Ribut Taufan Earl (2010)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pergi ke navigasi Pergi ke carian
Ribut Taufan Earl
Hurikan kategori 4 major (SSHWS/NWS)
Hurricane Earl 2010-09-01 1801Z.jpg
Hurikan bertambah kuat berhampiran Bahamas pada 1 September
Terbentuk25 Ogos 2010
Reda5 September 2010
Angin terkuat1 minit berterusan: 145 bpj (230 km/j)
Tekanan terendah928 mbar (hPa); 27.4 inHg
Kematian3 langsung
Kerosakan$150 juta (2010 USD)
Kawasan terjejasKepulauan Leeward, Puerto Rico, Bahamas, timur Amerika Syarikat, Kanada Atlantik dan Quebec
Sebahagian daripada Musim hurikan Atlantik 2010

Hurikan Earl ataupun Ribut Taufan Earl adalah tekanan rendah tropika ketujuh, ribut tropika kelima, hurikan ketiga dan hurikan utama kedua musim hurikan Atlantik 2010. Ia terbentuk sebagai hurikan gaya Tanjung Cape klasik daripada satu kawasan luas tekanan rendah yang bersekutu dengan gelombang gangguan tropika umum pada 25 Ogos. Ia secara perlahan-lahan teratur dan menjadi ribut tropika pada hari yang sama berhampiran Kepulauan Tanjung Verde. It mengekalkan angin puncak 45 bsj (70 km/j) selama dua hari, sebelum perlahan-lahan menguat menjadi ribut tropika 60 bsj (100 kmjh). It mengekalkan kelajuan itu untuk 12 jam, dan kemudian menjadi hurikan ketiga musim tersebut. Pada 30 Ogos 11:00 am AST, Earl terus menguat kepada hurikan kategori 3, dan seterusnya kategori 4 pada petang itu.

Di Kepulauan Leeward, Hurikan Earl menyebabkan kerosakan sederhana sehingga $150 juta (USD 2010); seorang mangsa dilaporkan mati lemas akibat hurikan ini. Di Kanada pula, seorang lagi turut lemas, dan ramai penduduk kehilangan kuasa elektrik secara berpanjangan.

Kesan[sunting | sunting sumber]

Caribbean[sunting | sunting sumber]

Hurikan Earl dilihat daripada Stesen Angkasa Antarabangsa pada 30 Ogos

Di sepanjang Kepulauan Leeward, hujan lebat akibat ribut ini membanjiri kawaasn-kawasan rendah.[1] Pokok dan tiang elektrik tumbang, menyebabkan banyak penduduk tiada bekalan elektrik.

Secara keseluruhan, Hurikan Earl menyebabkan kerosakan sehingga $150 juta di keseluruhan Caribbean.[2]

Kanada[sunting | sunting sumber]

Hurikan Earl mendarat di Nova Scotia pada 4 September

Hurikan Earl bertemu daratan di Lunenberg County berhampiran Western Head, Nova Scotia pada 4 September sekitar 11 am, sebagai ribut kategori 1 besar dengan angin 75 bsj (120 km/j).[3][4]

Di seluruh kawasan terbabit, sekitar 220,000 tempat kediaman, hampir sejuta orang kehilangan bekalan elektrik akibat Earl.[5] Kira-kira 104,000 kediaman yang terlibat berada di kawasan metro Halifax. Bandar itu menerima antara kesan paling teruk ribut ini, dengan angin sekuat taraf hurikan pada 12:00 pm (waktu tempatan) pada 4 September. Di puncak ribut, Laluan Nova Scotia 207, 331 dan 333 ditutup akibat banjir dan talian elektrik jatuh.[6][7] Banyak pokok dan tiang elektrik runtuh, menghalan jalan dan merosakkan rumah.[8]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "AP Top News pada 8:10 a.m. EDT". Associated Press. 30 Ogos 2010. Dicapai pada 1 September 2010.
  2. ^ Anthony R. Wood dan Jacqueline L. Urgo (2 September 2010). "Hurricane Earl likely to spare Jersey Shore". The Philadelphia Inquirer. Dicapai pada 2 September 2010.
  3. ^ "Special Weather Statements for Nova Scotia". Canadian Hurricane Centre. 5 September 2010. Dicapai pada 5 September 2010.
  4. ^ Lixion A. Avila dan Eric S. Blake (4 September 2010). "Tropical Storm Earl Public Advisory Forty-One". National Hurricane Center. Dicapai pada 5 September 2010.
  5. ^ "Earl kills 1 in Canada, loses strength". Press TV. 5 September 2010. Dicapai pada 5 September 2010.
  6. ^ Bill Powers (5 September 2010). "Earl knocks out power, downs trees". The Chronicle Herald. Dicapai pada 5 September 2010. Italic or bold markup not allowed in: |publisher= (bantuan)
  7. ^ Dan Arsenault dan Laura Fraser (5 September 2010). "Cleaning up after Earl". The Chronicle Herald. Dicapai pada 5 September 2010. Italic or bold markup not allowed in: |publisher= (bantuan)
  8. ^ "Earl leaves thousands without power". CBC News. 5 September 2010. Dicapai pada 5 September 2010.