Pergi ke kandungan

Rindu Kasih

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Rindu Kasih
Genre
Ditulis oleh
  • K. Adlie
  • Shaza Talib
PengarahPali Yahya
Dibintangi oleh
Lagu pembukaanSeandainya - Ariff Bahran (musim 1)
Sia - Shazreen Shaharum (musim 2) Awan Mendung - Aiman Sidek ft. Alin Sidek (musim 3)
Lagu penutupRetak - Aqeesh Aleeya (musim 1)
Lelah - Aqeesh Aleeya (musim 2) Awan Mendung - Aiman Sidek ft. Alin Sidek (musim 3)
Negara asalMalaysia
BahasaMelayu
Bilangan musim3
Bilangan episod50
Penerbitan
Penerbit eksekutifNorley Nadirah Binti Shaari (musim 1-2)
Fairus Azmel Muhamad (musim 3)
PenerbitMohd Fazli Yahya
Penyunting
  • P&D Pictures
  • Mache All Star United
Tempoh siaran42 minit
Syarikat penerbitan
P&D Pictures Sdn Bhd
Penyiaran
Saluran asalTV3 (Samarinda)
Disney+ Hotstar
iQIYI
Tonton
Format gambar
Format audioDolby Digital
Siaran asal16 November 2022 – 11 Mac 2025
Status16 November 2022 — 12 Disember 2022 (Musim 1)
13 Februari 2024 — 18 Mac 2024 (Musim 2)
18 Februari 2025 — 11 Mac 2025 (Musim 3)
Kronologi
Mengikuti
Diikuti oleh
Rancangan berkaitan
Teratak Kasih Salina

Rindu Kasih ialah sebuah siri drama televisyen Malaysia arahan Pali Yahya terbitan P&D Pictures Sdn Bhd. Ia dibintangi oleh Izzue Islam, Ummi Nazeera, dan Amyza Aznan. Musim pertama untuk siri ini memulakan tayangan perdana di Slot Samarinda, TV3 pada 16 November 2022 hingga 12 Disember 2022 menggantikan Suri Hati dan digantikan oleh Hati Tanpa Rasa. Musim kedua pula bersiaran pada 13 Februari 2024 hingga 18 Mac 2024 menggantikan Menanti Senja dan digantikan oleh Lelaki Itu. Musim ketiga pula bersiaran pada 18 Februari 2025 hingga 11 Mac 2025 menggantikan Akad Yang Terlindung dan digantikan oleh Sekam Di Dada.

Ringkasan siri

[sunting | sunting sumber]
SiriEpisodTayangan asal
Tayangan pertamaTayangan terakhirRangkaian
11516 November 202212 Disember 2022TV3
22013 Februari 202418 Mac 2024
31518 Februari 202511 Mac 2025

Musim 1 (2022)

[sunting | sunting sumber]

Selepas ditinggalkan oleh Shida, kehidupan Khalid menjadi tidak keruan bersama anak mereka, Salina yang berusia beberapa bulan. Untuk menyara anak kecilnya, Khalid terpaksa bekerja.

Khalid membesarkan Salina seorang diri dan merahsiakan tentang Shida, yang telah ditahan polis kerana menjual dadah.

Zamani (Nik Ramly) meminta Amir (Izzue Islam) memanggil Khalid dan Salina untuk bertemu dengannya di mana Zamani membuat permintaan terakhir kepada Halijah (Fazlina Ahmad Daud) untuk mengahwinkan Amir dengan Salina.

Amir akur menikahi Salina kerana amanah ayahnya, walaupun tanpa restu si ibu. Apakah suratan yang akan tertulis buat Salina dan Amir?

Musim 2 (2024)

[sunting | sunting sumber]

Mengisahkan kesinambungan kehidupan Salina selepas dibebaskan dari penjara. Salina nekad meninggalkan Amir dan ibu mertuanya Halijah. Kini, apa yang penting dalam hidup Salina adalah menjaga syurganya, Fayyad.

Amir tetap tidak berputus asa untuk menjejaki Salina dan Fayyad seperti bekas suami yang gila talak. Amir mahukan Salina kembali ke sisinya dan juga ingin memiliki hak penjagaan terhadap Fayyad. Salina merahsiakan keberadaannya kecuali Hisyam saja yang tahu. Halijah pula dijatuhkan hukuman penjara.

Selepas beberapa tahun, Halijah telah dibebaskan. Salina kembali hidup dalam kegelapan selepas bertemu kembali dengan ibu mertuanya, Halijah. Malah, Salina juga difitnah menjalani hubungan dengan Hisyam apabila hubungan Hisyam dan Murni mula bermasalah.

Fayyad yang kini sudah berusia 7 tahun membesar dengan penuh kasih sayang daripada Salina. Namun, Fayyad yang menghidapi masalah hati memaksa Salina untuk berusaha keras demi menyara kos perubatan Fayyad. Apakah yang akan berlaku seterusnya? Dapatkah Salina mengecapi kebahagiaan bersama anaknya selepas mengharungi pelbagai dugaan dalam hidupnya?

Musim 3 (2025)

[sunting | sunting sumber]

Selepas Amir meninggal dunia, Salina meneruskan kehidupan baru dari wang tinggalan yang diterima dari arwah suaminya tersebut.

Salina nekad membuka sebuah Teratak Kasih Salina untuk membantu gadis-gadis yang bermasalah dan terlanjur.

Sementara, Halijah masih dengan dendamnya terhadap Salina dan ingin menjatuhkan Salina. Huda dipaksa menjadi pelacur untuk Hashim (abang kembar Hisham) setelah bekas suaminya tidak jelaskan hutang ceti haram manakala Iqbal terpaksa serah Salina untuk jaga Halijah kerana luangkan masa dengan Rita yang masih dimasukan ke hospital mental.


Salina dipertemukan dengan Tuan Abdullah untuk urusan perniagaan dan sudi menyerahkan harta kepada Salina kerana beliau tidak tahu bahawa Abdullah adalah bapa saudara Salina (abang kepada arwah Shidah) dan Abdullah mempunyai tiga orang anak iaitu Qasim, Faqeh dan Kiesya tapi Qasim sahaja anak kandung. Salina menyimpan dendam terhadap Halijah setelah lama menzalimi beliau dan arwah Fayyad (anak),tatkala Halijah mula nyanyuk kerana teringat arwah Amir, namun Qasim perasan sikap Salina terhadap layanan terhadap Halijah.

Runut bunyi

[sunting | sunting sumber]
  • Seandainya - Ariff Bahran
  • Retak - Aqeesh Aleeya
  • Munajat - Daqmie menampilkan Alfa dan Rumie Booty
  • Remuk - Daqmie bersama Daqmie Band
  • La Ilaha Illa Allah - Daqmie
  • Kasih Abadi - Daqmie menampilkan Aznan Alias
  • Sia – Shazreen Shaharum
  • Lelah – Aqeesh Aleeya
  • Delusi – Meeyojoe
  • BimbangMarsha Milan
  • HanyutBlack Hanifah
  • Yang Satu – Akim & The Majistret
  • Menangislah Hati – Daqmie & Shazia Rozaimi
  • DarahMarsha Milan
  • Awan Mendung - Aiman Sidek & Alin Sidek