Robert Brout

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Robert Brout
Kelahiran(1928-06-14)14 Jun 1928
New York City, U.S.
Meninggal dunia3 Mei 2011(2011-05-03) (umur 82)
Brussels, Belgium[1]
Pusat pendidikanNew York University (BS)
Columbia University (PhD)
Terkenal keranaTeori medan kuantum
Pecahan simetri
Boson Higgs
Mekanisme Higgs
Inflasi kosmos
AnugerahHadiah Sakurai
Hadiah Wolf dalam Fizik (2004)
Kerjaya saintifik
BidangMekanik statistik
Fizik zarah
Fizik kosmologi
InstitusiUniversité libre de Bruxelles
University of Rochester
Cornell University

Robert Brout (/brt/; 14 Jun 1928 – 3 Mei 2011) ialah seorang ahli fizik teori berbangsa Belgium yang memberi jasa penting dalam fizik zarah keunsuran. Dia ialah profesor fizik di Université Libre de Bruxelles di mana dia menubuhkan, bersama François Englert, Service de Physique Théorique.

Penyelidikan[sunting | sunting sumber]

Setelah menerima Ph.D. dari Universiti Columbia pada 1953, Brout menyertai Universiti Cornell sebagai seorang ahli fakulti. Pada 1959, François Englert berkunjung dari Belgium meluangkan dua tahun di Cornell sebagai rakan penyelidikan bersama Brout. Brout dan Englert menjadi kawan dan kolaborator yang rapat, dan pada 1961, apabila Englert kembali ke Belgium, Brout mengikutinya dan meluangkan sisa kehidupan profesionalnya di Université Libre de Bruxelles, lalu akhirnya memperolehi kewarganegaraan Belgia.

Pada 1964, Brout, bekerjasama dengan Englert, menemui bagaimana jisim dapat dihasilkan bagi zarah tolok dengan adanya simetri tolok tempatan abelian dan bukan abelian. Ini ditunjukkan oleh mereka, secara mekanik klasik dan kuantum, berjaya mengelakkan teorem-teorem yang diutarakan oleh J. Goldstone sambil menunjukkan bahawa teori tersebut boleh dinormalkan semula. Idea-idea serupa telah dikembangkan dalam bidang fizik jirim termeluwap.

Peter Higgs, serta Gerald Guralnik, C. R. Hagen, dan Tom Kibble membuat kesimpulan yang sama seperti Brout dan Englert. Ketiga-tiga makalah berkaitan penemuan boson ini oleh Higgs, Brout dan Englert, dan Guralnik, Hagen, dan Kibble, masing-masing diiktiraf sebagai makalah penting oleh Physical Review Letters (PRL) pada sambutan ulang tahun ke-50nya.[2] Walaupun setiap makalah terkenal ini mengambil pendekatan yang serupa, namun sumbangan dan perbezaan antara makalah pecahan simetri PRL 1964 perlu diambil berat. Hasil kerja ini menunjukkan bahawa zarah-zarah yang membawa daya lemah memperoleh jisimnya menerusi interaksi dengan sebuah medan serba merata yang kini dikenali sebagai medan Higgs, dan bahawa interaksi tersebut berlaku melalui zarah-zarah yang dikenali sebagai Higgs boson. Sejak itu, boson Higgs ini belum dapat diperhatikan secara eksperimen; namun, kebanyakan ahli fizik percaya bahawa mereka wujud.[3][4] Akhirnya, pada 4 Julai 2012, CERN mengumumkan penemuan zarah baharu oleh kolaborasi CMS dan ATLAS yang "konsisten dengan boson Higgs" pada tahap keyakinan 5 sigma dengan nilai jisim sekitar 125-126 GeV.[5] Pada 2013, Englert dan Higgs menerima Hadiah Nobel dalam Fizik di atas ramalan mereka.

