Rimba Racer

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

Rimba Racer adalah sebuah animasi 3D yang diterbitkan oleh Glue Studios. Rimba Racer menceritakan seorang pelumba muda Rimba Grand Prix yang bernama Tag, dalam kisah beliau untuk menjadi juara terkemuka dalam sukan perlumbaan itu. Rimba Racer merupakan animasi bertemakan antropomorfisme pertama dari Malaysia.[1] Animasi ini buat masa kini ditayangkan di TV3.

Watak[sunting | sunting sumber]

  • Tag
Disuarakan: Azman Zulkiply (BM) dan Steven Tan (BI)
Ialah spesies Harimau Malaya, dia adalah protagonis cerita ni yang mempunyai bakat semula jadi dalam sukan perlumbaan. Dia memandu kereta 'The Ripper' yang berwana oren jenis Formula-1.
  • Miles
Disuarakan: Megat Zahrin (BM) dan Iain McNally (BI)
Ialah spesies Burung Hantu, adalah rakan kongsi dan pembantu Tag juga bekerja sebagai mekanik atau pereka untuk kereta lumba Tag. Dia sentiasa bimbang tentang sesuatu mengenai bapa Tag . Beliau juga diugut oleh King mengenai isu ini.
  • Axle
Disuarakan: Azman Zulkiply (BM) dan Steven Tan (BI)
Ialah spesies Helang, beliau sering digelar sebagai 'The Ace' untuk kemahiran perlumbaan yang tak tercabar, menjadi juara veteran dan bertahan RGP.
  • Sonny
Disuarakan: Fuad Md. Din (BM) dan Choong Chi-Ren (BI)
Ialah spesies Beruang, adalah seorang pelumba yang ceria. Beliau sering digandingkan dengan Meika. Beliau menolong Tag dalam misinya bagi merebut kejuaraan RGP.
  • Tamira
Disuarakan: Aina Nadzir (BM) dan Sherilyn Pang Li Ching (BI)
Ialah spesies Harimau Kumbang, yang juga berperanan sebagai teman wanita Tag. Pada mulanya, dia di pihak King tetapi ke arah pengakhiran musim pertama, dia membela Tag dan kawan-kawannya dalam misi mereka.
  • Wrecks
Disuarakan: Megat Zahrin (BM) dan Kevin Adrian Barnaby (BI)
Ialah spesies Badak Sumbu, beliau terutamanya dipaparkan di pihak kejahatan bersama-sama dengan Axle, Tamira, Krom, dan King. Beliau sering ditunjukkan baik di hati walaupun berada di bawah perintah Krom.
  • Krom
Disuarakan: Shafiq Isa (BM) dan Azman Zukiply (BI)
Ialah spesies Buaya, beliau sentiasa berpihak dengan King dalam perbuatannya yang jahat. Dia sering bertualangan dengan Tag dan cuba untuk mengalahkan dia. Beliau adalah watak yang sangat keras dan kuat.
  • Meika
Disuarakan: Ida Rahayu (BM) dan Assila Liyana Ahmad Badri (BI)
Ialah spesies Musang, beliau sentiasa membantu Tag dan rakan-rakanya ketika mereka berada dalam masalah, meskipun itu, Meika seorang yang sangat kompetitif dan pelumba berkaliber. Di akhir musim pertama, beliau berpaling tadah ke pihak King.
  • Meelo
Disuarakan: Usamah Zaid (BM) dan Tikriti Shabudin (BI)
Ialah spesies Sumpah-Sumpah, beliau sentiasa peka dengan teknologi semasa dan sering memberi Tag idea-idea yang menarik ketika perlumbaan, dia juga sering jadi pengacau dan suka menyibuk hal-hal berkaitan kereta yang sedang dibaiki oleh Miles.
  • Cuckoo
Disuarakan: Shafiq Isa (BM) dan Azman Zulkiply (BI)
Ialah spesies Ayam, beliau adalah seorang penakut yang sering terkejut ketika disapa oleh wartawan mahupun peminat. Walaupun dengan karakter yang sebegitu, Cuckoo sangat cepat dalam gerakan beliau di litar, Cuckoo, seperti Tag, adalah pelumba baru RGP.
  • Ooaa
Disuarakan: Iain McNally (BM) dan Azman Zulkiply (BI - tidak dikreditkan)
Ialah spesies Monyet, beliau seorang yang pemarah dan suka membuat bising sebelum dan ketika belumba. Meskipun begitu, Ooaa merupakan pelumba yang berbakat dan sukar untuk di diteka oleh mana-mana pelumba di litar.
  • En. King
Disuarakan: Azuam Shamsir (BM) dan Kevin Adrian Barnaby (BI)
Ialah spesies Badak Air, beliau seolah-olah memiliki kekayaan yang tidak terhad, Encik King adalah pemberi dana utama dan halus kepada Grand Prix Rimba. Karisma, kemurahan hati dan suara yang besar telah menjadikannya popular di kalangan masyarakat awam dan dia terkenal dengan sifatnya yang menyambut ke arah pendatang baru dalam sukan perlumbaan. King merupakan salah seorang antagonis utama selepas Axle.
  • Pike
Disuarakan: Fadhil Luqman
Ialah spesies Serigala, beliau menawan juga sangat cerdik, Pike mempunyai niat jahat terhadap Tag dan pasukanya. Dia juga ahli kepada perikatan misteri dengan orang-orang seperti En. King, Axle, dan Krom. Pike muncul di musim kedua.
  • Vyxx
Disuarakan: Yvonne Chong Shin Vun
Ialah spesies Dubuk, beliau berkerjasama dengan Pike dan Xeno, Vyxx sangat kepoh, kasar, dan lebih jahat dari Pike, beliau menikmati menidakan lawannya (terutama Tamira) semasa perlumbaan. Vyxx muncul di musim kedua.
  • Xeno
Disuarakan: N/A
Ialah spesies Katak puru, seperti Vyxx, beliau adalah rakan sepasukan kepada Pike, Xeno adalah seorang veteran di kalangan trio tersebut. Beliau sama seperti pakar teknologi yaitu Meelo, tetapi dengan niat jahat yang tersembunyi. Xeno bercakap dalam bahasa yang pelik dan sukar untuk difahami. Xeno muncul di musim kedua.

