Robbi Sapinggi

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Robbi Sapinggi (20 September 1984 – 5 Jun 2015) [1] ialah salah seorang daripada empat malim gunung Malaysia yang meninggal dunia di Gunung Kinabalu semasa gempa bumi Sabah 2015. Gempa bumi tersebut meragut sekurang-kurangnya nyawa 18 orang, yang dimana kebanyakannya adalah murid-murid dan guru dari Sekolah Rendah Tanjong Katong dari Singapura, dan mencederakan 10 yang lain. Gempa bumi tersebut berlaku kira-kira jam 7:15 pagi waktu tempatan (MST) di Ranau, Sabah. Berita mengenai Robbi mendapat perhatian media apabila dia meninggal dunia semasa dalam usaha untuk menyelamatkan seorang pendaki pelancong daripada batu yang jatuh dari puncak gunung. [2] Usaha beliau telah dipuji sebagai seorang pahlawan kerana bertindak dengan penuh keberanian dan pengorbanannya. [3] [4] Mayatnya ditemui oleh pasukan penyelamat kecemasan kira-kira pada jam 4:00 petang waktu tempatan berhampiran Laban Rata kira-kira 20 m dari tempat dipercayai dia dipukul oleh batu yang meluncur ke bawah semasa gempa bumi.

Ramai pendaki gunung lain yang pernah mengenali Robbi selama bertahun-tahun telah menyifatkan beliau sebagai seorang yang tidak mementingkan diri sendiri, mempunyai sifat empati, penuh dengan pengorbanan, suka berseronok, mempunyai semangat yang tinggi dan seorang pemandu gunung yang berdedikasi [5] [6] [7] yang mengutamakan kepentingan orang lain. Pelancong yang pernah melawat Gunung Kinabalu telah menceritakan pelbagai pengorbanan beliau bagi memastikan keselamatan dan keselesaan mereka ketika mendaki gunung tersebut. Cath Jayasuriya, seorang pengarah eksekutif daripada syarikat Coalition Duchenne yang menyatukan organisasi di seluruh dunia dalam usaha untuk meningkatkan kesedaran global mengenai distrofi otot Duchenne dan juga pernah mengenali Robbi berkata:

One time I was climbing with Robbi, and I was feeling so cold as we approached the summit in the rain. Robbi gave me his gloves and his jacket to wear, leaving him just in a t-shirt. That was just the kind of person he was. He really cared about the safety and comfort of all the climbers.[6][8]

Robbi dikebumikan pada 7 Jun tahun 2015 di kampungnya Kiau, Kota Belud kira-kira pada jam 2:30 petang. Dia meninggalkan seorang anak lelaki berusia enam bulan dan seorang balu, Reena Joshi. Mereka baru berkahwin pada September tahun 2014.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Sabah quake: 5 things about the hero who sacrificed himself to save others
  2. ^ "Sabah quake: 'Hero' guide laid to rest in funeral attended by hundreds". The Straits Times. 7 June 2015. Dicapai pada 10 June 2015.
  3. ^ "Mountain guide laid to rest". Daily Express. 9 June 2015. Dicapai pada 11 June 2015.
  4. ^ Jennifer Morris (8 June 2015). "Former Intrepid Travel tour guide dies in Malaysia earthquake". Travel Weekly (UK). Dicapai pada 11 June 2015.
  5. ^ "Sabah quake: Mountain guide Robert Sapinggi remembered as kind, friendly and funny". The Straits Times. 6 June 2015. Dicapai pada 15 June 2015.
  6. ^ a b "Dead mountain guide hailed as hero for trying to help victims". Today Online. 8 June 2015. Dicapai pada 15 June 2015.
  7. ^ In Memory of an unsung hero, Robbi Sapinggi. adonevideo on YouTube. 6 June 2015. Dicapai pada 15 June 2015.
  8. ^ Mariah Doksil (6 June 2015). "Remembering Robbi Sapinggi". The Borneo Post. Dicapai pada 10 June 2015.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]