Pada 1971, Gerardus t Hooft, yang sedang menyiapkan PhDnya di bawah penyeliaan Martinus J. G. Veltman di Universiti Utrecht, menormalkan semula teori Yang–Mills mengikuti cadangan Veltman bahawa ianya boleh dilakukan. Mereka menunjukkan bahawa jika simetri teori Yang–Mills dipecahkan menurut kaedah yang disarankan oleh Robert Brout, François Englert, Peter W. Higgs, Gerald Guralnik, C. R. Hagen dan Tom Kibble, maka teori Yang–Mills sememangnya boleh dinormalkan semula. Penormalan semula teori Yang–Mills merupakan salah satu pencapaian terbesar dalam fizik pada abad kedua puluh. Gerardus t Hooft dan Martinus J. G. Veltman dianugerahkan Hadiah Nobel dalam Fizik pada 1999 untuk hasil kerja ini.[6]

Selain daripada usahanya ini dalam fizik zarah keunsuran, pada 1978, Brout, bekerjasama dengan F. Englert dan Edgard Gunzig, dianugerahkan hadiah utama esei penghargaan graviti[7] untuk cadangan tersendiri mereka mengenai inflasi kosmos sebagai keadaan kosmos sebelum kejadian pengembangan adiabatik, (iaitu fenomena lazim Letupan Besar), selepas kosmogoni .

Anugerah[sunting | sunting sumber]

Brout dianugerahkan Hadiah J. J. Sakurai untuk Teori Fizik Zarah (bersama Guralnik, Hagen, Kibble, Higgs, dan Englert ) oleh American Physical Society "Atas penjelasan bagi sifat-sifat pecahan simetri spontan di dalam teori tolok kerelatifan empat dimensi dan bagi mekanisme penjanaan jisim boson vektor yang konsisten."[8] Pada 2004, Robert Brout, François Englert, dan Peter Higgs dianugerahkan Hadiah Wolf dalam Fizik "atas peloporan hasil kerja yang membawa kepada pemahaman penjanaan jisim, setiap kali simetri tolok tempatan menjelma secara asimetri di alam zarah subatom".[9]

Robert Brout banyak menyumbang kepada teori berkaitan boson Higgs, yang menjadi tunjang penganugerahan Hadiah Nobel 2013. Dalam sebuah wawancara pada 2014 bersama The Life Scientific oleh BBC, Peter Higgs mengatakan mengenai Hadiah Nobel 2013 bahawa "Saya rasa ada baiknya mereka menghadkan hadiah itu kepada kami berdua, kerana, secara implikasinya, mereka kini mengiktiraf Robert Brout sebagai orang ketiga yang tidak dapat dianugerahkan hadiah itu."[10]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Biography of Robert Brout Physics Today. August 2011. Retrieved July 5, 2012.
  2. ^ Physical Review Letters - 50th Anniversary Milestone Papers
  3. ^ Contributions of Robert Brout Dicapai pada 6 Ogos 2007. Diarkibkan Februari 11, 2007, di Wayback Machine
  4. ^ "Wolf prize goes to particle theorists". Physics World. 20 Januari 2004. Dicapai pada 6 Ogos 2007.
  5. ^ "CERN experiments observe particle consistent with long-sought Higgs boson" (Siaran akhbar). 4 Julai 2012. Dicapai pada 20 November 2016.
  6. ^ The Nobel Prize in Physics 1999 Diperoleh 6 Ogos 2007.
  7. ^ Gravity Research Foundation Awards Diarkibkan 2007-09-29 di Wayback Machine Diperoleh 24 Mei 2008.
  8. ^ American Physical Society - J. J. Sakurai Prize Winners Diperoleh 2 Oktober 2009.
  9. ^ The Wolf Prize in Physics in 2004 Diperoleh 6 Ogos 2007.
  10. ^ Interview with Peter Higgs on BBC's The Life Scientific BBC News. Diperoleh 6 Ogos 2007.