Rin Tōsaka

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Rin Tōsaka

Rin Tōsaka (遠坂 凛, Tōsaka Rin, kadang-kala dieja sebagai Rin Tohsaka) merupakan watak fiksyen daripada sebuah novel visual dan siri anime Jepun Fate/stay night oleh TYPE-MOON.

Rin lahir pada 4 Februari dan dia mempunyai darah jenis O. Dalam siri Fate/Zero, ketinggiannya dicatatkan setinggi 124 cm, manakala berat badannya mencecah 29 kg. Sepuluh tahun kemudian, dia telah membesar setinggi 159 cm dan seberat 47 kg, dan tiga saiznya ialah 77/57/80.

Seseorang penuh misteri yang menjadi murid modal dan idola di sekolah Shirō, Rin sebenarnya merupakan seorang ahli sihir dan Master dalam peperangan Holy Grail kelima. Berketurunan ahli-ahli sihir yang kuat, meskipun kekurangan ajaran magik rasmi, Rin cukup berdikari dan sebenarnya seorang ahli sihir yang hebat. Ayahnya terbunuh dalam peperangan Holy Grail yang keempat, dan dia telah berlatih bersungguh-sungguh sejak kematiannya untuk menggantikannya. Rin bersifat tajam, pintar dan penuh hasrat kompetitif. Pada mulanya, Rin bertekad untuk menyeru Servant kelas Saber, sebaliknya dia terseru Archer di atas kecuaiannya.

Seiyū untuk watak Rin dilakukan oleh Kana Ueda dan dalam versi bahasa Inggeris pula oleh Mela Lee.[1]

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Dua abad yang lalu, Tōsaka House, bersama-sama estet Makiri dan Einzbern, telah membantu menubuhkan Perang Holy Grail Fuyuki. tanah di Fuyuki City, yang memgang kuasa semangat kedua terkuat di Jepun, dimiliki oleh nenek moyang Rin, Nagato Tōsaka; atas perintah pihak Einzbern, dia membekalkan tanahnya sebagai medan pertarungan untuk perang masa kini dan yang akan datang. Nagato merupakan seorang kirishitan (Kristian), juga murid kepada Zelretch; pangkat-pangkat tersebut telah memberinya pengaruh yang mencukupi untuk kedua-dua Persatuan Ahli Sihir dan Gereja, membenarkan keluarga Tōsaka untuk menyertai perang-perang Holy Grail, bebas daripada gangguan kedua-dua organisasi tersebut.

Rin telah dipelihara sebagai pengganti kepada sihir keluarganya, dan diarahkan oleh ayahnya, Tokiomi Tōsaka, supaya mengutamakan sihir daripada hobinya sendiri. Sepuluh tahun dahulu, Tikiomi dipilih sebagai Master dalam perang Holy Grail keempat, dan Rin diletakkan sebagai penjaga kepada estet keluarga Tōsaka sehingga dia kembali. Selepas ayahnya dibunuh, Rin menyambung latihannya untuk menyempurnakan sihirnya, dengan sedikit bantuan daripada penjaganya, Kirei Kotomine. Untuk memesongkan perhatian daripada kehidupan peribadinya, Rin telah tekun berjuang untuk mendapatkan kekaguman mereka disekelilingnya, walaupun dia secara rahsianya bersikap kedekut, tomboi dan pemalas.

Meskipun Rin marah terhadap pengorbanan yang telah ditanggungnya untuk tradisi, dia bersaing dengan garang dan ghairah untuk membuktikan dirinya sebagai seorang ahli sihir yang cukup mahir dan mampu berdiri teguh sendirian. Dia berasa sangat kecewa apabila dia menyeru Archer dan akhirnya bertelingkah dengannya; tetapi, mereka berdua cepat-cepat berbaik semula.

Kebolehan[sunting | sunting sumber]

Rin, melontar permatanya.

Sebagai pengganti dalam keluarga Tōsaka, Rin berdaya cemerlang dalam transformasi tenaga, termasuklah penyimpanan Mana dalam objek-objek. Disebabkan jumlah tenaga seorang ahli sihir mampu bebaskan pada satu-satu masa dihadkan oleh batasan tubuh badan, Rin telah mampu mengumpul semua Mana yang telah dihasilkan tubuhnya sepanjang hayatnya melalui penghabluran permata. Seiring dengan latihan sihirnya, menjana semula permata-permata itu juga merupakan sebahagian daripada rutin harian baginya. Apabila kuasa yang dsimpan Rin diperlukan, dia mampu meletupkan permata-permatanya apabila bersentuhan dengan sesuatu objek, berakhir dengan pembebasan tenaga seakan serangan tahap "A".

Antara sihir penyerangnya yang biasa digunakan adalah teknik yang dikenali sebagai Gand, yang menumpukan Mana ke bahagian jari telunjuk Rin, dan beberapa bulatan hitam ditembak keluar seperti peluru. Asalnya sebagai suatu sumpahan, variasi Gand Rin mempunyai bentuk zahir yang luar biasa. Tambahan pula, Rin telah tidak memerlukan sebarang komponen lisan untuk mengaktifkan sihirnya, dan dia mampu menembak seberapa banyak tembakan Gang dalam sekelip mata.

