Rizalman Ibrahim

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Rizalman Ibrahim

DIMP (Pahang)
Kelahiran (1971-10-28) 28 Oktober 1971 (umur 52)
PendidikanSeni Lukis dan Seni Reka (Fesyen)
Pusat pendidikanUniversiti Teknologi MARA (UiTM)
PekerjaanPereka fesyen, usahawan, personaliti televisyen
Tahun aktif1995–2020
Anak-anak2 orang anak angkat

Dato' Rizalman Ibrahim (lahir 28 Oktober 1971) merupakan seorang pereka fesyen Malaysia.[1][2][3] Dilahirkan di Georgetown, Pulau Pinang, kepada ibunya Aishah Hamid seorang tukang jahit dan bapanya Ibrahim Yahya seorang kerani. Rizalman ialah anak bongsu daripada tujuh beradik, beliau mula bergiat aktif sebagai pereka fesyen pada 1995 di bawah jenama eponim beliau selepas menamatkan pengajian dalam jurusan Seni Lukis dan Seni Reka (Fesyen) di Universiti Teknologi MARA (UiTM).[4]

Selain menjadi pereka fesyen, beliau juga ialah pereka dalaman, pengurus majlis dan personaliti televisyen. Pekerjaan pertama beliau ialah sebagai tukang jahit butang dan cangkuk di sebuah butik dengan bayaran gaji sebanyak RM350. Selebriti terkenal seperti Siti Nurhaliza, Zarina Zainuddin, Wan Zaleha Radzi, Ogy Ahmad Daud, Fahrin Ahmad dan Anuar Zain antara yang pernah menjadi pelanggan beliau. Penampilan televisyen beliau termasuk Tangkap Muat dan Pelamin Fantasia 2015.[5]

Antara anugerah yang dimenanginya ialah Mercedes-Benz Asian Fashion Award di Anugerah Fesyen Antarabangsa-Malaysia 2004 (MIFA 2004), 'Style Star Of The Year Award 2008, Mercedez Benz Stylo Award. Beliau ialah bapa kepada dua anak angkat.[6] Pada 17 Februari 2020, Rizalman melancarkan jenama butik terbaru diberi nama Rizalman 2020.[7]

Pada 21 Februari 2020, beliau mengumumkan persaraannya sebagai pereka fesyen kerana merasakan "takut tidak bersedia apabila dijemput Ilahi".[8][9]

Anugerah

Penghargaan Malaysia

 Pahang

  • Darjah Indera Mahkota Pahang - Dato' (24 Oktober 2016)[10]

Rujukan

  1. ^ Bermula dari bawah, Dato' Rizalman Ibrahim bongkar kisah suka duka sebelum bergelar pereka fesyen tersohor NONA (11 Januari 2018). Dicapai pada 22 Februari 2018.
  2. ^ Rizalman Ibrahim kongsi pengalaman 15 tahun menjadi pereka fesyen mStar Online (31 Januari 2019). Dicapai pada 22 Februari 2019.
  3. ^ Faizal Hadi (31 Oktober 2016). Rizalman Ibrahim: Pereka adi busana Malaysia GLAM Malaysia. Dicapai pada 22 Februari 2017.
  4. ^ A Fashionable Life: Dato' Rizalman Ibrahim Harper's Bazaar. Dicapai pada 22 Februari 2020.
  5. ^ Celsete Goh (14 Julai 2017). Dato' Rizalman Ibrahim reveals his secrets to living an inspire life Prestige Online. Dicapai pada 22 Februari 2018.
  6. ^ Nor Afzan Mohd Yusof (29 April 2015). Rizalman sunyi, tapi tak mahu kahwin Berita Harian. Dicapai pada 22 Februari 2016.
  7. ^ Bervin Cheong (17 Februari 2020). Datuk Rizalman Ibrahim launches a line of courture accessories The Star Online. Dicapai pada 1 Mac 2020.
  8. ^ Melanie Chalil (21 February 2020). Famed Malaysian designer Rizalman Ibrahim announces retirement The Malay Mail. Dicapai pada 22 Februari 2020.
  9. ^ Saharudin Musthafa (21 Februari 2020). Rizalman umum undur diri sebagai pereka fesyen Astro Awani. Dicapai pada 22 Februari 2020.
  10. ^ "Semakan Penerima Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat".

Pautan luar