Riz Amin

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Riz Amin
Kelahiran
Norizam bin Amin Nordin

(1985-06-06) 6 Jun 1985 (umur 38)
PekerjaanPelakon
Tahun aktif2003-kini
Ketinggian6 ft 2.7 in (1.9 m)
PasanganSharifah Fazlina Syed Fuad (k. 2013; c. 2023)
Anak-anak1

Norizam Amin Nordin (lahir 6 Jun 1985) atau lebih dikenali sebagai Riz Amin merupakan seorang pelakon lelaki Malaysia,[2][3] terkenal dengan hasil kerjanya di televisyen dan filem.[4] Beliau merupakan bekas peserta Hero Remaja 2003/2004.[5]

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Selepas mengambil bahagian dalam pertandingan Hero Remaja 2003/2004 yang turut disertai oleh Ryzal Jaafar, Riz telah banyak menghiasi drama dan telefilem tempatan. Beliau bagaimanapun, paling dikenali menerusi watak sebagai Zahid dalam drama Si Capik yang dibintangi oleh Zach X-Factor dan lain-lain.[6]

Kerjaya filem Riz bermula dengan membintangi filem Impak Maksima (2007) arahan Ahmad Idham, diikuti oleh lakonan bersama Remy Ishak dalam filem 29 Februari (2012), kemudian diikuti oleh Hantu Kapcai juga lakonan Remy dan Zizan Razak.[7]

Riz bersama-sama dengan Johan As'ari, Pekin Ibrahim, Aeril Zafrel, Cristina Suzanne, Siti Saleha dan Dee Dee Nash telah menjayakan filem 7ujuh yang ditayangkan pada 8 November 2018. Yang mana beliau memegang watak sebagai Ray.[8]

Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]

Riz berkahwin dengan Sharifah Fazlina Syed Fuad pada 16 November 2013 dan bercerai 24 November 2023 selepas sekian lama berkenalan di Friendster dan dikurniakan seorang anak perempuan yang bernama Putri Natalia Eryna binti Norizam.[9][10]

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Filem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Catatan
2006 Don: The Chase Begins Again Menyamar Penampilan pertama untuk filem Bollywood
2007 Impak Maksima Detektif I
2012 29 Februari Halim (bapa Budi zaman British)
Hantu Kapcai Raqim
2013 Tanda Putera Jeneral Tun Ibrahim Dato Ismail
2014 Laga Nal Galah
Ophilia Faktab
2018 Kalla: Hidup Atau Mati Kasmuri
7ujuh Ray
Polis EVO 2 Sarjan Amin Galah
2019 Hero: Jangan Bikin Panas Tuan Khairil
2022 Jeritan Jin Zack
Seratus Samier
2023 Escape Inspektor Azizul
2024 Pemburu Saka

Drama[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2007 Emil Emilda Borhan TV3 Drama pertama
2008 Spa Q 2 Fahmi
Sindarela Danial
Sutun Kembali Lagi Lukman TV9
Kekasihku Seru Syed Ali TV3 Penampilan khas
2009 Tari Tirana James TV3
2009–2011 Si Capik Zahid TV2
2010 Merah Putih Dato Jehan Muda TV3
Tudung Express Wira Astro Prima
Arjuna Andika TV3
2011 Serapah Darah Bulan Madu Azlan Astro Prima
Tihany Azman TV9
2012 Miss Octopus Dr Iman TV3
Hidayah Cintaku Mukhriz TV2
2012–2013 Metro Skuad (Musim 2) ASP Rizman TV2
2013 Tanggang Ayu Ramli Astro Prima
Kerana Lelaki Itu Syukri TV9
Rindu Bertamu Di Abu Dhabi Imran TV3
Ikhlas Ramadan Hanafi TV1
2014 Tanah Kubur (Musim 9) Amin Astro Oasis Episod: "Taksub Syurga"
Separuh Jiwaku Eddy TV9
Separuh Jiwaku Eddy TV9
Ratu Shuhada Hakim TV1
Yem Rempit Inspektor Haron Astro Warna
Buaian Kasih 2 Rayyan TV1
2015 Memori Cinta Jack HyppTV
2016 Kopi Sentul Mocha Santorini Azam TV1
Bodyguard Kamal TV3
Anak Ke-5 Malik
Cinta 100kg Bahar
Mr. Boss Miss Stalker Izzuddin
Akadku Yang Terakhir Danial
Lara Aishah Riz Astro Prima
2017 Gerak Khas (Musim 17) Rizal TV2 Episod: "Desperado"
Menanti Februari Hisyam TV3
Papa Ricky Taufik Astro Prima
Cerita Ramadan Hazim Cikgu Amin TV2
Khabar Dari Casablanca Amir TV2
Gaduh-Gaduh Sayang Danny TV1
2018 Cinta Maya Mejar Kamil
Ammar & Opie Jay TV3
Selafaz Cinta Ditto Astro Prima
2019 KL Meroyan Andit TV2
Hero Bomba (Musim 2) Tuan Nazri TV2
30 Pesanan Suara Daris TV3
Gerak Khas (Musim 19) Roy TV2 Episod: "Jerat Anita"
Demi Rindumu Johar Astro Ria
Dia Adelia TV Okey
2019–2021 Black Rahman Viu
2020 Seindah Tujuh Warna Pelangi Farouk TV3
Korban Kasih Fuad TV1
Hati Yang Tersakiti Adrian TV3
2021 Love Elsa Kamarul Astro Ria
Kiblat Yang Hilang Jerung Awesome TV
Single Terlalu Lama Raiz Amani TV3
2022 Kerana Dia Suka Ijol TV3
Sayang Tak Dikenang Omar
Impian Lara Awesome TV
Murder By Moonlight Chef Jit Astro Citra
Demi Sufi TV Okey
2023 Isteri Halal Malek Astro Ria
Bukan Puteri Lindungan Bulan TV3
Hijrah Jannah Azim Astro Ria
2024 Takdir Itu Milik Aku Rahman

