Ribut Agatha

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Ribut Tropika Agatha
Ribut tropika  (SSHS)
Imej satelit Ribut Agatha pada 29 Mei

Imej satelit Ribut Agatha pada 29 Mei
Terbentuk 29 May 2010 (2010-05-29)
Reda 30 May 2010 (2010-05-31)
Kelajuan maksimum
angin
45 bsj (75 km/j)
(Purata 1 minit)
Tekanan terendah 1000 mbar (hPa; 29.54 inHg)
Kematian 148 langsung, 73 hilang
Kerosakan Tidak diketahui
Kawasan
terjejas
Amerika Tengah
Sebahagian daripada
Musim taufan Pasifik 2010

Ribut Agatha merupakan ribut tropika bermusim yang melanda Amerika Tengah dan merupakan siklon tropika terdahsyat di timur Pasifik sejak Taufan Pauline pada 1997. Walaupun 'lemah', ia menyebabkan banjir meluas yang mengorbankan ramai orang. Ribut pertama musim taufan Pasifik 2010 ini bermula pada 30 Mei, mencapai kelajuan puncak 75 km sejam (45 bsj) dan tekanan terendah 1000 mbar (hPa; 29.53 inHg). Ia mencapai daratan di Guatemala dan kemudian menuju ke arah El Salvador, Mexico dan Honduras.

Ribut petir membawa hujan lebat, tanah runtuh dan banjir kilat memaksa lebih 3,000 penduduk pindah. Tanah runtuh berlaku di San Jose Pinula, 17 kilometer dari Bandar Guatemala. 118 orang dipercayai terbunuh.[1] 13 kematian juga berlaku di El Salvador.[2]

Ketika ini Gunung berapi Pacaya juga meletus di Guatemala.

Rujukan[sunting | sunting sumber]