Rin juga amat cekap dengan sihir pengukuhan; walaupun bukan bidangnya, dia memulakan kisah Fate/stay night dengan kemahiran yang jauh lebih tinggi berbanding Shirō Emiya. Sihir ini digunakannya hanya sekali, apabila Rin menggunaan pengukuhan ke atas kakinya dalam prolog Fate/stay night dalam satu percubaan untuk memberinya kepantasan yang cukup untuk menjauhkan dirinya daripada Lancer. Ini mempamerkan kebolehannya dalam pertarungan, kerana penggunaan sihir pengukuhan untuk meningkatkan kekuatan bahagian benda hidup dianggap antara kemuncak kesukaran.

Peranan[sunting | sunting sumber]

Rin berperanan menceritakan permulaan kisah Fate/stay night, menjelaskan tiga hari pertamanya dalam perang Holy Grail kelima. Dalam dialognya, dia mendedahkan kepada Servantnya iaitu Archer, bahawa dia menyertai peperangan ini hanya untuk keinginan kompetitifnya sendiri dan muncul sebagai juara. Dia juga menyatakan ketidakpuasan hatinya terhadap Archer, kerana dia dari awal-awal lagi telah bertekad untuk menyeru Servant kelas Saber, meskipun tidak lama kemudian dia bertambah lebih mesra dengannya.

Setelah merayau disekitar Fuyuki City, Rin diserang hendap Lancer di Homurabara Gakuen yang kemudiannya bertarung dengan Archer. Pertarungan ini terganggu apabila Shirō Emiya ternampak pertempuran mereka dan dikejar Lancer. Rin yang berasa simpati terhadap Shirō yang tinggal nyawa-nyawa ikan selepas dicedera oleh tombak Lancer, menggunakan loket sanjungan keluarganya, yang mempunyai kepekatan Mana tinggi, untuk membaiki organ-organ Shirō, termasuk jantungnya. Selepas dia kembali ke rumah, dia menyedari bahawa Lancer akan tetap menjejaki Shirō dan akan membunuhnya selagi dia masih bernyawa. Dengan ini, Rin menuju ke kawasan perumahan Shirō. Rin bertemu dengan Saber buat pertama kalinya di sini, dan ketiga-tiga senario Fate/stay night bercabang di sini.

Menerusi penutup prolog judul ini, Rin telahpun menggunakan dua Mantra Perintah ataupun Reiju ke atas Archer; yang pertama untuk memaksanya berserah ke atas arahannya apabila dia berdegil selepas diseru, dan yang kedua ialah untuk memaksanya berubah ke bentuk "halus" sebelum dia dibunuh Saber. Dalam setiap senario, posisinya sebagai pencerita digantikan oleh Shirō.

Dalam senario Fate, Rin berperanan sebagai seorang penasihat kepada Shirō, dengan tanggungjawab yang penuh untuk cuba memperkenalkan sihir tradisional dalam kehidupan Shirō dengan betul. Meskipun akibat kecuaian Shirō Servantnya terkorban, dia tidak memegang sebarang dendam terhadapnya, namun dia tetap menyembunyikan keperitan hatinya selepas kehilangan kedua-dua Archer dan peluangnya memenangi peperangan Holy Grail. Rin kemudiannya ditikam Kirei Kotomine dalam rumah Shirō, tetapi dia terselamat dan akhirnya keluar negara ke London selepas tamatnya perang itu untuk menjadi seorang ahli sihir yang sejati.

Rin ialah wirawati dalam senario Unlimited Blade Works dan mempunyai hubungan romantik bersama-sama Shirō. Dalam Heaven's Feel, dia menggunakan "Pedang Permata Zelretch" untuk bertarung dengan Sakura Matō.

Rin dan Shirō menjadi rakan seperjuangan dalam tiap-tiap satu senario Fate/stay night. Dalam kebenarannya, Rin amat mengambil berat tentang Shirō. Namun selain daripada senario Unlimited Blade Works, dia mengakhiri perang kelima itu hanya sebagai seorang penasihat Shirō dan bukan seorang yang dicintainya. Dalam senario Fate, dia berperanan sebagai seorang pemerhati kehidupan Shirō di atas dedikasi Shirō terhadap idealnya. Dalam senario Heaven's Feel pula, dia tidak menurut perasaannya terhadap Shirō disebabkan Sakura Matō, adik perempuan kandungnya, yang turut mencintai Shirō. Terdapat sesetengah yang berpendapat bahawa Rin seorang biseks seperti yang dilihat dalam suatu bahagian kisah Fate/stay night di mana Rin bersama-sama dengan Saber. Meskipun kejadian ini bukannya biasa, "interaksi" di antara seorang wanita dengan wanita yang lain bukannya berita baharu dalam budaya Jepun.

Fate/hollow ataraxia[sunting | sunting sumber]

Rin sebagai magical girl Kaleido-Ruby.

Rin juga muncul dalam judul sambungan Fate/stay night, iaitu Fate/hollow ataraxia, apabila dia menggunakan tongkat sakti Kaleidostick, salah satu ciptaan Zeltretch, yang apabila diaktifkan, akan menghantar ilmu daripada versi alternatif penggunanya kepada pengguna waktu itu, juga membekalkan Mana percuma. Walaubagaimanapun, tongkat Kaleidostick itu tidak menyukai penciptanya, dan sering memanipulasikan penggunanya untuk berakhir dalam situasi-situasi yang memalukan. Dalam Fate/hollow ataraxia, Kaleidostick itu bertanggungjawab menukar Rin kepada magical girl Kaleido-Ruby.

Pada malam gegelung masa terakhir, Rin menjaga jambatan Fuyuki dengan Servantnya, Archer daripada segerombolan "raksasa" untuk menghalang mereka daripada mengejar Shirō/Avenger.

Rujukan[sunting | sunting sumber]