Riri Riza

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Riri Riza
Kelahiran
Mohammad Rivai Riza

(1970-10-02) 2 Oktober 1970 (umur 53)
PekerjaanPengarah filem, Penerbit filem
Tahun aktif1998–kini

Mohammad Rivai Riza (dilahirkan pada 2 Oktober 1970) atau lebih dikenali sebagai Riri Riza ialah seorang pengarah filem dan penerbit filem yang berasal dari Indonesia. Beliau muncul pertama kali sebagai pengarah untuk filem Kuldesak pada tahun 1998.[1] Beliau merupakan salah seorang pengasas syarikat penerbitan filem Indonesia, Miles Films.

Biografi[sunting | sunting sumber]

Kerjaya awal dan pendidikan[sunting | sunting sumber]

Riri menamatkan pengajian pada 1993 dari Institut Seni Jakarta, di mana beliau mengambil jurusan dalam bidang pengarahan filem. projek filem terakhirnya, Sonata Kampung Bata, memenangi tempat ketiga dalam pertandingan filem pendek Oberhausen 1994. Pada tahun 1995, beliau telah mengarahkan dua episod dalam siri dokumentari, Anak Seribu Pulau.[2]

Filem cetera[sunting | sunting sumber]

Riri Riza (kiri) bersama Mira Lesmana pada 2013

Riza mengarahkan filem cetera pertamanya, Kuldesak, pada tahun 1998, bekerjasama dengan Mira Lesmana, Nan Triveni Achnas dan Rizal Mantovani.[2][3] Filem cetera solo beliau, Petualangan Sherina pada tahun 2000, telah meletakkan dirinya sebagai seorang pengarah.[4]

Bersama-sama dengan Mira Lesmana, Riza juga telah menjadi penerbit filem. Filem Ada Apa Dengan Cinta? arahan Rudi Soedjarwo lakonan Dian Sastrowardoyo dan Nicholas Saputra, mempunyai dua juta penonton pada tahun 2002, seri box-office terbesar di pawagam Indonesia.[5]

Riza mempelajari penulisan skrin di England, dan kemudian menulis lakon layar pertama Eliana, Eliana.

Filem-filem beliau yang lain termasuklah Gie, Untuk Rena dan 3 Hari Untuk Selamanya.

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Pengarah[sunting | sunting sumber]

Penerbit[sunting | sunting sumber]

Anugerah[sunting | sunting sumber]

  • Pengarah Terbaik FFI 2005
  • Pengarah Terpuji FFB 2008
  • Pengarah Terbaik (Festival Filem Asia 2013)

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "20 Tahun Bersama, Riri Riza - Mira Lesmana Punya Kesamaan Selera". bintang.com. Dicapai pada 2017-03-27.
  2. ^ a b "Riri Riza - Indonesian Filmcenter". www.indonesianfilmcenter.com. Dicapai pada 2017-03-29.
  3. ^ TokohIndonesia.com. "Biografi Riri Riza - Foto, Video, Riwayat Hidup - Ikut Memajukan Perfilman Indonesia - Selebriti - Biografi Tokoh Indonesia". www.tokohindonesia.com (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2017-03-29.
  4. ^ "Riri Riza | Miles Films". milesfilms.net (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2017-03-29.
  5. ^ "Anak Seribu Pulau | Miles Films". milesfilms.net (dalam bahasa Indonesia). Dicapai pada 2017-04-20.
  6. ^ Khoiri, Agniya. "Mira Lesmana dan Riri Riza Garap Film Anak 'Kulari ke Pantai'". hiburan (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2019-02-13.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]