Riwayat (album Salammusik)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Riwayat
Album studio oleh
Dilancarkan pada26 Julai 2019
Dirakamkan pada2015–2019
GenreReggae, hip hop, neo soul
SyarikatSalam Musik Sdn. Bhd.
Kronologi Salammusik
O
(2019)
Riwayat
(2019)
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini


Riwayat merupakan album studio ketiga oleh kumpulan oleh kumpulan reggae Malaysia, Salammusik, dikeluarkan pada 26 Julai 2019. Album ini merupakan album studio pertama mereka dalam tempoh enam tahun sejak O (2013).[1] Pada asalnya bertajuk Riwayat Pucuk Nusa dan dijadualkan untuk keluaran Ogos 2018,[2] album ini dikeluarkan secara rasmi pada Julai 2019.

Latar belakang[sunting | sunting sumber]

Menurut vokalis Salammusik, Salam, Riwayat mengambil masa hampir empat tahun untuk disiapkan. Beliau turut merumuskan perjalan hidup dalam album ini, "Riwayat ialah album berbentuk konseptual apabila ia banyak pengisian seperti sejarah, fakta dan banyak bereksperimen dengan bunyi. Antara bunyi tradisional yang kami masukkan adalah gamelan, gendang, keroncong selain dicampur dengan muzik moden supaya pendengar dapat menerimanya,".[3]

Keluaran dan promosi[sunting | sunting sumber]

Riwayat dikeluarkan pada 26 Julai 2019. Bagi mempromosikan album ini, Salammusik mengadakan jelajah seluruh negara, Riwayat Tour.[4]

Senarai runut[sunting | sunting sumber]

No.TajukMasa
1."Sedia"
2."Tiada Rasa Sebaris Kata"
3."Cengkaman Beracun"
4."Try"
5."Utusan Kasih"
6."Malam Terlerai"
7."Debar Lembut"
8."Dubyung"
9."Menyemai Kemungkinan"
10."Pulangkan"
11."Kalam Bangsa"


Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ “Riwayat” Buah Tangan Baharu Salammusik Hot FM (14 Ogos 2019). Dicapai pada 15 Disember 2019.
  2. ^ On a sound evolution with Salammusik The Sun Daily (7 Jun 2018). Dicapai pada 15 Disember 2018.
  3. ^ Najiy Jefri (14 Ogos 2019). Riwayat satu perjalanan Harian Metro. Dicapai pada 15 Disember 2019.
  4. ^ Marion Fernando (26 Ogos 2019). History in the music The Sun Daily. Dicapai pada 15 Disember 2019.