Pergi ke kandungan

Rimbayu

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Rimbayu (Jawi: ريمبايو) ialah sebuah pembangunan perbandaran yang besar dan bersebelahan dengan kawasan Telok Panglima Garang, di Selangor yang diwujudkan oleh IJM Land, sebuah kawasan kediaman, komersial, dan rekreasi yang meluas di Shah Alam, Selangor, yang direka untuk mengintegrasikan kehidupan dengan alam semula jadi serta, nama 'Rimbayu' merupakan kombinasi dua perkataan iaitu 'Rimba' dan 'Bayu'. Dengan keluasan 1,879 ekar, ia menawarkan pelbagai jenis rumah seperti rumah kediaman dua tingkat, rumah konsep fleksibel, dan kawasan komersial yang tertumpu di Uptown @Rimbayu, menjadikannya kawasan yang berdikari dan mesra alam. Kawasan ini terbahagi kepada beberapa zon/presint, iaitu Flora, Fauna, Bayu and Hab Komersial (Commercial Hub). Rimbayu mempunyai sambungan lebuh raya yang sangat baik, dengan akses ke lebuhraya seperti Lebuhraya Shah Alam (KESAS), Lebuhraya Kemuning–Shah Alam (LKSA), Lebuhraya Lembah Klang Selatan (SKVE) dan Lebuhraya Utara–Selatan Hubungan Tengah (ELITE).[1]

Rimbayu
Perbandaran
Bandar Rimbayu
Transkripsi lain
 • Tulisan Jawiريمبايو
 • Bahasa Cina林巴尤市 (Lín bā yóu shì)
 • Bahasa Tamilரிம்பாயு நகரம் (Rimpāyu nakaram)
Jalan raya di Bandar Rimbayu
Jalan raya di Bandar Rimbayu
Etimologi: Gabungan perkataan 'Rimba' dan 'Bayu'
Map
Peta Bandar Rimbayu
Rimbayu yang terletak di Selangor
Rimbayu
Rimbayu
Rimbayu (Selangor)
Rimbayu yang terletak di Semenanjung Malaysia
Rimbayu
Rimbayu
Rimbayu (Semenanjung Malaysia)
Rimbayu yang terletak di Malaysia
Rimbayu
Rimbayu
Rimbayu (Malaysia)
Koordinat: 2.934126°N 101.539507°E
Negara Malaysia
Negeri Selangor
Daerah Kuala Langat
MukimTanjong Duabelas (I)
Ditubuhkan2013
Diasaskan olehIJM Land
Pentadbiran
 • Ditadbir olehMajlis Perbandaran Kuala Langat[2]
Keluasan
 • Jumlah7.6 km2 (2.9 batu persegi)
Penduduk
 (lewat 2024)
 • Jumlah20,000 (anggaran)
Zon waktuWPM
Poskod
42500
Laman sesawangBandar Rimbayu | IJM Land
Lokasi Bandar Rimbayu di Peta Google
Di Bandar Rimbayu.
Rimbayu Business Hub, Bandar Rimbayu.

Juga, terdapat bandar-bandar yang terdekat di Rimbayu seperti Eco Santuari, Tropicana Aman, Twentyfive.7, Kampong Jalan Kebun, Kampung Lombong dan Bandar Saujana Putra. Serta, pasar raya besar iaitu Lotus's terletak di Rimbayu. Stesen minyak Shell dan Caltex juga terletak di Rimbayu.

Ciri-ciri utama

[sunting | sunting sumber]
  • Konsep Pembangunan: Bandar ini direka bentuk sebagai komuniti yang berpusat pada alam semula jadi, dengan banyak kawasan hijau dan kemudahan komuniti untuk menyokong kehidupan yang sihat dan aktif.
  • Lokasi: Ia terletak bersebelahan denganKota Kemuning, dan mempunyai sambungan lebuh raya yang sangat baik.
  • Pembangunan Pelbagai Guna: Rimbayu merangkumi kawasan perumahan, komersial, dan kemudahan rekreasi dalam satu kawasan pembangunan yang bersepadu.
  • Kemudahan Perniagaan: Uptown @ Rimbayu ialah pusat perniagaan dan gaya hidup yang menyediakan kedai dan pejabat perniagaan, serta mewujudkan destinasi yang meriah.
  • Kemudahan Komuniti: Terdapat juga kemudahan seperti The Club @ Rimbayu, yang menawarkan ruang untuk senaman, bersosial, dan menjamu selera.
  • Rangkaian Hijau: Rimbayu menekankan aspek kehijauan, dengan kawasan hijau yang luas dan reka bentuk yang mengutamakan alam sekitar dalam pembangunan rumah dan kawasan umum.
  • Infrastruktur: Rimbayu juga dilengkapi dengan infrastruktur jalur lebar berkelajuan tinggi 4G.

Ia mudah diakses melalui lebuh raya utama yang menghubungkan ke Kuala Lumpur, Subang, Petaling Jaya, Shah Alam, dan Klang seperti lebuhraya SKVE, ELITE, LKSA dll.

Akses ke Bandar Rimbayu

[sunting | sunting sumber]

Residensi di Bandar Rimbayu

[sunting | sunting sumber]
  • Scarlet
  • Wisteria
  • Perennia
  • Periwinkle
  • Chimes
  • Livia
  • Avela
  • Robin
  • Starling
  • Halaman 11
  • Anthea
  • Penduline
  • Swans
  • Meta[4]
  1. ^ {{Cite web|url=https://rimbayu.ijmland.com/%7Ctitle=IJM Rimbayu | Official Website|last=Berhad|first=IJM Land|website=rimbayu.ijmland.com|access-date=2025-09-17}}
  2. ^ "Majlis Perbandaran Kuala Langat". ms.m.wikipedia.org/wiki/Majlis_Perbandaran_Kuala_Langat.
  3. ^ "Google Maps". Google Maps. Dicapai pada 2025-09-19.
  4. ^ Berhad, IJM Land. "IJM Rimbayu | Masterplan". rimbayu.ijmland.com. Dicapai pada 2025-09-19.