Ridhuan Foo Abdullah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Ridhuan Foo Abdullah (53 tahun ) terpilih sebagai Tokoh Hijratul Rasul bagi kategori Saudara Kita sempena sambutan Hijratul Rasul peringkat Negeri Kelantan 2010.


Beliau dilahirkan di Pekan Jelawat, Bachok dan membesar dalam lingkungan masyarakat Melayu dan jiran-jirannya terdiri daripada orang Melayu. Beliau melihat bagaimana mereka bersalaman dengan berpelukan mesra antara satu sama lain yang jarang dapat dilihat di kalangan masyarakat asalnya sendiri. Bermula dari situlah mencetuskan minat beliau terhadap agama Islam hingga berkahwin dengan seorang gadis Melayu, Che Rohani Abdul Rahman, 50, dan hasil perkongsian hidup mereka mendapat enam anak, tiga daripada mereka sedang menuntut di Mesir di bidang tahfiz al-Quran. Dua dari anaknya membantu menguruskan syarikat perniagaan barangan elektronik dan menjadi wakil pengedar barangan elektronik berjenama.

Tokoh Maal Hijrah Kelantan 2010[sunting | sunting sumber]

Pada 7 Disember 2010, Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V menyampaikan anugerah tersebut kepada beliau di Balai Islam, Lundang, Kota Bharu, Kelantan. Beliau membawa pulang hadiah wang tunai RM5,000, dinar emas .Turut menerima tokoh Hijratul Rasul ialah Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.[1]

Rujukan[sunting | sunting sumber]