Telefilem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Saluran TV
2009 Anak Cucu Tok Wan Musa TV2
2010 Santau Keramat Muzamil Astro Ria
2011 Imam Salleh TV2
2012 Driver MD Muaz Astro Prima
7 Hari Di Neraka Rashah TV9
Cinta Dari Syurga Adzim TV3
2013 Demi Kamu Cinta Astro Ria
Man Jenggo Adi Rizman TVi
Loncat Cikgu Leman
Cinta Di Menara Al-Burj Encik Azman Astro Prima
Abah Tak Balik Malam Raya Cikgu Amin TV3
2015 Lima Kali Cinta Malik
2016 Mata Hati Ibu Rizal TV9
2017 #TerobekRaya Astro Warna
Jalan Balik Surau Mahzan TV3
Puisi Sedih Al Kitab Imran
Selimut Merdeka Azim
Sekolah Api Rizalman Astro Citra
2018 Vivi Si Perigi Sarge ntv7
Retak Rafie TV3
Jodoh Hak Milik Allah Astro First Eksklusif
2019 Karma Cinta Zack TV1
Sirna Zaman
Titi Kayu Zali TV3
Tiga Lima Ustaz Zali
2020 Racun Suami Jahanam Hazrul Astro Citra
Main Kahwin-Kahwin Razif
Musnah Pelamin Anganku Adrian
2021 Janda Si Ayob Awesome TV
2022 SiberKACA TV1
Raya-Nion Sooka
Nafsu Mental Firdaus Astro Citra
2023 Mendarat Di Syurga Elyaas TV3

Anugerah dan pencalonan[sunting | sunting sumber]

Tahun Anugerah Kategori Pencapaian
2020 Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-33 Artis Kontroversi Popular Tercalon

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Layakkah Riz Amin?". Utusan Malaysia. 16 September 2012. Dicapai pada 13 Ogos 2018.
  2. ^ Siti Athirah Dzulkifly (18 Januari 2015). "Riz Amin Tak semestinya jadi hero". Utusan Malaysia. Dicapai pada 13 Ogos 2018.
  3. ^ Georgie Joseph (8 November 2018). "Riz tempa kejayaan peribadi". Harian Metro. Dicapai pada 4 Disember 2018.
  4. ^ Mohd Al-Qayum Azizi (31 Mei 2018). "Riz Amin akui dunia glamor penuh godaan". mStar Online. Dicapai pada 13 Ogos 2018.
  5. ^ Haslina Kamarudin (2 Januari 2017). "Popular dengan watak pembantu". Sinar Harian. Dicapai pada 13 Ogos 2018.
  6. ^ Norhayati Nordin (17 September 2018). Cabar diri bawa karakter berat Harian Metro. Dicapai pada 30 Oktober 2018.
  7. ^ Feride Hikmet Atak (19 Oktober 2018). Susahnya nak popular: Riz Amin Berita Harian. Dicapai pada 20 Oktober 2018.
  8. ^ Dennis Chua (2 November 2018). #Showbiz: Seven deadly sinners New Straits Times. Dicapai pada 11 November 2018.
  9. ^ Mohd Azrul Mohd Radi (22 Oktober 2015). "Kahwin buka pintu rezeki". Utusan Malaysia. Dicapai pada 13 Ogos 2018.
  10. ^ Georgie Jospeh (19 Oktober 2018). "Riz Amin dicabar isteri". Harian Metro. Dicapai pada 28 Oktober 2018.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]