Rise: Ini Kalilah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Rise: Ini Kalilah
Pengarah
Dihasilkan olehFred Chong
Dibintangi
Disunting oleh
  • Johan Arif Mazlan
  • Anand R
Syarikat
penerbitan
WebTV Asia
Tarikh tayangan
  • 13 September 2018 (2018-09-13) (Malaysia)
Masa tayangan
100 minit
NegaraMalaysia
BahasaMelayu
BajetRM 2 juta[1]
Pecah panggungRM58 ribu[2]

Rise: Ini Kalilah merupakan sebuah filem drama politik Malaysia 2018 arahan bersama Saw Teong Hin, Nik Amir Mustapha dan MS Prem Nath terbitan WebTV Asia. Filem ini dibintangi oleh Remy Ishak, Mira Filzah, Sangeeta Krishnasamy, Jack Tan, Shashi Tharan dan Jenn Chia.[3] Ia merupakan sebuah filem bertemakan perpaduan dan diilhamkan oleh Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14). Rise: Ini Kalilah ditayangkan pada 13 September 2018, tiga hari sebelum sambutan ulang tahun ke-55 penubuhan Malaysia.[4][5]

Sinopsis[sunting | sunting sumber]

Mengisahkan enam watak dari latar belakang dan bangsa yang berbeza, contohnya ada seorang anggota polis yang berhadapan dengan rasuah, seorang ahli perniagaan, seorang pelajar di London yang tidak mementingkan mengundi, seorang guru dan sebagainya.

Pelakon[sunting | sunting sumber]

Penerbitan[sunting | sunting sumber]

Rise: Ini Kalilah diarahkan bersama oleh Saw Teong Hin, Nik Amir Mustapha dan MS Peem Nath. Filem ini merupakan hasil cetusan idea penerbit eksekutif Fred Chong yang sebelum ini menjadi penerbit filem Nasi Lemak 2.0 arahan Namewee.[6] Menurut Fred, filem ini tidak dibiayai oleh Pakatan Harapan.[7] Rise: Ini Kalilah dikonsepkan beberapa minggu selepas Pilihan raya umum Malaysia ke-14, dengan pra-penerbitan dilakukan pada Jun, dan penggambaran dijalankan pada Julai di tiga buah negara, Malaysia,Singapura dan British.[1] Filem ini menggunakan banyak bahasa yang dituturkan di Malaysia.[8]

Filem ini menggabungkan tiga pengarah yang berwawasan—Saw Teong Hin, pengarah yang terkenal dengan filem fantasi epik Puteri Gunung Ledang dan filem Hokkien pertama Malaysia, You Mean the World to Me; Nik Amir Mustapha, yang mengarahkan filem KIL dan Terbaik Dari Langit; dan juga Prem Nath yang merupakan sebahagian daripada pasukan penerbitan Jagat yang memenangi anugerah.

Barisan pelakon terdiri daripada Remy Ishak, Mira Filzah, Sangeeta Krishnasamy, Shashi Tharan, Jenn Chia dan Mark O'Dea. Sweet Qismina, Mustaqim Bahadon, Sharifah Sakinah, Datuk Jalaluddin Hassan, Yana Samsudin, Tony Eusoff dan Pushpa Narayan membuat kemunculan khas.[9]

Keluaran dan sambutan[sunting | sunting sumber]

Tayangan[sunting | sunting sumber]

Rise: Ini Kalilah ditayangkan pada 13 September 2018, iaitu tiga hari sebelum sambutan ulang tahun ke-55 penubuhan Malaysia.[10] Filem ini telah ditayangkan di Netflix pada 26 Februari 2019.[11]

Ulasan kritis[sunting | sunting sumber]

Rise: Ini Kalilah rata-ratanya menerima ulasan negatif dari pengkritik filem. Sheryl Paul dari portal hiburan DailySeni.com mengulas bahawa filem ini bukanlah filem yang akan diingati sebaik sahaja penonton keluar dari panggung.[12] Bissme S. dari The Sun Daily, mengulas watak-watak dalam Rise "terlalu cetek dan tidak dikembangkan dengan betul, menyebabkan penonton berasa tidak ada hubungan emosi dengan mana-mana daripada mereka."[13] Shazryn Mohd Faizal dari mStar menganggap filem ini sebagai "...lebih layak sebagai telefilem berbanding sebagai sebuah filem cereka."[14] Dashran Yohan dari portal perfileman Moviedash.com bersependapat bahawa filem ini tidak layak digelar sebagai sebuah filem.[15] The Sun Daily menganggap filem ini gagal diceritakan dengan baik.[16] Aidil Rusli dari The Malay Mail memberi pilihan untuk tajuk filem ini dinamakan semula sebagai "Lain Kalilah" atau "Cuba Lagi Lain Kali".[17] Hans Hanis dari portal perfileman Kakisinema.com memilih untuk menamakan filem ini sebagai "Boleh Cuba Lain Kalilah!".[18] Afiqah Syamim dari portal kehidupan Wanista.com menganggap filem ini sebagai kurang menyengat dan tidak logik dalam konteks Malaysia sebenar.[19]

