Robert Lau Hui Yew
YB Senator Tuan Robert Lau Hui Yew atau Robert Lau Junior ialah ahli politik Malaysia berketurunan Cina. Beliau kini berkhidmat sebagai Ahli Dewan Negara (Senator) untuk penggal kedua. Di peringkat parti, beliau ialah Ahli Jawatankuasa Pusat SUPP dan Ketua Cawangan Bawang Assan. Beliau pernah berkhidmat sebagai Timbalan Bendahari Agung SUPP.
Robert Lau Hui Yew | |
|---|---|
| 羅伯特 劉惠耀 | |
| Ahli Dewan Negara | |
| Lantikan Yang di-Pertuan Agong | |
| Dalam jawatan 16 Mei 2024 – 15 Mei 2027 | |
| Raja | Sultan Ibrahim |
| Penggal | Kedua |
| Dalam jawatan 22 Jun 2020 – 21 Jun 2023 | |
| Raja | Al-Sultan Abdullah |
| Penggal | Pertama |
| Perdana Menteri | |
| Maklumat peribadi | |
| Lahir | 1965 (umur 60–61) |
| Kewarganegaraan | |
| Parti politik | |
| Gabungan politik lain | |
| Pasangan | Lucinda Lau (kahwin 1996) |
| Pertalian | Robert Lau Hoi Chew (sepupu) |
| Kediaman | Sibu |
| Pendidikan | Sekolah Menengah Kebangsaan Sacred Heart |
| Tempat belajar | Universiti Hull |
| Bidang pengkhususan | Peguam |
Politik
[sunting | sunting sumber]Robert Lau menjadi ahli politik selama 17 tahun dan menjadi Penolong Bendahari SUPP cawangan Sibu.
Pilihan raya kecil Sibu
[sunting | sunting sumber]Robert Lau merupakan calon Barisan Nasional dalam pilihan raya kecil Sibu 2010. Beliau adalah sepupu kepada mendiang Datuk Robert Lau Hoi Chew, penyandang kerusi Parlimen Sibu selama lima penggal.
Anugerah
[sunting | sunting sumber]
Malaysia :
Penerima Pingat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-17 (2024)
Kuarters kilang papan terbakar
[sunting | sunting sumber]Pada 8 Mei 2010, kuarters 10 orang pekerja kilang papan milik bapanya di Sibu terbakar. Ketua Polis Daerah Sibu, Asisten Komisioner Shafie Ismail menafikan sebarang unsur khianat walaupun hari ini adalah hari penamaan calon di Sibu.[1]
Rujukan
[sunting | sunting sumber]
