontak.[67] Jeon Haesan, yang paling terkenal dari pemimpin-pemimpin Euibyeong Jeolla, sering dipanggil 'anak lelaki Jeon Bongjun', dan mengambil bahagian dalam lebih daripada 70 pertempuran dari tahun 1905 hingga 1910 menentang orang Jepun sebelum dia digantung pada tahun 1910. Walau bagaimanapun, dalam Diari Perang Jeon Haesan, Jeon Haesan mengatakan bahawa dia "tidak suka dipanggil 'anak lelaki Jeon Nokdu' (julukan Jeon Bongjun)", mungkin bermakna dia bukan anak Jeon Bongjun.[68] Walau bagaimanapun, edisi semasa buku teks Korea Utara mendakwa bahawa 'garis patriotik' diwarisi dari Jeon Changhyeok (bapa Jeon bongjun dan pemimpin Gyojo Shinwon) melalui Jeon Bongjun ke Jeon Haesan. Kementerian Pendidikan Korea Selatan mendakwa bahawa ini adalah revisionisme teks Korea Utara, untuk memuliakan Kim Il-sung dengan membandingkan keluarga Kim dengan keluarga Jeon.

Banyak bekas pemberontak menjadi aktivis nasionalis dan kemerdekaan. Pemburu harimau Hong Beomdo, yang dipengaruhi oleh Donghak, menjadi pemimpin gerila Manchuria. Kim Gu 'Bayi Jeobju', yang bertempur di Pertempuran Haeju, menjadi seorang nasionalis yang mendalam dan salah seorang pemimpin Korea yang paling dihormati.

Agama Donghak juga mengalami perubahan besar. Dengan kematian Choe Sihyeong, Son Byeongheui menjadi ketua yang ketiga. Untuk melarikan diri dari penganiayaan sebagai 'pemberontak', beliau menamakan semula 'Cheondoisme' Donghak dan mendirikan doktrin 'Manusia ialah Hanulnim', dengan itu menjadikan Cheondoisme sebagai agama panteistik sepenuhnya (Choe Jeu kelihatannya telah menjadi penganut panenteisme). Cheandaisme telah disahkan secara undang-undang pada tahun 1905, tetapi Son dipenjarakan pada tahun 1919 kerana mengetuai Gerakan 1 Mac dan meninggal dunia di penjara. Menantu Son, Bang Jeonghwan, juga seorang berfahaman Cheondoisme, menjadi aktivis kanak-kanak yang terkenal dan mengasaskan Hari Kanak-kanak di Korea.[69] Suh Yong-sun melukis karya yang bertajuk Revolusi Petani Donghak pada kanvas menggunakan cat akrilik.[70]

Kontroversi[sunting | sunting sumber]

Peranan dimainkan Donghak[sunting | sunting sumber]

Terdapat kontroversi yang berterusan mengenai penamaan revolusi ini, yang berkaitan dengan peranan sebenar yang dimainkan oleh agama Donghak dalam revolusi. Teori termasuk:

  1. Revolusi pada asasnya berdasarkan agama Donghak, dan dengan demikian harus dipanggil 'Pemberontakan Donghak' atau 'Revolusi Donghak'. Hujah ini didasarkan pada setiap sumber sebelum tahun 1922 menyebut pemberontakan itu 'Pemberontakan Donghak', dan setiap pemimpin utamanya ialah Jeobju atau Poju. Inilah pendirian yang dibuat oleh Korea Selatan apabila ia diperintah di bawah junta tentera.[71][72]
  2. Revolusi itu pada dasarnya berasaskan kepada petani yang ditindas oleh kerajaan, dan sepatutnya disebut 'Pemberontakan Petani 1894', 'Revolusi Petani 1894', atau 'Perang Petani 1894'. Hujah ini berdasarkan testimoni Jeon Bongjun: "Ada banyak petani yang marah dan sedikit sahaja Donghak". Inilah pendirian rasmi yang dibuat oleh Korea Utara.[71]
  3. Pemimpin pemberontak adalah penganut Donghak, tetapi tentera-tentera sebenarnya petani, dan dengan demikian disebut sebagai 'Revolusi Petani Donghak', 'Pemberontakan Petani Donghak', 'Perang Petani Donghak', atau 'Gerakan Petani Donghak'. Jeon berkata pada kesaksiannya: "Pemimpin kami adalah Donghak, tetapi tenteranya adalah petani". Ini pendirian semasa Korea Selatan.[71]


