Rita Nadira

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pergi ke navigasi Pergi ke carian
Rita Nadira
Kelahiran (1997-06-07) 7 Jun 1997 (umur 24)
PendidikanSeni Persembahan (Teater)
Pusat pendidikanUniversiti Teknologi MARA (UiTM)
PekerjaanModel, pelakon
Tahun aktif2017–kini
EjenThe Models Lab KL
SaudaraRita Suraya (kakak)

Rita Nadira (lahir 7 Jun 1997) ialah seorang model dan pelakon wanita Malaysia.[1][2] Memulakan kerjaya awal dalam bidang peragaan, beliau terkenal dengan watak lakonannya dalam Jujurlah Nikahi Aku (2020) dan Tak Sempurna Mencintaimu (2021).[3][4][5]

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Mewarisi bidang pemodelan daripada kakaknya, Rita Suraya. Rita Nadira mula bergiat aktif sebagai model, pada masa yang sama menceburi bidang lakonan.[1][6] Beliau memulakan kerjaya lakonan pada 2019 menerusi telefilem Kisah Seram Hostel di Astro Citra, ia turut dibintangi oleh Janna Nick dan Wafariena Roslan. Drama pertama lakonannya ialah drama adaptasi novel Jujurlah Nikahi Aku yang dibintangi oleh Alvin Chong dan Uyaina Arshad yang mana beliau memegang watak sebagai Zurin.[7] Beliau kemudian berlakon bersama Redza Rosli dalam drama Juliet yang disiarkan di TV1 yang mana beliau melakonkan dua watak, Julia dan Juliet. Pada tahun 2021, beliau berlakon di samping Fendy Bakry dan Intan Najuwa dengan memegang watak Melissa dalam drama Tak Sempurna Mencintaimu yang bersiaran di TV3.[8][9]

Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]

Rita Nadira dilahirkan kepada bapanya, seorang penternak dan ibunya, seorang suri rumah.[1] Neneknya sebelah bapanya berketurunan Cina, manakala datuknya sebelah bapanya berketurunan India Muslim.[1] Ibunya pula ialah berketurunan Jawa. Beliau ialah adik kepada bekas model, Rita Suraya.[1] Rita ialah lulusan dalam bidang Seni Persembahan (Teater) di Universiti Teknologi MARA (UiTM).[6]

Beliau sebelum ini pernah menjalin hubungan dengan pelakon, Ezzrin Loy namun hubungan berakhir pada 2019 kerana kekangan kerja. Bagaimanapun, hubungan Rita dan Ezzrin masih kekal baik.[10][11][12]

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Drama[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Rangkaian TV
2020 Jujurlah Nikahi Aku Zurin Astro Ria
Juliet Julia/Juliet TV1
2021 Tak Sempurna Mencintaimu Melissa TV3
Ayahanda Mazni

Telefilem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Rangkaian TV
2019 Kisah Seram Hostel Chempaka Astro Citra

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c d e Bissme S. (10 September 2020). "More than just another pretty face" [Bukan sekadar hanya wajah cantik] (dalam bahasa Inggeris). The Sun Daily. Dicapai pada 24 April 2021.
  2. ^ Aida Rismariza Kamaruddin (28 Januari 2021). "Cinta? Tunggu dahulu - Rita Nadira". Utusan Malaysia. Dicapai pada 24 April 2021.
  3. ^ Nisa Irina (29 Julai 2020). "Rita Nadira sedia untuk terokai bidang lakonan lebih mendalam". Cinema Online. Dicapai pada 24 April 2021.
  4. ^ Ridzuan Abdul Rahman (28 Julai 2021). "'Saya dikenali dengan watak jahat'". Harian Metro. Dicapai pada 9 Ogos 2021.
  5. ^ "Rita Nadira takut dikecam netizen". Kosmo!. 1 Ogos 2021. Dicapai pada 9 Ogos 2021.
  6. ^ Zaidi Mohamad (22 Julai 2020). "Peragawati cabar diri watak utama". Berita Harian. Dicapai pada 24 April 2021.
  7. ^ Sudirman Mohd Tahir (23 April 2021). "Kerana Melissa, Rita Nadira dipanggil anak babi". Harian Metro. Dicapai pada 24 April 2021.
  8. ^ Nur Emira Saizali (6 Ogos 2021). "Jadi jahat, laluan populariti Rita Nadira". Kosmo!. Dicapai pada 9 Ogos 2021.
  9. ^ Sudirman Mohd Tahir (29 Julai 2020). "Ikatan cinta terlerai". Harian Metro. Dicapai pada 24 April 2021.
  10. ^ ""Saya kini solo" - peragawati dan pelakon Rita Nadira sahkan tiada lagi hubungan istimewa dengan Ezzrin Loy". Media Hiburan. 23 Julai 2020. Dicapai pada 24 April 2021.
  11. ^ Kamaruddin Razal (22 Julai 2020). "Rita Nadira putus cinta dengan Ezzrin Loy, tapi..." Astro Gempak. Dicapai pada 24 April 2021.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]