Ridzuan Hashim

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Ridzuan Hashim
Ridzuan dalam filem Antara Dua Hati
Kelahiran
Mohd Ridzun bin Hashim

(1961-08-13)13 Ogos 1961
Meninggal dunia4 Mei 2023(2023-05-04) (umur 61)
Sebab kematianSerangan jantung[1]
DikebumikanTanah Perkuburan Islam Dusun Tua, Hulu Langat, Selangor
PekerjaanPelakon
Tahun aktif1981–2023
PasanganDidie Alias (k. 1992; c. 2002)
Anak-anak5
KeluargaIman Zulkarnain (anak saudara)
AnugerahPelakon Lelaki Terbaik 1991 (Festival Filem Malaysia)

Ridzuan Hashim (lahir Mohd Ridzun Hashim; 13 Ogos 1961 – 4 Mei 2023) merupakan seorang pelakon lelaki Malaysia.[2] Beliau mula mencipta nama sebagai peragawan terkenal menerusi pentas peragaan dan iklan komersial sebelum menempuh era kegemilangan pada awal 1990an dan wajah kacaknya sering menghiasi banyak filem dan drama TV dan pernah memenangi beberapa anugerah perfileman dan televisyen atas keberkesanan lakonannya.[3]

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Ridzuan terlebih dahulu berkecimpung dengan sukan bola sepak dan pernah aktif bermain bola sepak bersama pasukan Malaysian Artiste Sports Club (MASC).[4][5] Beliau dinyatakan berkata: "Pada asalnya minat saya kepada sukan bola sepak dan pernah bercita-cita nak main secara profesional apabila menyertai Pasukan Bola Melayu Wilayah Persekutuan, tetapi disebabkan faktor kewangan tidak begitu mengizinkan waktu itu, saya beralih bidang".[6]

Selepas meninggalkan kerjaya sebagai pemain bola sepak, Ridzuan memulakan kerjayanya dalam bidang peragaan pada tahun 1981 kerana terdapat pihak yang tertarik dengan ketampanan dan personalitinya. Ridzuan ketika itu berusia 21 tahun, mencari pekerjaan yang sesuai dengannya setelah menarik diri daripada pasukan bola sepak sebelum menerima tawaran untuk menimba pengalaman.[3] Popularitinya sebagai model iklan komersial turut membawa Ridzuan mengembangkan bakatnya dalam bidang lakonan apabila ditawarkan berlakon dalam drama, Adam & Hawa untuk siaran di Radio Televisyen Malaysia (RTM) menerusi TV1 pada tahun 1986.[3]

Dua tahun kemudian, beliau diberi kepercayaan oleh Rosnani Jamil untuk berlakon dalam filem Antara Dua Hati bersama pelakon utamanya, Raja Ema dan Sabree Fadzil.[3]

Ridzuan juga bertanggungjawab mencungkil bakat penyanyi, Alyah apabila beliau menulis lirik lagu "Kita Adalah Kita"di samping penulis lain antaranya ialah Seri Bayu.[7]

Beliau memegang watak Karim, bapa kepada Faliq lakonan Zachery Francis dan Tasha lakonan Puteri Sarah Liyana dalam siri drama aksi, Evolusi KL Drift: The Series arahan Syafiq Yusof dan Rizal Ashreff yang diadaptasi dari filem Evolusi KL Drift (2008) arahan Syamsul Yusof.[8]

Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]

Beliau berkahwin dengan pelakon Didie Alias pada 1992 dan bercerai pada 2002, hasil perkongsian hidupnya dengan Didie, beliau mendapat 5 anak.[9] Nur Dhaniyah (31), Muhammad Dhanial (30), Nurdinie (28), Nur Dayini Ahza (26) dan Nur Diyana (25).

Kematian[sunting | sunting sumber]

Ridzuan Hashim meninggal dunia pada jam 1:57 tengah hari, 4 Mei 2023 pada usia 61 tahun di Hospital Kuala Lumpur akibat serangan jantung, dan beliau dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Dusun Tua, Hulu Langat, Selangor.[10][11]

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Filem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Catatan
1988 Antara Dua Hati Shah Filem pertama
1990 Hati Bukan Kristal Razif
1995 Beyond Rangoon Pegawai Min Penampilan pertama untuk filem Hollywood
Pesona Cinta
1996 Scoop Inspektor Shamsul
Lurah Dendam Kapten Hanafi
1997 Ghazal Untuk Rabiah Eddy
2001 Seri Dewi Malam Doktor 1
2002 Cinta 200 Ela Encik Jamil
2004 SH3 Tan Sri
2005 Qaisy & Laila Dato'
2007 1957: Hati Malaya Datuk Yahaya Penampilan khas
2008 Dunia Baru The Movie ASP Polis
Cicakman 2: Planet Hitam Abu Bakar Pelakon undangan
2009 Maut Ayah JJ
Jalang
My Spy Datuk 'O' Osman
2011 KL Gangster King
Don 2 Jaruwan Penampilan pertama untuk filem Bollywood
2013 Lemak Kampung Santan Khalid
KL Gangster 2 King
2015 Pilot Cafe Dato
2017 Wanita Terindah Rozlan Tayangan eksklusif Astro First Eksklusif & Netflix
2019 Rise to Power: KLGU King
2022 Dato' Ai La Beau Dr. Aidan
Daddyku Gangster Zaki Filem terakhir