Peranan yang dimainkan oleh Pemangku Besar Heungseon[sunting | sunting sumber]

Peranan yang dimainkan oleh ayahanda Raja Gojong, Pemangku Besar Heungseon, terbuka kepada kontroversi. Jeon Bongjun pertama kali bertemu Heungseon pada tahun 1890 di Istana Unhyeon. Jeon sebenarnya tinggal bersama Pemangku Besar Heungseon dari tahun 1890 hingga 1892, dan menziarahinya pada Februari 1893.[73] Dalam pertemuan tersebut, Jeon berkata kepada Heungseon: "Saya ingin mati untuk negara dan rakyat".[73] Terdapat banyak khabar angin bahawa Heungseon telah diam-diam menyebabkan pemberontakan dalam mesyuarat ini.

Juga dikatakan bahawa Heungseon (atau kadang-kadang Gojong sendiri) menghantar utusan kepada Jeon selepas Damai Sementara Jeonju, meminta dia untuk mengusir orang Jepun. Ini belum disahkan. Untuk bukti, pesanan Mikhail Hitrovo, utusan Rusia ke Jepun yang menghantar pesanannya kepada utusan Rusia ke Korea sebulan sebelum permulaan revolusi, sering dipetik:

[Pemangku Besar] merancang untuk rusuhan besar sebagai pemimpinnya, yang akan bermula pada musim panas atau musim luruh. Pemimpinnya sudahpun membeli senjata dari China dan Jepun, dan 4,000 laras senapang telah dibeli. Beberapa dari Jepun, dan beberapa orang Jepun telah menyertai skim ini, di mana kerajaan Jepun tidak tahu apa-apa.[74]

Pemangku Besar Heungseon in 1869

Dalam Sejarah Donghak, Oh Jiyeong mendakwa bahawa Pemangku Besar cuba melakukan pembunuhan beramai-ramai ahli politik pro-Jepun pada bulan Ogos 1894, serentak ketika Jeon merencanakan serangan ke atas Seoul.[42]

Semasa pembunuhannya, Kim Gaenam memberi keterangan bahawa Jeon telah secara rahsia bertemu dengan Pemangku Besar Heungseon. Walau bagaimanapun, empat pemimpin yang lain enggan mengaitkan Pemangku Besar Heungseon dengan revolusi itu.[75]

Hubungan dengan Genyosha[sunting | sunting sumber]

Ahli sejarah Jepun Seito berhujah bahawa Revolusi Petani Donghak telah disokong oleh kumpulan Samurai yang bernama Genyōsha, yang mendarat di Busan pada 27 Jun 1894.[76] Dakwaan itu bagaimanapun sangat ditentang oleh sejarawan Korea.

Akuan Seito pada umumnya dianggap sebagai pseudosejarah oleh sejarawan Korea. Jeon hanya mempunyai 20 orang pengikut pada permulaan Pemberontakan Gobu, berbanding dengan 600 orang menurut Seito. Juga, senarai pertempuran Seito dan kenyataan Jeon Bongjun dalam Jeon Bongjun Gongcho berbeza. Di samping itu, Seito merekodkan bahawa sekutu pemberontak dan Genyōsha mengalahkan pasukan kerajaan dari bulan Jun hingga Ogos, di mana Jeon membina agensi Jibgangso. Walau bagaimanapun, ahli sejarah Korea tertentu seperti Yi Yihwa dan ahli sejarah Jepun secara umumnya menganggap kenyataan Saito sebagai sebahagian sah, terutamanya kerana terdapat banyak tentera Jepun di Korea pada masa itu.

