Pergi ke kandungan

Riena Diana

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Riena Diana
رينا ديانا
Kelahiran
Nur Qamarina Diana binti Zulreal

(1997-09-03) 3 September 1997 (umur 28)
PekerjaanPelakon, pengacara, penyampai radio
Tahun aktif2017–kini
MajikanMedia Prima Audio (2021–22)
Karya
Filemografi

Nur Qamarina Diana Zulreal atau lebih dikenali sebagai Riena Diana (lahir 3 September 1997) ialah seorang pelakon, pengacara dan penyampai radio wanita Malaysia. Beliau merupakan finalis Drama Festival Kuala Lumpur 2017 dan telah berlakon dalam beberapa drama yang kebanyakannya terbitan TV3.[1]

Kerjaya beliau dalam bidang lakonan bermula selepas beliau menjadi salah seorang finalis Drama Festival Kuala Lumpur 2017.[2] Selepas DFKL 2017 tamat, Riena ditawarkan berlakon dalam drama Pinggan Tak Retak, Nasi Tak Dingin dibintangi oleh Raysha Rizrose, Azrel Ismail dan Idris Khan, yang merupakan drama pertama lakonannya. Riena berlakon dengan dua saluran, TV3 dan TV Okey.

Beliau mula menjadi bualan peminat setelah menjayakan watak Dr. Qhadeeja dalam drama Nur yang dibintangi oleh Amyra Rosli.[3][4] Selain itu, beliau turut berlakon dalam drama Cinta Lemon Madu sebagai Aisyah.

Kejayaan beliau hadir apabila beliau menjadi salah seorang pelakon utama drama Kampung People di mana beliau memegang watak gadis kaya bimbo, Laila. Beliau berkongsi bahawa "Ramai tidak sangka saya boleh membawakan watak komedi, malah saya menerima pelbagai maklum balas positif sejak drama itu disiarkan".[5][6][7]

Riena kemudian memulakan kerjaya sebagai pengacara dengan mengacarakan rancangan Gempak TV di Astro Ria, kemudian diikuti oleh By The Sea di TV3.[perlu rujukan]

Filemografi

[sunting | sunting sumber]

Radiografi

[sunting | sunting sumber]
Tahun Tajuk Stesen
24 Februari – 30 Julai 2021 Geng Pagi Hot Hot FM
2 Ogos 2021 – 15 Julai 2022 Sembang Squad

Anugerah dan pencalonan

[sunting | sunting sumber]
Tahun Anugerah Kategori Keputusan
2017 Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur 2017 Finalis
2020 Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-33 Artis Baharu Wanita Popular Tercalon
  1. Zaidi Mohamad (17 Jun 2018). Riena takut pengarah Nur garang Berita Harian. Dicapai pada 2 Ogos 2018.
  2. "Drama Festival Kuala Lumpur 2017 kembali dengan tema #CeritaKita". Utusan Borneo (Sarawak). 23 Januari 2017. Dicapai pada 29 Ogos 2018 melalui PressReader.
  3. Ifqdar Rahman (15 Ogos 2018). Riena Diana dicemuh warganet kerana membuka tudung Utusan Malaysia. Dicapai pada 16 Ogos 2018. "Watak Deja tinggalkan impak besar terhadap kerjaya Riena Diana.".
  4. Zaidi Mohamad (15 November 2019). Saya tak cari publisiti murahan - Riena Diana Berita Harian. Dicapai pada 22 Mac 2020.
  5. Zaidi Mohamad (5 Januari 2020). Watak 'bimbo' bawa tuah Berita Harian. Dicapai pada 22 Mac 2020.
  6. Syafil Syazwan Jefri (19 Januari 2020). Nama melonjak selepas 3 tahun Harian Metro. Dicapai pada 22 Mac 2020.
  7. Fatin Farhana Ariffin (1 Februari 2020). Tuah watak gedik Berita Harian. Dicapai pada 22 Mac 2020.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]