Rise (album Taeyang)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Rise
Album studio oleh
Dilancarkan pada3 Jun 2014 (Online)
10 Jun 2014 (Fizikal)
Dirakamkan pada2011-2014
TempatKorea Selatan Edit the value on Wikidata
Genre
Panjang30:54
BahasaBahasa Korea Edit the value on Wikidata
SyarikatYG Entertainment
Penerbit
Kronologi Taeyang
Solar
(2010)
Rise
(2014)
White Night (en) Terjemah Edit the value on Wikidata
Single daripada Rise
  1. "Ringa Linga"
    Dikeluarkan: 8 November 2013
  2. "Eyes, Nose, Lips"
    Dikeluarkan: 3 Jun 2014
  3. "1AM"
    Dikeluarkan: 10 Jun 2014
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Rise (diolah sebagai RISE) adalah album studio kedua oleh Taeyang, ahli kumpulan Big Bang. Ia adalah album penuh pertama dalam tempoh empat tahun sejak Solar pada Julai 2010. Rise menjadi album K-pop yang ketiga tertinggi dalam carta, dan juga carta album K-pop yang paling tinggi oleh pemain solo Korea di carta Billboard Hot 200 dengan memulakan debut di tangga #112, #1 di Billboard World Albums Chart dan # 1 pada Heatseekers Albums Chart.

Maklumat[sunting | sunting sumber]

Album ini dikeluarkan secara digital pada 3 Jun, yang terdiri daripada 9 lagu dan telah dikeluarkan di seluruh dunia melalui iTunes, Melon dan lain-lain portal muzik dalam talian. Album fizikal menjengah pasaranpada 10 Jun. Terdapat dua versi yang berbeza daripada album. Album yang biasa mengandungi sebuah buku kecil (48p), CD, satu poster, dan satu pelekat. Edisi terhad mempunyai buku (128p), CD, dua poster, dan tiga kad gambar.

Latar belakang[sunting | sunting sumber]

Pada 25 Mei, YG Entertainment mendedahkan gambar teaser pertama.[1] Pada keesokan harinya, teaser gambar kedua diumumkan,[2] diikuti dengan teaser video.[3] Dua gambar didedahkan pada 28 Mei, satu dengan butiran acara swasta, 'RISE: PREMIERE' yang telah diadakan pada 2 Jun, hari yang sama albumnya dikeluarkan secara digital dan satu lagi termasuk senarai trek album.

Komposisi[sunting | sunting sumber]

Taeyang bekerja dengan Choice37 dan Teddy Park, yang telah membantu dengan album sebelum ini. Beliau juga meminta bantuan daripada The Fliptones, JHart dan penerbit ketara lain, termasuk Boys Noize dan Peejay. Kedua-dua mereka telah menyumbang kepada album Big Bang sebelum ini. Rakan sekumpulan G-Dragon juga menyumbang. Album ini menandakan kerjasama pertama antara beliau dan Airplay, Jo Sung Hwak, Happy Perez, Britt Burton dan lain-lain penerbit dan pemuzik yang tidak dikreditkan.

Senarai runut[sunting | sunting sumber]

No.TajukSeni kataGubahanGubahanMasa
1."Intro (Rise)"Tablo, Choice 37, TaeyangPeejay, TaeyangPeejay1:45
2."Eyes, Nose, Lips" (눈, 코, 입; Nun, Ko, Ip) Teddy, TaeyangTeddy, Dee.P, PK, Rebecca JohnsonTeddy, Dee.P3:50
3."1AM" (새벽 한시; Saebyeok Hansi) TeddyTeddy, Choice 37, Boys NoizeTeddy, Choice 37, Boys Noize3:11
4."Stay With Me" (featuring G-Dragon) G-DragonG-Dragon, The Fliptones, JHartThe Fliptones3:22
5."Body" (아름다워; Areumdawo) Teddy, TaeyangTeddy, Taeyang, P.K, Dee.PTeddy, P. K, Dee.P3:10
6."Ringa Linga" (링가링가; Ling-ga Ling-ga) G-DragonG-Dragon, ShockbitShockbit3:47
7."This Ain't It" (이게 아닌데; Ige Aninde) Airplay, Jo Sung HwakAirplay, Jo Sung HwakAirplay4:23
8."Let Go" (버리고; Beorigo) TabloP.K, Taeyang, Dee.PP.K, Dee.P3:40
9."Love You to Death"Tablo, Britt BurtonHappy Perez, Britt Burton, TaeyangHappy Perez3:41
Jumlah masa: 30:54


Catatan
  • "Intro (RISE)" mengandungi sampel Everybody Wants to Rule the World oleh Tears for Fears
  • "Body" dan "Love You to Death" vokal tidak dikreditkan dari CL dari kumpulan 2NE1.