Drama[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
1986 Adam & Hawa TV1 Drama pertama
1989 Primadona
1993 Demam Malam Peguam di samping Uji Rashid
1994 Arshad Hussein & Co
1995 Fatihah (Siri) Zainal TV3 di samping Uji Rashid
1996 Diari
1997 MoU TV1
2002 Ramadhan
2003 Spanar Jaya ntv7 Pelakon undangan
2004 Sephia TV3
2005 Mahligai Gading Dr. Sabri TV2
2006 Nuraisha TV1
Tak Tercapai Akalmu Razali
2007–2008 Spa Q Riezman TV3
2008 Sofea Zahra Amar Astro Ria
2009 Merah Putih Dato' Yusoff TV3
2010 Tipah Vavavoom Ismail
2010–2011 Arjuna Hambali
2011 Hilang Dato' Osman TV9
Kias Ramadan Abah TV3 Episod: "Karaoke Azan"
2011–2012 Bunga April Sophian
2012 Cinta Itu Milikku Ali Pelakon undangan
Tanah Kubur (Musim 4) Salim Astro Oasis Episod: "Dayus"
2012–2013 Evolusi KL Drift: The Series Karim TV2
2013–2014 Istidraj Cinta Tan Sri Othman TV3
2015 Kasih Marlisa TV1
Tanah Kubur (Musim 13) Jamil Astro Oasis Episod: "Sedarlah Engkau Bukan Tuhan"
2016 Tundukkan Playboy Itu Tan Sri Mukhriz TV3 Pelakon undangan
Gerak Khas (Musim 16) TV2 Episod: "Mawi Oh Mawi"
2017 Raisha Datuk Z TV3
2018 Inai Yang Hilang Zainal ntv7
Mawar Murni Aziz TV3
Raisha 2 Datuk Z
2019 Hola Hermosa TV1
Dia Menantu Rahsia Tuan Suhaimi TV3
Iktibar Kamal Episod: "Kerana Baran Tetak Bapa"
Ajari Playboy Itu Osman
2021 Melastik Ke Hatimu Kadir
Wifi Sebelah Rumah Uncle Sam Disney+ Hotstar
2022 La Luna Sunny TV2
Kuasa Tan Sri Dhameer Astro Citra
Epilog 3 Naga Uncle Hussein Awesome TV Drama terakhir

Telefilem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
1988 Harimau Miau-Miau Johan TV1 Telefilem pertama
1992 Sempadan Kasih TV3
1993 Cahaya Fitri
1995 Fatihah TV1
2009 Suara Dari Kubur Astro Ria
2011 100 Hari Masrod TV1
2013 Cintaku Bibikku
2014 Bibah Bling Bling TV2
2015 Kayaku Kayap Dato' Nik TV3
Bibiku Maduku Tuan Wan Din TV1
Di Halaman Rindu Haris
2016 Anak Mat Salleh Tapi Melayu Datuk Bob TV3
2018 Uniknya Cinta Ayah Amalina
Studio Awie Pak Ngah
3 Hati Ibu TV1
Maya Mila Dato' Hasbullah ntv7
Haji Gugel Haji Rozali TV3
Datangmu Ku Benci, Pergimu Ku Tangisi Tok Ketua Kampung TV2
2019 Cikgu Pencen Cikgu Razali TV1
2022 40 Hari Dato' Hafiz TV2
Blues Hari Isnin Dato' Ghazi
Ke Hujung Nyawa Syed Mukhriz TV AlHijrah Telefilem terakhir

Anugerah dan pencalonan[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Fatin Farhana Ariffin (4 Mei 2023). "Ebby Yus dedah arwah Ridzuan ada penyakit jantung". Berita Harian. Dicapai pada 5 Mei 2023.
  2. ^ Mohd Messuan Taib (15 Mac 1990). "Ridzuan berlakon cuma untuk isi masa lapang". Berita Harian Singapura. m/s. 5. Dicapai pada 17 Mei 2019.
  3. ^ a b c d Wawann Mohd (4 Ogos 2017). "Ridzuan Hashim bukti tidak sekadar jual rupa". Sinar Harian. Dicapai pada 21 April 2018.
  4. ^ Ridzuan Abdul Rahman (6 Mei 2023). "Pemain bola ke kaca TV". Harian Metro. Dicapai pada 17 Mei 2023.
  5. ^ Nurul Fadila Awaludin (6 Mei 2023). "Pernah berlakon bersama Shah Rukh Khan, cita-cita asal 'King' Ridzuan Hashim rupanya pemain bola sepak". Majoriti. Dicapai pada 17 Mei 2023.
  6. ^ Wawann Mohd (4 Ogos 2017). "Ridzuan Hashim, Pemain Bola Sepak Tampan Terjun Ke Dunia Lakonan". Media Hiburan. Dicapai pada 17 Mei 2018.
  7. ^ Syafil Syazwan Jefri (5 Mei 2023). "Ridzuan Hashim tulis lirik lagu pertama Alyah". Harian Metro. Dicapai pada 17 Mei 2023.
  8. ^ Wartawan Sinar Harian (22 September 2012). 2 pengarah muda arah drama bersiri Skop Productions Diarkibkan 2017-12-09 di Wayback Machine Sinar Harian. Dicapai pada 23 September 2012.
  9. ^ Siti Kamilah Mustapha (14 Disember 2012). "Duda 12 tahun, Ridzuan tak nakal". Kosmo!. Dicapai pada 21 April 2018.
  10. ^ Syafil Syazwan Jefri (4 Mei 2023). "Jenazah Ridzuan Hashim selamat dikebumikan". Harian Metro. Dicapai pada 4 Mei 2023.
  11. ^ Hiburan (4 Mei 2023). "Pelakon, model Ridzuan Hashim meninggal dunia". Utusan Malaysia. Dicapai pada 5 Mei 2023.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]