Revolver Enfield Model No. 2 MK. 1

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Revolver Enfield Model No. 2 MK. 1
JenisPistil perkhidmatan
Tempat asal United Kingdom
Sejarah perkhidmatan
Dalam perkhidmatan1932–1963
Digunakan olehUnited Kingdom & Koloni, British Commonwealth,
PerangPerang Dunia Kedua, Perang Korea, Konflik koloni British, banyak yang lain
Sejarah pengeluaran
Perekaʜ, Webley & Scott
Direka1928
PengeluarRSAF Enfield
Dihasilkan1932–1957
Jumlah dibinaapprox 270,000
AnekaEnfield No 2 Mk I*, Enfield No 2 Mk I**
Spesifikasi
Berat1.7 lb (765 g), unloaded
Panjang10.25 in (260 mm)
Panjang laras5.03 in (127 mm)

Kartrij.380" Revolver Mk I or Mk IIz
Kaliber0.38 inch (9.65 mm)
AksiDouble Action revolver (Mk I* and Mk I** Double Action Only)
Kadar tembakan20–30 rounds/minute
Halaju muncung620 ft/s (189 m/s)
Jarak tembakan efektif15 yards (13.7 m)
Jarak tembakan maksimum200 yd
Sistem suapan6-round cylinder
Penglihatanfixed front post and rear notch

Revolver Enfield Model No. 2 MK. 1 berkaliber 0.380 inci dikeluarkan oleh British. Pembangunan revolver ini dilakukan oleh kilang kerajaan Enfield (Kilang Senjata Kecil DiRaja Enfield, RSA) bermula pada awal 1920-an bagi menggantikan pelbagai jenis revolver Webley, dan Enfield dalam Tentera British yang bermula sejak Perang Dunia Pertama dan dalam sesetengah kes jauh lebih awal lagi.

Revolver Enfield Model No. 2 MK. 1 mempunyai kaliber 0.38 inci dan menggunakan katrij 0.38 inci British R. Pecutan larasnya adalah 650 kaki sesaat dengan berat tanpa diisi 1.7 paun. Kelopak pelurunya memuatkan 6 biji peluru dengan jarak operasi 49 ela.

Pihak British kekal menggunakan revolver sungguhpun kebanyakan negara lain membangunkan pistol separa-automatik. Ini disebabakan oleh tradisi yang berakar umbi dan juga ciri tahan lasak dan keberkesanan revolver Webley, dan Enfield. Bagaimanapun, kekurangannya seperti lebih berat dan sentakan kuat model lama 0.455 kaliber (sekitar 0.4 inci/11.5 mm) yang memerlukan penembak tepat. Keputusan dibuat bagi mengekalkan revolver tetapi dengan kaliber lebih kecil dan lebih ringan. Hasilnya adalah senjata tolak ansur, kerana sungguhpun Enfield No. 2 adalah lasak dan memerlukan sedikit jagaan, kuasa menghentinya tidak selalu mencukupi. Walau bagaimanapun, menjelang akhir perang sejumlah 380,000 revolver variasi tentera telah dihasilkan.

Pengguna[sunting | sunting sumber]

=Nota[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  • Smith, W.H.B. 1943 Basic Manual of Military Small Arms (facsimile). Harrisburg, Penn.: Stackpole Books, 1979. ISBN 0-8117-1699-6.
  • Stamps, Mark, and Ian Skennerton. .380 Enfield Revolver No 2. London: Greenhill Books, 1993. ISBN 1-85367-139-8.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]