Pergi ke kandungan

Ribut Barat

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Ribut Barat
PengarahSalleh Ghani
PenulisSalleh Ghani
Lakon layarSalleh Ghani
Dihasilkan olehSham Tun Salleh
Toh Puan Saodah
DibintangiYusof Haslam
Maria Arshad
Mokhtaruddin
Haji Arshad
Raja Hamidah Raja Saat
Hail Amir
Normadiah
Julie Dahlan
Raja Noor Baizura
Baharuddin Omar
SinematografiRedzuan Ahmad
Disunting olehHashim Hamzah
Muzik olehTaib Osman
Diedarkan olehEPA Film Productions
Sabah Film Productions
Tarikh tayangan
  • 18 November 1981 (1981-11-18) (Malaysia)
Masa tayangan
110 minit
NegaraMalaysia
BahasaMelayu
Pecah panggungRM 226,922.86

Ribut Barat merupakan sebuah filem Melayu yang diterbitkan di Malaysia pada 1981. Filem Ribut Barat diterbitkan dalam bentuk filem warna.

Filem Ribut Barat diarahkan oleh pengarah Salleh Ghani pada tahun 1981.

Ringkasan

[sunting | sunting sumber]

Filem ini mengisahkan pergolakan hidup sepasang suami isteri setelah kembali dari luar negara di mana pengaruh barat telah memusnahkan rumah tangga yang baru dibina. Adnan (Yusof Haslam) dan Azizah (Maria Arshad) seorang yang berkelulusan luar negara, pulang ke tanah air bukan sahaja dengan ijazah malah dengan seorang isteri yang bersifat kebaratan dan memandang rendah kepada orang kampung termasuk ibu bapanya. Adnan terlalu sayangkan isterinya sehingga dia sanggup melupakan ibu bapanya untuk menyenangkan hati Azizah. Abangnya, Azmi (Mokhtaruddin) dan ibunya kurang menyenangi dengan tingkah laku Azizah yang tidak beradab yang meninggalkan rumah mereka dengan tergesa-gesa. Azizah pula seorang isteri yang curang dengan suaminya. Dia dan Hairi (Hail Amir) kerap kali berhibur di parti-parti dan kelab malam. Keluarga Adnan sudah mengetahui sikap Azizah. Hairi dan Azizah telah mengupah samseng-samseng untuk memukul Azmi kerana berlaku salah faham tempoh hari di antara mereka berdua.

Sementara itu, Cik Puan Rokiah (Noormadiah) telah mengarahkan Adnan untuk pergi ke Johor Bahru dan berjumpa dengan adik lelakinya, Redzuan (Baharuddin Omar) atas urusan kerja. Disitulah Adnan bertemu dengan Juriah (Raja Noor Baizura) yang merupakan anak perempuan Redzuan. Juriah dan bapanya menguruskan sebuah sekolah tadika swasta. Redzuan pula hanya membantu perniagaan anaknya, Redzuan juga mempunyai perniagaan menguruskan ladang nanas. Keesokkan harinya, Adnan diarahkan pulang ke Kuala Lumpur oleh Rokiah. Adnan sudah mengetahui perkara sebenar kerana Azizah dan Hairi ditangkap berkhalwat oleh Rokiah. Adnan mengambil keputusan berpisah dengan Azizah.

Adnan telah insaf dan kembali semula ke pangkal jalan. Keluarganya menerima semula Adnan. Adnan dan Azmi pulang semula ke Kuala Lumpur kerana bimbang akan diapa-apakan oleh Hairi dan kuncu-kuncunya. Azizah menginginkan rumah tersebut tetapi Adnan tidak menukarkan nama di dalam geran. Sementara itu, Rokiah pula ingin mengikat tali pertunangan di antara Adnan dengan Rozana (Julie Dahlan) tetapi Adnan menolaknya dan memberitahu dia sudah berkenan dengan Juriah, anak saudara Rokiah. Rokiah mengarahkan agar Adnan segera mengahantar rombongan merisik ke Johor Bahru. Redzuan merestui perhubungan mereka. Selepas mendirikan rumahtangga dengan Juriah, Adnan membawa isterinya pulang menziarahi ibu dan bapanya di kampung. Juriah seorang isteri yang berhati mulia tidak seperti Azizah. Juriah disenangi oleh Lebai Mamat (Haji Arshad), ibu mertuanya (Raja Hamidah Raja Saat) dan Azmi.

Beberapa bulan kemudian, perangai buruk Hairi sudah diketahui oleh Azizah, Hairi seorang kaki perempuan. Azizah telah dipukul oleh kekasih Hairi (Rose Iskandar). Manakala Hairi pula telah diberkas kerana telah membunuh pembantu Azizah. Azizah mengalami kecederaan dan dihantar ke Hospital Besar Pulau Pinang. Doktor yang merawat Azizah telah menghantar sepucuk telegram kepada Adnan agar segera datang ke hospital tersebut. Dua hari kemudian, Adnan masih belum pulang ke Kuala Lumpur ini menyebabkan Rokiah bertambah berang dan dia telah memberhentikan kerjanya serta merta. Tindakannya berbuat demikian kerana dia menyangkakan yang Adnan kembali semula kepada bekas isterinya, Azizah. Juriah pula diarahkan pergi ke rumah mertuanya untuk menjelaskan perkara selanjutnya. Adnan pula bergegas mencari Juriah untuk dipujuknya kebali ke Kuala Lumpur tetapi dek kerana cemburu buta, Juriah tidak mampu memaafkan dan meminta izin suaminya untuk menceraikannya. Adnan akhirnya menurutkan sahaja permintaan Juriah. Mereka bercerai juga akhirnya. Azizah yang kini tempang terus bergegas ke pejabat Rokiah untuk menjelaskan perkara sebenarnya. Rokiah begitu terkejut dengan salah fahamnya terhadap Adnan dan Azizah. Mereka berdua terus pergi ke kampung Adnan. Malangnya, nasi sudah menjadi bubur. Rokiah dan Azizah tiba di rumah Adnan, Azizah menjelaskan perkara sebenarnya apakah tujuan Adnan pergi ke Pulau Pinang kepada Juriah. Juriah sungguh menyesal dengan tindakan terburu-burunya sebentar tadi. Rokiah juga memujuk Adnan agar kembali bekerja dengannya dan mahu mereka merujuk kembali dengan Juriah. Tetapi Adnan berkeras hati dan kecewa dengan tindakan Rokiah dan Juriah. Adnan terus membawa diri dan meninggalkan Juriah dan Azizah.

  1. Anggerik Desa - Rafeah Buang

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]