Mumtaj Begum dari Star2 pula berpendapat bahawa "Rise: Ini Kalilah adalah filem berkualiti yang mendokumentasikan peristiwa bersejarah."[20]Justin Lee dari portal kehidupan VulcanPost.com memberi filem ini rating tujuh per sepuluh.[21] Annie May dari portal kehidupan Hype.my mengangggap filem ini sebagai "...filem yang wajar untuk disaksikan."[22] Majalah Remaja memuji gaya arahan dan lakonan pelakon dalam filem ini.[23]

Muzik[sunting | sunting sumber]

Lagu tema Rise: Ini Kalilah ialah versi penutup lagu patriotik ikonik "Sejahtera Malaysia" yang dinyanyikan oleh ratu jazz Malaysia Datuk Sheila Majid. Lagu klasik telah dinyanyikan oleh ramai artis termasuk Datuk Siti Nurhaliza, Dr. Soo Wincci dan Daniel Lee, Bell Yu Tian, dan Zurin Aniza. Lagu ini pada asalnya dipersembahkan oleh Mohammad Rauzan Alwi. Skor muzik telah dipersembahkan oleh pengarah muzik Cheng Lee, Mac Chew dan Audi Mok.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b Ethan Rakin (3 Ogos 2018). ‘Rise: Ini Kalilah’ is a film inspired by the recent general election — and its release date coincides with Malaysia Day Business Insider. Dicapai pada 14 September 2018.
  2. ^ Khairulanuar Yahaya (28 September 2018). Selepas dua minggu ditayangkan 'Rise: Ini Kalilah' kutip RM58,411.5025 Utusan Malaysia. Dicapai pada 1 Oktober 2018.
  3. ^ Syafique Shuib (3 Ogos 2018). Filem 'Rise: Ini Kalilah' sempena Hari Malaysia Astro Awani. Dicapai pada 3 Ogos 2018.
  4. ^ Angelin Yeoh (3 Ogos 2018). ‘Rise: Ini Kalilah’ a film for Malaysians who made a difference in GE14 The Star Online. Dicapai pada 3 Ogos 2018.
  5. ^ 'Rise: Ini Kalilah' hargai keberanian rakyat Malaysia Astro Awani (6 September 2018). Dicapai pada 27 September 2018.
  6. ^ Producer Fred Chong Assured “Rise: Ini Kalilah” Has No Political Agenda Hype (16 September 2018). Dicapai pada 27 September 2018.
  7. ^ Asila Jalil (17 September 2018).Rise: Ini Kalilah not funded by Pakatan, says producer The Malaysian Insight. Dicapai pada 27 September 2018.
  8. ^ Mumtaj Begum (14 September 2018). ‘Rise: Ini Kalilah’ captures the spirit of New Malaysia Diarkibkan 2019-08-15 di Wayback Machine Star2. Dicapai pada 26 September 2018.
  9. ^ 5 Things To Know About GE14-Inspired Movie, “Rise: Ini Kalilah” Hype (2 Ogos 2018). Dicapai pada 26 September 2018.
  10. ^ Hana Japre (3 Ogos 2018). Filem ‘Rise: Ini Kalilah’ Inspirasi Daripada PRU14 Bakal Ditayangkan Pada 16 September Depan! Oh Hangat!. Dicapai pada 3 Ogos 2018.
  11. ^ Netflix buys Malaysian election film ‘Rise Ini Kalilah’ Star2 (25 Februari 2019). Dicapai pada 25 Februari 2019.
  12. ^ Sheryll Paul (21 September 2018). Movie review - Rise: Ini Kalilah Daily Seni. Dicapai pada 22 September 2018.
  13. ^ Bissme S. (14 September 2018). Movie review: Rise: Ini Kalilah The Sun Daily. Dicapai pada 27 September 2018.
  14. ^ Shazryn Mohd Faizal (19 September 2018). Penghargaan buat rakyat Malaysia dalam ‘Rise Ini Kalilah’ mStar Online. Dicapai pada 20 September 2018.
  15. ^ Dashran Yohan (20 September 2018). Rise: Ini Kalilah Review – There Aren’t Enough Words to Describe This Movie Movie Dash. Dicapai pada 21 September 2018.
  16. ^ Movie review: Rise: Ini Kalilah The Sun Daily (14 September 2018). Dicapai pada 20 September 2018.
  17. ^ Aidil Rusli (14 September 2018). "Munafik 2, One Two Jaga or Rise: Ini Kalilah". The Malay Mail. Dicapai pada 17 September 2018.
  18. ^ https://www.kakisinema.com/2018/10/13/rise-ini-kalilah-boleh-cuba-lain-kalilah/
  19. ^ https://www.wanista.com/2019/182867/review-filem-benarkah-rise-ini-kalilah-hambar-meski-ada-remy-ishak/
  20. ^ Mumtaj Begum (15 September 2018). "'Rise Ini Kalilah': Reliving the euphoria of GE14". Star2. Dicapai pada 27 September 2018.
  21. ^ https://vulcanpost.com/646915/rise-ini-kalilah-malaysian-movie-ge14-characters/
  22. ^ https://hype.my/2018/158907/hypes-movie-review-our-likes-dislikes-on-rise-ini-kalilah/
  23. ^ https://www.remaja.my/review-rise-ini-kalilah-karya-himpunan-harapan-anak-malaysia/

Pautan luar[sunting | sunting sumber]