Rizam Ismail
Yang Berhormat Datuk Rizam Ismail PMW (WP) | |
---|---|
Ketua Pembangkang Dewan Negeri Selangor | |
Memegang jawatan 2018 | |
Didahului oleh | Mohd Shamsudin Lias |
Ahli Dewan Negeri Selangor untuk Sungai Air Tawar | |
Memegang jawatan 2018 | |
Didahului oleh | Kamarol Zaki Malik[1] |
Butiran peribadi | |
Lahir | Sungai Air Tawar, Sabak Bernam, Selangor | 30 Januari 1981
Parti politik | ![]() ![]() |
Pasangan | Datin Sofiah Shahri |
Pekerjaan | Ahli politik |
Yang Berhormat Datuk Rizam Ismail adalah seorang ahli politik Malaysia. Beliau merupakan Ahli Dewan Negeri Selangor bagi kawasan Sungai Air Tawar, mewakili Barisan Nasional–UMNO.[2] dan dalam pada masa yang sama beliau merupakan Setiausaha Politik kepada Menteri Kewangan Malaysia (2021-kino). Pada peringkat parti, beliau ialah Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO (dilantik). Rizam Ismail merupakan ADUN Sungai Tawar merangkap Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor.
Beliau dilahirkan pada 30 Januari 1981 berasal dari Kampung Tebuk Mufrad, Sungai Air Tawar Sabak Bernam.
Berpendidikan tinggi dalam Diploma of Leadership and Management Institute of Australia pada 2016, beliau kini menyambung pelajaran di Lincoln University College dengan mengambil Ijazah Sarjana Muda Sains Politik.
Rizam kini memegang jawatan Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Kerajaan Selangor (PAC) dan juga Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan Selangor (Selcat) sejak tahun 2018.
Pada peringkat parti, beliau merupakan Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO Malaysia dan Ketua Pemuda UMNO Selangor sejak 2018 sehingga kini.
Malah beliau juga mengekalkan jawatan sebagai Ketua Pemuda UMNO Bahagian Sabak Bernam selama lapan tahun dan masih menerajui tampuk kepimpinan itu.
Bekas Pengerusi Lembaga Pelawat Hospital Sabak Bernam ini bukan sahaja aktif membantu golongan memerlukan, beliau juga sering dilihat menyantuni anak muda.
Beliau berusia 40 tahun, kini menjadi Penaung Kelab Belia MAYC Era Baru, Pengerusi Kelab Rekreasi dan Komuniti Parlimen Sabak Bernam dan Pengerusi Gerakan Belia 4B Kampung Tebuk Mufrad.
Bukan itu sahaja, beliau juga diberi kepercayaan menggalas tanggungjawab sebagai Pengerusi Persatuan Kebangsaan Pekebun-pekebun kecil Malaysia daerah Sabak Bernam.
Pada Pilihan Raya Umum Ke -14, Rizam daripada Barisan Nasional menang dengan mendapat 5,437 undian ketika menentang Zamri Yahya daripada parti Gagasan Sejahtera yang mendapat 3,997 undi. Majoriti undi sebanyak 1,440.
Kerjaya:
- Setiausaha Politik kepada Menteri Kewangan (2021-kini)
- ADUN Sungai Tawar (2018-kini)
- Ketua Pembangkang DUN Selangor (2018-kini)
- Koordinator Pembangunan Persekutuan N.01 Kawasan Dun Sungai Air Tawar (2016-2018)
Jawatan dalam parti politik:
- Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO Malaysia (2021-kini)
- Ketua Pemuda UMNO Selangor (2018-kini)
- Jawatankuasa Biro Pengkaderan UMNO Malaysia (2018-kini)
- Ketua Pemuda Umno Bahagian Sabah Bernam (2013-kini)
- Ketua UMNO Cawangan Tebuk Mufrad (2018-kini)
- Naib Ketua Pemuda UMNO Sabak Bernam (2008-2013)
- AJK Pemuda UMNO Bahagian Sabah Bernam (2004-2008)
Penglibatan dalam pertubuhan sukarela:
- Ahli Jemaah Pengarah Peladang PPK Bernam Jaya (2014-kini)
- Pengerusi Lembaga Pelawat Hospital Sabak Bernam (2016-2018)
- AJK Lembaga Pengarah Pertubuhan Peladang Selangor (2017-2019)
- Pengerusi Gerakan Belia 4B Kampung Tebuk Mufrad (2017-kini)
- Pengerusi Persatuan Silat Kebangsaan (Pesaka) Sabak Bernam (2015-kini)
- Pengerusi Kelab Rekreasi dan Komuniti Parlimen Sabak Bernam (2013-kini)
- Pengerusi Kelab Sukan bermotor Sg Lang Drag Race Parlimen Sabak Bernam (2014-kini)
- Penaung Kelab Belia MAYC Era Baru (2018-kini)
- Pengerusi Persatuan Kebangsaan Pekebun-pekebun kecil Malaysia daerah Sabak Bernam
Pencapaian anugerah:
- Ikon Pengerusi JKKKP Negeri Selangor (2015)
- Johan Anugerah Belia Perdana Kategori Pertubuhan Peringkat Negeri Selangor (2008)
Pendidikan:
- Diploma of Leadership and Management Institute of Australia (2016)
- Sedang melanjutkan pelajaran di Universiti Malaya dalam Master of Business Administration (MBA) in Public Policy (by coursework) (2018)
Politik[sunting | sunting sumber]
Rizam Ismail bertanding pada pilihan raya umum ke-14 dan memenangi kerusi DUN Sungai Air Tawar. Pada 4 September 2018, Rizam Ismail telah dilantik sebagai Ketua Pembangkang Selangor.[3][4]
Rujukan[sunting | sunting sumber]
Pautan luar[sunting | sunting sumber]
- Rizam Ismail di Facebook - Profil Facebook