Ricky Perdana

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.


Ricky Perdana (lahir di Palembang, Sumatera Selatan, 6 April 1981) ialah seorang lelaki yang berketinggian 180 cm dan berkerja sebagai pelakon di Indonesia. Beliau memulai kerjayanya ketika mengikuti ujibakat bintang drama bersiri Sitti Nurbaya yang diadakan Trans TV di Bandung, Jawa Barat, tahun 2004. Tanpa berbekalkan latar belakang lakonan, anak kedua dari tujuh bersaudara pasangan Idin Yusuf Diah dan Mira Ima Wati ini lulus ujibakat untuk dihantar ke Jakarta. Ricky lantas menandatngani perjanjian dengan MD Entertainment untuk bermain drama bersiri Sitti Nurbaya yang dibintangi Nia Ramadhani. Tuah beliau semakin bertambah setelah dipercayai bermain dalam beberapa drama bersiri. Drama bersiri beliau antara lain Bajaj, Taubat, Gatot Kaca, GOL, Dan, Ande-Ande Lumut, Mimpi Manis, Ridho, Malin Kundang, Hidayah, Demi Waktu, dan Pengin Jadi Bintang.

Beliau dulunya pernah bekerja di pejabat namun setelah itu lebih memilih menjadi pelakon saja. Di sela-sela kesibukannya beliau suka berolahraga sehingga bergelar "kurus tapi berotot", kerana gen-gen dalam keluarganya kurus-kurus termasuk ayah dan abang beliau. Beliau juga pernah menjadi peserta akhir L-Men Manhunt Indonesia 2006 dan terpilih sebagai The Best Fotogenis L-Men Manhunt Indonesia 2006. Buat beliau, itu jadi suatu kebanggaan tersendiri.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]