Promosi[sunting | sunting sumber]

Taeyang mempersembahkan 1AM di beberapa pentas ketika akhir 2013 termasuk di SBS Gayo Daejun 2013. Kemunculan semula pentas pertama Taeyang [4] adalah di Inkigayo pada 6 Jun 2014. G-Dragon menyertai beliau untuk "Stay With Me" dan Taeyang terus menggegar pentas bersendirian semasa persembahan lagu beliau "Eyes, Nose, Lips". Untuk kemunculan semula pentas kedua yang berada di M Countdown, beliau menyanyikan "1:00" dan "Eyes, Nose, Lips". Taeyang bertemu dengan peminat di Dewan JBK Gangnam untuk persembahan "Wonder Live" 1theK ini. Pada 19 Jun, info "Rise" Hug Event dikeluarkan oleh YG Entertainment. YG Entertainment menjemput peminat untuk "Eyes, Nose, Lips Cover Project by You" pada 20 Jun.

Projek saduran oleh Keluarga YG[sunting | sunting sumber]

Artis pertama untuk mengeluarkan saduran Eyes, Nose, Lips adalah Akdong Musician. Tablo menyadurkan lagu dengan versi rap dan Taeyang muncul pada bahagian jambatan lagu ini.[5] Lydia Paek adalah artis Keluarga YG ketiga untuk mengambil bahagian dalam projek itu. Kumpulan kanak-kanak lelaki akan datang baru dari YG dipanggil IKON juga membuat saduran (Terdapat dalam DVD Mix & Match mereka).

Carta[sunting | sunting sumber]

Carta (2014) Negara Kedudukan carta
Gaon[6] Korea 1
US Billboard 200 US 112
US World Albums (Billboard) US 1
US Heatseekers Albums (Billboard) US 1
Oricon[7] Jepun 2

Jualan[sunting | sunting sumber]

Carta Jualan
Korea
AS
  • USA: 4,000+
Taiwan
  • TWN: 10,000+
Jepun
  • JPN: 15,000+ (versi Korea)
Jepun
  • Oricon: 57,000 (versi Jepun)

Single[sunting | sunting sumber]

Lagu Kedudukan carta Muat Turun Digital
KOR AS
Carta Gaon K-Pop Billboard[8]
"Ringa Linga" (2013) 1 1 902,132
"Eyes, Nose, Lips" 1 1 1,834,270
"Stay With Me" 4 4 605,555
"1AM" 7 6 439,127
"This Aint İt" 11 12 259,616
"Body" 12 14 169,966
"Let Go" 12 15 167,103
"Love You To Death" 15 16 123,323
"İntro" 38 - 43,886

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Taeyang reveals comeback date for 'RISE' solo album". Allkpop. Dicapai pada May 25, 2014.
  2. ^ "Taeyang's 'RISE' Teaser #2 [PHOTO]". Bigbangupdates. Dicapai pada May 27, 2014.
  3. ^ "Taeyang releases teaser video for new album 'Rise'!". Allkpop. Dicapai pada June 8, 2014.
  4. ^ "'인기가요' 태양, 솔로 컴백 무대…지드래곤 지원사격". hankyung. Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-07-15. Dicapai pada June 8, 2014.
  5. ^ "TABLO X TAEYANG – "EYES, NOSE, LIPS(눈, 코, 입)" COVER VIDEO & LYRICS". YG Life. Dicapai pada June 25, 2014.
  6. ^ "TAEYANG's solo "RISE" tops Japan's biggest music site". YG Life. 2014-06-19. Dicapai pada 2014-08-21.
  7. ^ 태양 日 솔로 앨범, 오리콘 위클리 2위 등극. Star News. 2014-08-19. Dicapai pada 2014-08-21.
  8. ^ "Korea K-Pop Hot 100 Music Chart". Billboard. 2011-08-25. Dicapai pada 2011-08-25.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]