Dalam Pengasasan Cheondoisme, tercatat bahawa dua lelaki Jepun bernama Danaka Jiro dan Dakeda Hanshi dan lima belas pengikut mereka, memegang dinamit, memberi Jeon sebuah jam tangan emas dan kuda, dan mengadakan majlis dengan Jeon, yang tidak dilakukan dengan terjemahan tetapi dengan menggunakan ayat bertulis (kedua-duanya mengenali aksara Cina). Orang Jepun meminta Jeon untuk bersekutu dengan Jepun dan mengusir China untuk menjadikan Korea benar-benar bebas. Kemudian pada tahun 1895, Danaka cuba membebaskan Jeon yang dipenjarakan dan membawanya ke Jepun, tetapi Jeon enggan, memanggil Jepun sebagai "musuh aku" dan mengatakan "Bukan tujuan aku untuk mencari kehidupan kecil aku melalui tangan musuh". Dia juga berkata bahawa "Aku musuh kamu dan kamu adalah musuh aku".[77] Walau bagaimanapun, Jeon juga meminta Genyōsha untuk cuba melindungi pemberontak dari hukuman bunuh.

Pemangku Besar Heungseon diketahui telah menyewa ronin, atau bekas Samurai, untuk membunuh musuh politik. Ia juga telah berspekulasi bahawa ahli Genyosha yang membunuh Maharani Myeongseong, ratu terakhir Korea.[12]

Bacaan lanjut[sunting | sunting sumber]

  • (Inggeris) Biography of Jeon Bongjun, Sin Bokryong, 1996
  • (Inggeris) Donghak Peasant Rebellion and the Gabo Reform, Il Jogak, November 10, 1998
  • (Inggeris) Donghak Revolution and Novels, Chae Gilsun, 2006
  • (Inggeris) Folk Movements of the Late Joseon Dynasty and the Causation of the Donghak Peasant War, Bae Hangseob, July 5, 2002
  • (Inggeris) Political and Societal Movements of Donghak, Jang Yeongmin, December 30, 2004
  • (Inggeris) An Understanding of the Donghak Ideology, Sin Ilcheol, 1995

