Rock Bro!

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Rock Bro!
PengarahMamat Khalid
PenulisMamat Khalid
Cerita olehMamat Khalid
Dihasilkan oleh
Dibintangi
SinematografiTan Teck Zee
Disunting olehZappa Khalid
Amen Khalid
Muzik olehRaja Mahafaizal Raja Muzaffar
Syarikat
penerbitan
Diedarkan olehPrimeworks Studios
Tarikh tayangan
  • 27 Oktober 2016 (2016-10-27) (Malaysia)
Masa tayangan
119 Minit
NegaraMalaysia
BahasaMelayu
Pecah panggungRM 4.64 juta

Rock Bro! merupakan sebuah filem komedi muzikal pengembaraan Malaysia 2016 arahan Mamat Khalid yang dibintangi oleh Khir Rahman, Soffi Jikan, Pekin Ibrahim dan Azmi Baharon. Ia merupakan kesinambungan daripada filem Rock (2005) dan Rock Oo! (2013) serta ansuran ketiga dalam siri filem Rock. Filem ini ditayangkan pada 27 Oktober 2016.[1][2][3][4]

Plot[sunting | sunting sumber]

Rock Bro! diceritakan melalui naratif Jijoe, kemuncak pencapaian mereka apabila menjadi finalis Anugerah Juara Lagu, namun era rock mula meniti fasa kejatuhan dengan kemasukan aliran muzik rap dan hip-hop pada awal 90-an. Amy Mat Piah meninggalkan jawatan sebagai pengurus kumpulan Rimba Bara kerana keinginanya yang terlalu kuat untuk menjadi penyanyi Rock. Namun begitu,o kumpulan Rimba Bara tetap meneruskan perjuangan musik mereka..Rimba Bara menerima seorang pembantu bernama Dio. Pada ketika ini jemputan untuk membuat persembahan mula berkurang sehingga memaksa mereka melakukan kerja sambilan bagi menyara hidup, selain mengambil tawaran gig di tapak ekspo tani. Disaat ini hati Zul Kapan mula berbolak balik dek kerana kecewa dengan perjalanan musik kumpulan mereka. Pada ketika ini juga prestasi Black mula terjejas kerana penyakit misteri. Zul yang sudah mula bosan mengambil keputusan untuk meninggalkan dunia musik dan melibatkan diri dengan kumpulan agama.

Disaat kebuntuan jijo dalam mempertahankan pejuangan misi kumpulan mereka, tanpa disangka sebuah syarikat rakaman di Kuala Lumpur iaitu Guntor Record berminat untuk mengambil mereka sebagai artis rakaman. Peluang ini disambut gembira oleh ahli kumpulan Rimba Bara dan mereka memujuk Zul untuk ke Kuala Lumpur. Di Kuala Lumpur mereka melawat Cik Man untuk mendapatkan nasihat dan Cik man meminta mereka untuk pergi berjumpa dengan adiknya iaitu Cik Nod. Malang bagi mereka apabila ditahan dalam satu sekatan Polis kerana disyaki memiliki dadah. Ketika dalam tahanan lokap Cik Nod mengakui dadah tersebut miliknya sekali gus membebas ahli Rimba Bara dari sebarang dakwaan.

Pada masa yang sama, Jijoe telah jatuh cinta pandang pertama dengan Ratu Rock Ella semasa terserempak di studio rakaman King’s Studio. Perbezaan pendapat atas beberapa perkara menyebabkan Jijo kecewa dengan apa yang berlaku. Selain itu, Keabraban hubungan Jijo dan Ella merubah sisi peribadi Jijo. Namun kehadiran semula Cik Man yang baru dibebaskan dari penjara sedikit sebanyak meredakan keadaan. Perasaan cinta Jijoe pada Ella mula membuat dia mula bersikap cemburu dan pemarah. Masalah cinta mula membelenggu disamping persaan kecewa dengan cara pengurusan syarikat rakaman, Jijoe mula memikirkan hakikat kehidupanya. Ketika majlis pelancaran album mereka, Jijoe mengumumkan hasrat untuk bersara daripada arena musik. Tindakan ini mengejutkan ahli Rimba Bara dan semua pihak. Slash menerima keputusan itu sebagai satu tamparan yang hebat kepada dirinya dan ia mula mengubah sifat kepada panas baran apabila mengambil alih Kumpulan Rimba Bara. Jijoe meneruskan kehidupan seperti biasa namun jauh berbeza sama sekali dengan rutin ketika dia bermain musik. Dia mula mengenang kisah silam yang mana perasaan kagum terhadap bakat bapanya dalam bidang seni musik. Malang padanya kerana bapanya meninggal ketika berusia 38 tahun dan ketika itu Jijo masih kecil. Ibunya telah berkahwin dengan seorang pengusaha yang telah berusia, namun kebahagiaan tersebut tidak lama apabila ibunya ditikam oleh bapa tiri dan peristiwa itu disaksikan dihadapan matanya sendiri. Bermula dari itu, Jijoe hidup bertukar tukar penjaga di rumah pusaka bapa tirinya sehingga dewasa. Menyingkap pula kisah kehidupan Slash yang dilahirkan di Terengganu. Dia berpindah ke kampung halaman Ibunya selepas tanah asal kelahiranya digadai. Nilai seni muzik rock sangat teguh di dalam dirinya namun cabaran dalam mengendalikan Rimba Bara sangat menguji. Dengan tekanan psikologi dari pihak kerajaan dan ditambah pula dengan masalah dadah yang dihadapi Ajak iaitu Bassist yang menggantikan Jijoe. Lebih mengecewakan Slash apabila Zul meninggalkan musik rock dan menubuhkan kumpulan 4URU yang beraliran Rap.

