Rindu Bertamu Di Abu Dhabi

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Rindu Bertamu Di Abu Dhabi
Genre
PengarahMazri Mustaffa
Dibintangi oleh
Fahrin Ahmad
Tasha Shilla
Fouziah Gous
Penggubah lagu tema
Hafiz Hamidun
Lagu pembukaan"Siapa Ingin Membawa" oleh Fahrin Ahmad
Lagu penutup"Siapa Ingin Membawa" oleh Fahrin Ahmad
Negara asalMalaysia
BahasaMelayu
Bilangan episod24
Penerbitan
PenerbitFadzil Teh
LokasiKuala Lumpur, Malaysia
Abu Dhabi, Emiriah Arab Bersatu
Tempoh siaran42 minit
Syarikat penerbitan
Zeel Production
Syarikat pengedaran
Primeworks Studios
Penyiaran
Saluran asalTV3
Siaran asal11 Februari 2013 – 2 April 2013
Kronologi
MengikutiSetia Hujung Nyawa
Diikuti olehSedetik Cinta
Pautan luar
Laman sesawang

Rindu Bertamu di Abu Dhabi ialah sebuah siri drama televisyen Malaysia 2013 dibintangi oleh Fahrin Ahmad, Tasha Shilla dan Fouziah Gous bersama-sama Shahz Jaszle, Aiman Hakim Ridza, Rahim Razali dan Lydiawati sebagai pelakon pembantu. Siri ini memulakan tayangan perdana di Slot Akasia[1] TV3 dari 11 Februari 2013 hingga 2 April 2013 menggantikan Setia Hujung Nyawa dan digantikan oleh Sedetik Cinta.

Sinopsis[sunting | sunting sumber]

Firdaus (Fahrin Ahmad) mengalami konflik keluarga dan cinta. Ain Farohah (Tasha Shilla) seorang wanita yang difitnah bersekedudukan sehingga ditangkap khalwat dengan Firdaus. Firdaus dan Ain terjerat dengan rancangan Faiz (Shahz Jaszle) sehingga kedua-dua mereka dihalau oleh bapa Firdaus, Haji Ilham (Dato Rahim Razali). Bagaimanapun, Firdaus bertanggungjawab ke atas Ain dengan menikahinya dan berhijrah ke Abu Dhabi lalu bekerja sebagai jurutera kanan di sebuah syarikat swasta.

Fareez (Aiman Hakim Ridza) sebagai adik bongsu kepada Firdaus dan Faiz berusaha untuk menyatukan kembali keluarga mereka. Fareez juga sangat cintakan Meera (Elyssa Johari) walaupun Meera mempunyai kisah silam yang negatif. Sebenarnya, Firdaus telah terlebih dahulu mencintai dan bertunang dengan Fatin Zaharah (Fouziah Gous). Dapatkah Firdaus mencintai Ain Farohah seperti dia mencintai Fatin? Mampukah Fareez menyatukan kembali keluarga mereka? Dapatkah keluarga Firdaus bersatu semula?

Pelakon[sunting | sunting sumber]

Penerbitan[sunting | sunting sumber]

Penggambaran dijalankan di Abu Dhabi, Emiriah Arab Bersatu dan selebihnya di Alor Setar, Malaysia.[3] Fahrin Ahmad meminjamkan suaranya untuk lagu tema drama ini bertajuk "Siapa Ingin Membawa".

Siaran antarabangsa[sunting | sunting sumber]

Negara Rangkaian TV Tarikh tayangan
 Singapura MediaCorp Suria September 2014

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Drama Rindu Bertamu Di Abu Dhabi mCentralMY.com. Dicapai pada 30 Mac 2023.
  2. ^ Fahrin Ahmad Yakin “Rindu Bertamu Di Abu Dhabi” Mampu Tandingi “Setia Hujung Nyawa” Rotikaya (9 Februari 2013). Dicapai pada 21 Februari 2013.
  3. ^ Zaidi Mohamad (13 Januari 2013). Rindu bertamu di Abu Dhabi Berita Harian. Dicapai pada 21 Februari 2013.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

TV3: Akasia, Isnin–Khamis, 7.00 petang
Sebelumnya Rindu Bertamu Di Abu Dhabi Berikutnya
Setia Hujung Nyawa Sedetik Cinta