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Peristiwa yang boleh dibandingkan[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b McClain 2002, m/s. 297.
  2. ^ a b Yi 2012, m/s. 21.
  3. ^ a b South Korea government 1976, m/s. 128.
  4. ^ Choe 2007, m/s. 264.
  5. ^ Naver "Alive Korean History Textbook" (dalam bahasa Korea). Dicapai pada 9 January 2013.
  6. ^ Yu 2005, m/s. ???.
  7. ^ Naver "Encyclopedia of the Joseon Dynasty>Imsul Revolts" (dalam bahasa Korea). Dicapai pada January 25, 2013.
  8. ^ Yi 2012, m/s. 21–22.
  9. ^ Yu 2011b, m/s. 359.
  10. ^ "Cheondoist Seoul District". Dicapai pada January 25, 2013.
  11. ^ Naver "Encyclopedia of Korean History>Joseon>Hucheon Gaebyeok" (dalam bahasa Korea). Dicapai pada 5 January 2013.
  12. ^ a b c Park 2009d, m/s. ???.
  13. ^ Naver "Encyclopedia of Korean History>Joseon>Jeob.Po" (dalam bahasa Korea). Dicapai pada 5 January 2013.
  14. ^ Naver "Dusan Encyclopedia>Yi Pilje's Revolt" (dalam bahasa Korea). Dicapai pada January 25, 2013.
  15. ^ Naver "Internet Biography of Son Byeongheui" (dalam bahasa Korea). Dicapai pada January 24, 2013.
  16. ^ Jeon Bongjun Gongcho (The Testimony of Jeon Bongjun).
  17. ^ Naver "Encyclopedia of Korean History>Joseon>Gyoju Shinwon Movement" (dalam bahasa Korea). Dicapai pada 5 January 2013.
  18. ^ Yi 2012, m/s. 74-75.
  19. ^ Naver "Encyclopedia of Korean History>Joseon>Gyoju Shinwon Movement" (dalam bahasa Korea). Dicapai pada 5 January 2013.
  20. ^ Lone & McCormack 1993, m/s. ???.
  21. ^ Yi 2012, m/s. 69–70.
  22. ^ a b Hwang 1910, m/s. ???.
  23. ^ Yi 2012, m/s. 77.
  24. ^ Yi 2012, m/s. 76–77.
  25. ^ Shin Byeongju. "Shin Byeongju's Finding Roads in History (32)Currency of the Joseon Dynasty". Segye Daily. Dicapai pada 28 March 2013.
  26. ^ a b Yi 2012, m/s. ???.
  27. ^ a b "Jeongeub Donghak Peasant Revolution>A Shortened Revolution History>The Misconduct of the Gobu Magistrate". Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-01-03. Dicapai pada 29 March 2013.
  28. ^ Yu 2011b, m/s. 276.
  29. ^ Naver "Encyclopedia of Korean Culture and History>Gobu Minlan" (dalam bahasa Korea). Dicapai pada April 6, 2013.
  30. ^ Yi 2012, m/s. 95–102.
  31. ^ Yi 2012, m/s. 108–109.
  32. ^ Yi 2012, m/s. 112–113.
  33. ^ The Tokyo Daily. 1894. Missing or empty |title= (bantuan)
  34. ^ Yi 2012, m/s. 114–115.
  35. ^ Yi 2012, m/s. 120.
  36. ^ Gwak 2011, m/s. ???.
  37. ^ Naver "Basic Korean History Terminology-Jeonju Truce" (dalam bahasa Korea). Dicapai pada 10 January 2013.
  38. ^ Boulger & Hazeltine 1893, m/s. ???.
  39. ^ Choe 1862, m/s. ???.
  40. ^ Naver "Encyclopedia of Korean Ethnic History>History>Modern>Jibgangso" (dalam bahasa Korea). Dicapai pada 10 January 2013.
  41. ^ Yi 2012, m/s. 265.
  42. ^ a b Oh 1940, m/s. ???.
  43. ^ Yi 2012, m/s. 87.
  44. ^ Yi 2012, m/s. 186.
  45. ^ Yi 2012, m/s. 89.
  46. ^ Naver "Encyclopedia of Korean Ethnic History>History>Modern>Battle of Ugeumchi" (dalam bahasa Korea). Dicapai pada January 11, 2013.
  47. ^ a b c Yi 2012, m/s. 103.
  48. ^ "Doopedia-우금치전투". Dicapai pada August 5, 2013.
  49. ^ "Encyclopedia of Korean Ethnic History-우금치전투". Diarkibkan daripada yang asal pada Oktober 4, 2013. Dicapai pada Ogos 5, 2013.
  50. ^ a b c d Yi 2012, m/s. 105–108.
  51. ^ "Donghak Peasant Revolution Memorial". Dicapai pada January 11, 2013.[pautan mati kekal]
  52. ^ Yi 1894, m/s. ???.
  53. ^ Yi 2012, m/s. 243–244.
  54. ^ "Encyclopedia of Jindo Culture - Yi Heuiseung (Modern Jindo Official)". Dicapai pada March 31, 2013.
  55. ^ "Encyclopedia of Jindo Culture - Donghak Peasant Revolution". Dicapai pada March 31, 2013.
  56. ^ "Encyclopedia of Hadong>Battle of Mount Goseong Fortress". Dicapai pada January 14, 2013.
  57. ^ Naver "Second Revolt of the Gabo Peasant War" (dalam bahasa Korea). Dicapai pada January 15, 2013.
  58. ^ "Digital Encyclopedia of Cheongju>Battle of Cheongju Fortress". Dicapai pada January 15, 2013.
  59. ^ "Digital Encyclopedia of Chungju>Donghak Peasant Revolution". Dicapai pada January 15, 2013.
  60. ^ "Culture Contents.com>Battles/Diplomacy>Korean Battles>Battle of Mount Seseong". Dicapai pada April 7, 2013.
  61. ^ Yi 2012, m/s. 251–253.
  62. ^ a b c d e Yi 2012, m/s. 308.
  63. ^ History Controversies Study Agency 1994, m/s. –.
  64. ^ "Battle of the Seokdae Fields, Jangheung" (dalam bahasa Korea). Dicapai pada January 17, 2013 – melalui Naver.
  65. ^ "Yi Bangeon, Encyclopedia of Koreans". 1838. Dicapai pada January 17, 2013.[pautan mati kekal]
  66. ^ 한국민족문화대백과>역사>근대사>전봉준공초 (dalam bahasa Korea). Dicapai pada July 5, 2013 – melalui Naver.
  67. ^ Choe 2007, m/s. 176.
  68. ^ Naver "Jeon Haesan Jinjung Ilgi, Encyclopedia of the Culture of Korea" (dalam bahasa Korea). Dicapai pada January 23, 2013.
  69. ^ Park 2009e, m/s. ???.
  70. ^ Naver "Naver Cast:Today's Korean-Suh Yong-sun" (dalam bahasa Korea). Dicapai pada April 7, 2013.
  71. ^ a b c Choe Hwaju (June 24, 2013). "'Historical facts' do not talk on their own". Hangyeore. Dicapai pada July 5, 2013.
  72. ^ Naver "Naver Encyclopedia-Donghak Movement" (dalam bahasa Korea). Dicapai pada July 15, 2013. "Although there is a theory that postulates that the Donghak was only a motivation for a few extremists, or that it only acted as a device for peasants to express their already existing desire for change, it misrepresenting Donghak's role as an ideological start or the religion of the leading rebels."
  73. ^ a b "Daum Encyclopedia>Jeon Bongjun" (dalam bahasa Korea). Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-01-12. Dicapai pada January 19, 2013.
  74. ^ Yu 9999, m/s. ???.
  75. ^ "Doopedia-The Second Donghak Revolution". Dicapai pada July 15, 2013.
  76. ^ 玄洋社社史編纂会 1977 『玄洋社社史』近代資料出版会=History of Genyosha(written in Japanese)
  77. ^ Misang 9999a, m/s. 327.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Bibliografi[sunting | sunting sumber]

