Rita T. Jaafar

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Yang Berbahagia Datuk Hajah Rita T. Jaafar (1944-30 Jun 2020) adalah seorang tokoh pendidik wanita Malaysia yang berasal dari Tuaran, Sabah. Beliau merupakan Tokoh Guru Kebangsaan Malaysia yang bergiat aktif dalam bidang korporat dan merupakan penjawat awam kanan Sabah dalam sektor pendidikan.


Rita T. Jaafar

PGDK (Sabah); AMN
Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya, Kota Kinabalu, Sabah
Dalam jawatan
2002–2004
Raja Tuanku Syed Sirajuddin
Perdana MenteriYang Amat Berhormat Tun Datuk Seri Panglima Dr. Mahathir Mohamad
Yang Amat Berhormat Tun Datuk Seri Panglima Abdullah Ahmad Badawi
GabenorTuan Yang Terutama Tun Datuk Seri Panglima Sakaran Dandai
Tuan Yang Terutama Tun Datuk Seri Panglima Ahmadshah Abdullah
Yang di-Pertua Negeri Sabah
Ketua MenteriYang Amat Berhormat Tan Sri Datuk Seri Panglima Chong Kah Kiat
Yang Amat Berhormat Tan Sri Datuk Seri Panglima Musa Aman
Pengetua Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya, Kota Kinabalu, Sabah
Dalam jawatan
2000–2002
Dalam jawatan
1986–1988
Pengerusi Majlis Penasihat Wanita Sabah (MPWS)
Dalam jawatan
1995–2000
Ketua Penolong Pengarah Pendidikan (Bahagian Teknologi Pendidikan) Sabah
Dalam jawatan
1990–2002
Pemangku Pengetua, Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya, Kota Kinabalu, Sabah
Dalam jawatan
1984–1986
Timbalan Pengetua, Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya, Kota Kinabalu, Sabah
Dalam jawatan
1976–1984
Butiran peribadi
LahirRita Bagong
1944 (1944)
Kampung Sawah, Tuaran, Sabah
Meninggal dunia30 Jun 2020(2020-06-30) (umur 75–76)
Likas, Kota Kinabalu, Sabah
PasanganDatuk Haji Tahir Jaafar
(lahir 12 Mac 1949)

Kehidupan Awal[sunting | sunting sumber]

Rita T. Jaafar dilahirkan di Kampung Sawah, Tuaran. Sabah dan berbangsa suku kaum Dusun Lotud.

Kerjaya Penjawat Awam[sunting | sunting sumber]

Beliau memulakan kerjaya sebagai guru. Selepas berkhidmat lama sebagai tenaga pengajar di peringkat sekolah beliau kemudiannya ditempatkan di Maktab Perguruan Gaya, kini dikenali sebagai Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya bagi menjawat Jawatan sebagai Timbalan Pengetua Maktab Perguruan Gaya pada tahun 1976 hingga 1984. Setelah 8 tahun menjawat jawatan sebagai Timbalan Pengetua Maktab Perguruan Gaya, beliau kemudianya memangku jawatan Pengetua Maktab Perguruan Gaya selama dua dari tahun 1984 hingga 1986.

Selepas memangku jawatan Pengetua Maktab Perguruan Gaya, beliau kemudianya dilantik sebagai Pengetua Maktab Perguruan Gaya[1] bermula dari tahun 1986 hingga 1988.

Beliau juga pernah memegang jawatan sebagai Ketua Penolong Pengarah Pendidikan (Bahagian Teknologi Pendidikan) Sabah bermula pada tahun 1990 hingga 2002.[2] Selepas 12 tahun menjawat Jawatan sebagai Ketua Penolong Pengarah Pendidikan (Bahagian Teknologi Pendidikan) Sabah, beliau kemudian ditempatkan lagi di Maktab Perguruan Gaya bagi mengalas tugas sebagai Pengetua selama dua tahun bermula dari tahun 2002 hingga 2004.[3][4]

Penglibatan Dalam Bidang Ratu Cantik[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 1964, Rita telah menjuarai pertandingan Ratu Pesta Kaamatan atau Unduk Ngadau, dimana pada tahun 1964 pertandingan itu lebih dikenali Pertandingan Miss Kadazan. Beliau merupakan Unduk Ngadau Sabah keempat dan wanita suku kaum Dusun Lotud yang pertama memenangi gelaran Unduk Ngadau tersebut.[5]

Bergiat Aktif Di Dalam Kemasyarakatan Dan Kebajikan[sunting | sunting sumber]

Datuk Rita sangat bergiat aktif dalam program kemasyarakatan dan kebajikan sejak memegang jawatan sebagai;

  • Pengerusi Majlis Penasihat Wanita Sabah (MPWS)[6][7]

Pencapaian Dalam Bidang Pendidikan[sunting | sunting sumber]

Anugerah Peringkat Negeri Anugerah Peringkat Kebangsaan
Tokoh Guru Peringkat Sabah Tahun 2010[8] Tokoh Guru Peringkat Kebangsaan Tahun 2011[9]
Tokoh Maulidur Rasul Peringkat Negeri Sabah Tahun 2011[10]

Meninggal Dunia[sunting | sunting sumber]

Beliau meninggal dunia pada 30 Jun 2020 apabila berusia 76 tahun akibat sakit tua.

Anugerah[sunting | sunting sumber]

Atas sumbangannya dalam bidang pendidikan, beliau dikurniakan dengan kepujian berikut:

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Pertemuan semula lepasan Maktab Gaya". www.pressreader.com.
  2. ^ "Pusat Sumber SK Kinabutan Besar". pusatsumberskkinabutan.blogspot.com.
  3. ^ "Majalah IPG 2018 - Senarai Pengarah, Timbalan Pengarah, Pengetua dan Timbalan Pengetua IPG Kampus Gaya Tahun 1962-kini". online.fliphtm15.com.
  4. ^ "PPSJ1132 Task 3 - Senarai Pengarah IPG Kampus Gaya Tahun 1962-kini". prezi.com.
  5. ^ "BEFORE AND AFTER (1958–current)". wwahpost.com.
  6. ^ "Mantan Pengerusi MPWS". www.jbsn.gov.my.
  7. ^ "Empowering Sabah women matter". www.dailyexpress.com.my.
  8. ^ "Kualiti pendidikan dipertingkat jadikan Sabah maju 2015". pspbtp.wordpress.com.
  9. ^ "Top award goes to former education director-general". www.thestar.com.my.
  10. ^ "SAMBUTAN MAULIDUR RASUL PERINGKAT NEGERI SABAH 1432/2011". abunuha.wordpress.com.
  11. ^ "Warta Kerajaan Keluaran Khas". www.yumpu.com.