Robert Lau Hoi Chew

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Robert Lau Hoi Chew
Timbalan Menteri Kementerian Pengangkutan
Dalam jawatan
11 April 2009 – 9 April 2010
Didahului olehLajim Ukin
Anggota Parlimen Malaysia
untuk P212 Sibu
Dalam jawatan
1990–2010
Butiran peribadi
Lahir15 September 1942
Sibu, Pendudukan Jepun di Sarawak
Meninggal dunia9 April 2010 (umur 67)
Kuala Lumpur
Parti politik Barisan Nasional
PasanganJanet Lau Ung Hie
Anak-anak3
PekerjaanAhli Parlimen

Datuk Robert Lau Hoi Chew (Cina ringkas: 刘会洲Cina tradisional: 劉會洲pinyin: Liú Huìzhōu; 15 September 1942 – 9 April 2010) adalah seorang ahli politik dan bekas Timbalan Menteri Pengangkutan Malaysia. Beliau dilantik oleh Perdana Menteri Malaysia ke-6, Datuk Seri Mohd Najib bin Abdul Razak pada 9 April 2009 di Putrajaya. Majlis angkat sumpah jawatan dan taat setia serta sumpah simpan rahsia di hadapan Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin di Istana Negara.[1][2]

Kerjaya politik[sunting | sunting sumber]

Robert Lau dipilih sebagai ahli Parlimen Sibu selama 5 penggal (1990, 1995,1999, 2004 dan 2008). Beliau bertanding di kerusi Sibu yang diperuntukkan untuk Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP).

Beliau dipilih menjadi Naib Presiden SUPP. Kemudian dilantik Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan pada Mac 2004-2008. Pada April 2009, Datuk Seri Najib Tun Razak melantik beliau sebagai Timbalan Menteri Pengangkutan dalam rombakan kecil Kabinet.

Lau terkenal sebagai "raja tandas" kerana usahanya memastikan kebersihan di tandas awam di seluruh negara semasa berkhidmat di Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

Pilihan raya Malaysia 2008[sunting | sunting sumber]

Dalam pilihan raya umum Malaysia 2008, Robert Lau Hoi Chew bertanding menggunakan tiket Barisan Nasional. Beliau telah bertanding di kawasan parlimen Sibu, negeri Sarawak. Robert Lau Hoi Chew telah menang dengan mendapat undi sebanyak 19138 dan majoriti undi 3235.

Calon lawan ialah Wong Ho Leng - DAP mendapat 15,903 undi. Antara calon lain ialah Lim Chin Chuang dari PKR dan mendapat 812. Peratus pengundi yang keluar ialah 67.7%. Undi rosak sebanyak 334.

Keluarga[sunting | sunting sumber]

Isterinya Datin Janet Lau Ung Hie dan mempunyai tiga anak, Alvin Lau Lee Jen, 39, Tammy Lau Lee Teng, 36, dan Pierre Lau Lee Wui, 34.[3]

Beliau berasal dari keluarga perniagaan terkemuka di Sibu. Abangnya, Datuk Lau Hui Siong, ahli perniagaan terkemuka dan pengasas syarikat konglomerat KTS Group, yang terbabit dalam industri kayu dan media termasuk Borneo Post, Utusan Borneo dan Oriental Daily, meninggal dunia pada Oktober 2004, akibat barah.

Meninggal dunia[sunting | sunting sumber]

Pada 9 April 2010, jam 11.10 pagi Robert Lau meninggal di rumahnya di Mont Kiara, Kuala Lumpur kerana barah hati sejak 2008. Beliau berulang-alik ke Hospital Selayang untuk dapatkan rawatan susulan. Mendiang diterbangkan dengan penerbangan ihsan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) untuk disemadikan di Taman Memorial Nirwana, Sibu, Sarawak.

Pilihan raya kecil Sibu 2010 akan diadakan selepas pengumuman oleh Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia. [4]

Keputusan pilihan raya[sunting | sunting sumber]

Parlimen Malaysia: Sibu, Sarawak[5]
Tahun Barisan Nasional Undi Prts Pembangkang Undi Prts
1990 Robert Lau (SUPP) 11,914 54% Ling Sie Ming (DAP) 9,906 45%
1995 Robert Lau (SUPP) 15,317 56% Wong Ho Leng (DAP) 10,472 38%
1999 Robert Lau (SUPP) 23,227 60% Wong Sing Nang (DAP) 14,085 37%
2004 Robert Lau (SUPP) 20,501 54% Wong Ho Leng (DAP) 17,161 45%
2008 Robert Lau (SUPP) 19,138 53% Wong Ho Leng (DAP) 15,903 44%

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Sibu MP dies". The Malaysian Insider. 9 April 2010. Diarkibkan daripada yang asal pada 11 April 2010. Dicapai pada 9 April 2010. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  2. ^ "Sibu MP and Dep Transport Minister Robert Lau dies (Updated)". The Star. Star Publications. 9 April 2010. Diarkibkan daripada yang asal pada 10 April 2010. Dicapai pada 9 April 2010. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  3. ^ Robert Lau hidap barah hati sejak dua tahun
  4. ^ Timbalan Menteri Pengangkutan Robert Lau Meninggal Dunia Bernama
  5. ^ "Keputusan Pilihan Raya Umum Parlimen/Dewan Undangan Negeri". Election Commission of Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 6 September 2011. Dicapai pada 9 April 2010. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan) Percentage figures based on total turnout (including votes for other candidates not listed).