Penerimaan[sunting | sunting sumber]

Animasi ini menerima anugerah untuk animasi terbaik dalam Festival Filem Malaysia 2015.[2] Musim pertama siri ini ditayangkan di Disney XD 9ada 16 Julai 2018,[3] Daily Motion pada 27 September 2017,[4]. Oleh kerana penerimaan ramai, musim ke-2 mula ditayangkan di Youtube pada 19 Mei 2018,[5]. Sepatutnya Rimba Race akan bersiaran di Netflix pada Januari 2019, tetapi ditunda atas sebab tertentu.[6][7] Kini, kesemua 13 episod musim pertama sudah ditayangkan di Netflix.[8]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Animated in Malaysia".The Sun Daily. Dicapai pada 13 Februari 2019
  2. ^ rimbaracer (2 Sep 2015). "Thank you to #ffm for the award! #rimbaracer won Best animation Series for the Filem Festival Malaysia 2015. We... fb.me/4awqMwnBT" (Tweet) – melalui Twitter. 
  3. ^ RimbaRacer (16 Jul 2018). "GREAT NEWS! RIMBA RACER (Season 1) will be on Disney XD starting TODAY! See you at the starting line on Monday to Friday, 1PM!!" (Tweet) – melalui Twitter. 
  4. ^ RIMBA Racer | Lap 1 | The New Guy - video dailymotion (dalam bahasa Inggeris), dicapai 2019-04-12 
  5. ^ RimbaRacer (19 Mei 2018). "FINALLY! RIMBA Racer Season 2 is now on YouTube! youtu.be/PvyBKgE69bk" (Tweet) – melalui Twitter. 
  6. ^ RIMBA RACER (dalam bahasa Inggeris), dicapai 2019-04-12 
  7. ^ RIMBA RACER (dalam bahasa Inggeris), dicapai 2019-04-12 
  8. ^ "Rimba Racer | Netflix". www.netflix.com. Dicapai 2019-04-12. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Rimba Racer di Pangkalan Data Filem Internet (IMDb)