Buku disusun mengikut nama keluarga pengarang, bahagian terakhir dalam nama Inggeris dan bahagian pertama nama Korea.

Buku khusus[sunting | sunting sumber]

  • Yi, Yihwa (2012). 동학농민운동(평등과 자주를 외친) [The Donghak Peasant Revolution: Claiming for Equality and Statehood] (dalam bahasa Korean). illustrated by Kim Tae-hyun. Seoul: Safari. m/s. 327. ISBN 9788-9648-0765-1.CS1 maint: unrecognized language (link) CS1 maint: ref=harv (link)
  • History Controversies Study Agency (1994). 다시 피는 녹두꽃 [The Nokdu Flower Blooms Again: Testimony of Donghak Peasant Descendants] (dalam bahasa Korean). 역사비평사, History Bipyeongsa. m/s. 1–400. ISBN 9788-9769-6223-2. 학농민군 후손 60여인의 생생한 증언을 모았다CS1 maint: unrecognized language (link) CS1 maint: ref=harv (link)

Tinjauan[sunting | sunting sumber]

  • Lone, Stewart; McCormack, Gawan (1993). Korea Since 1850. Australia: Longman Cheshire Pty Limited. m/s. 226. ISBN 9780-3120-9686-1.CS1 maint: ref=harv (link)
  • Boulger, Demetrius Charles; Hazeltine, Mayo W. (1893). "The War with Japan and Subsequent Events". China. Kessinger Publishing (reprint 2010). m/s. 1–550. ISBN 9781-1633-3067-8.CS1 maint: ref=harv (link)

Buku lain[sunting | sunting sumber]

  • Misang, John (1999). 미상 [The Founding of Cheondoism] (dalam bahasa Korean).CS1 maint: unrecognized language (link) CS1 maint: ref=harv (link)
  • Misang, John (1999). 미상 [Korean Folk Culture] (dalam bahasa Korea).CS1 maint: ref=harv (link)
  • South Korea government (1976). 미상 [Social Study Topographical Textbook] (dalam bahasa Korea). m/s. 1–128.CS1 maint: ref=harv (link)
  • Choe, Sihyeong (1862). 용담 유사 : 수운 가사 [Yongdam Yusa] (dalam bahasa Korean). 대원 출판사, Daewon Publisher. ISBN 8972616087.CS1 maint: unrecognized language (link) CS1 maint: ref=harv (link)
  • 세종 출판 기획; Sejong Chulpan Kihoek (2000). 용담 유사 : 수운 가사 [Yongdam Yusa] (dalam bahasa Korean). 대원 출판사, Daewon Publisher. m/s. 1–141. ISBN 9788-9726-1608-5.CS1 maint: multiple names: authors list (link) CS1 maint: unrecognized language (link) CS1 maint: ref=harv (link)
  • Hwang, Hyeon (1910). 오하기문 [Ohagimun] (dalam bahasa Korean). translated by 김종익 (1994?). 역사비평사, History Bipyeongsa. m/s. 1–351. ISBN 8976962222. 매천(梅泉) 황 현이 19세기 당쟁.세도정치의 폐해, 동학농민전쟁, 일제 침략 항일의병활동 등 한시대를 묘파한 “오하기문” 번역서CS1 maint: unrecognized language (link) CS1 maint: ref=harv (link)
  • Oh, Jiyeong (1987) [1940, Yeongchang Seogwan (?)]. 동학사(대광민속총서 1) [A History of Donghak] (dalam bahasa Korean). 대광문화사, Daekwang Cultural History. m/s. 1–243. ISBN 9788-9705-1022-4.CS1 maint: unrecognized language (link) CS1 maint: ref=harv (link)
  • Yi, Deokil (1999). 미상 [A History of Controversies] (dalam bahasa Korean).CS1 maint: unrecognized language (link) CS1 maint: ref=harv (link)
  • Yi, Guytae (1894). Diary of the Reconnaissance Head of the South (dalam bahasa Korea).CS1 maint: ref=harv (link)
  • Yu, Eunshik. The Conservative Nature of the Rebellion of 1894 (dalam bahasa Korea).CS1 maint: ref=harv (link)
  • Yu, Hongjun (유홍준) (2011). 남도 답사 일번지 [The First in the South]. 나의 문화 유산 답사기 [Exploring my Cultural Heritage] (dalam bahasa Korea). 1. Changbi. m/s. 1–348. ISBN 9788-9364-7201-6.CS1 maint: ref=harv (link)
  • Yu, Hongjun (유홍준) (2011). 산은 강을 넘지 못 하고 [Mountains Cannot Cross Rivers]. 나의 문화 유산 답사기 [Exploring my Cultural Heritage] (dalam bahasa Korean). 2. Changbi. m/s. 1–466. ISBN 9788-9364-7202-3.CS1 maint: unrecognized language (link) CS1 maint: ref=harv (link)

Manhwa(만화) dan Buku untuk Kanak-kanak[sunting | sunting sumber]

  • Choe, Yongbeom (2007). 하룻밤에 읽는 한국사 [Reading Korean History in one Night] (dalam bahasa Korean). Seoul: Paper Road. m/s. 1–426. ISBN 9788-9958-2663-8.CS1 maint: unrecognized language (link) CS1 maint: ref=harv (link)
  • Gwak, Eunju (2011). 최제우 동경대전(만화)(서울대선정 인문고전 50선 21) [Choe Jeu's Donggyeong Daejeon (Manhwa)] (dalam bahasa Korean). Junior Kim Yeongsa. m/s. 1–215. ISBN 9788-9349-3327-4.CS1 maint: unrecognized language (link) CS1 maint: ref=harv (link)
  • Park, Eunbong (2009). 한국사 편지. 4(12살부터 읽는 책과함께 역사편지) [ABC of Korean History (4)] (dalam bahasa Korean). 책과함께어린이, Books for Children. m/s. 1–260. ISBN 9788-9912-2147-5.CS1 maint: unrecognized language (link) CS1 maint: ref=harv (link)
  • Park, Eunbong (2009). 한국사 편지. 5(12살부터 읽는 책과함께 역사편지) [ABC of Korean History (5)] (dalam bahasa Korean). 책과함께어린이, Books for Children. m/s. 1–300. ISBN 9788-9912-2148-2.CS1 maint: unrecognized language (link) CS1 maint: ref=harv (link)
  • Yu, Gyeong-won, 유경원 (2005). 이현세의 만화 한국사 바로보기. 9(조선시대) [Quick view of Yi Hyeonse Manhwas about Korean History. 9 (Joseon Dynasty)] (dalam bahasa Korean). 녹색지팡이, Noksaek Jipangi. m/s. 1–235. ISBN 9788-9914-8109-1.CS1 maint: unrecognized language (link) CS1 maint: ref=harv (link)