Panas baran Slah menjadi pemusnah Rimba Bara, dia dipenjara kerana menjadi punca kematian Ajak. Zul mengubah nama menjadi ACGMC kepada Zee, Jijoe pula meninggal selepas selesai membuat persembahan di majlis kahwin Zack, Dio dan Cik Man turut terkorban. Black yang terselamat kini menjadi teman rapat Zul dan boleh bertutur selepas menjalani pembedahan lidah. Di masa hadapan Zack dan Slash bertemu selepas anak Slash, Aishah membuat dokumentari mengenai mereka.

Pelakon[sunting | sunting sumber]

Pelakon utama[sunting | sunting sumber]

Pelakon pembantu[sunting | sunting sumber]

  • Kamarool Haji Yusoff sebagai Cik Man
  • Shuib Sepahtu sebagai Cik Nod
  • Amy Juliet sebagai Ella
  • Rab Khalid sebagai Yeh Sekumpang
  • Sharwani NS sebagai Dio
  • Ziema Din sebagai Mak Jijoe
  • Miss Julia sebagai Jojie
  • Ajak Melisa sebagai Ajak
  • Mus May sebagai Mus
  • Man Kidal sebagai dirinya sendiri
  • Black Wings sebagai Black
  • Kombat Pilgrims sebagai Kombat
  • Qaseh sebagai Suzi
  • Zain Jusoh sebagai ND Lala
  • Fatin Syahirah sebagai Aishah (anak Slash dan Puteh)

Penampilan khas[sunting | sunting sumber]

Penerbitan[sunting | sunting sumber]

Filem Rock boleh dianggap sebagai naskhah paling berjaya hasil sentuhan pengarah yang terkenal dengan keunikannya, Mamat Khalid. Memasuki sekuel ketiga berjudul Rock Bro!, Mamat memberitahu, naskhah itu merupakan francais terakhir bagi filem fenomena tersebut. “Sejak pertama kali francais ini ditayangkan pada tahun 2005 melalui judul yang dikenali sebagai Rock, ia lebih menceritakan mengenai permulaan kisah sebuah kumpulan muzik dalam mengejar cita-cita menjadi sebuah kumpulan rock ternama di Malaysia.“Selepas itu, sekuel kedua iaitu Rock Oo! pula menceritakan mengenai zaman transisi dan kejayaan sebagai kumpulan rock dalam meneruskan survival perjuangan rock mereka sewaktu itu. “Bagaimanapun, menerusi francais terakhir filem tersebut yang dikenali sebagai Rock Bro!, filem ini menyaksikan zaman kejatuhan irama rock dalam menghadapi pelbagai kesukaran dengan kemasukan genre baharu lain dalam industri muzik Malaysia. Jadi secara keseluruhan, filem Rock Bro! akan menjadi filem penutup bagi francais filem Rock ini,” kata Mamat.[5] Selain itu Mamat Khalid juaga, berkata pembikinan terkini Rock Bro! akan menjadi yang terakhir dan tidak akan ada lagi kesinambungan kepada francais filem tersebut. "Kerja terbaru saya adalah lebih peribadi dan yang terakhir untuk Rock"trilogi dan ia adalah mustahil bagi saya untuk menghasilkan kesinambungan.“Hanya tiga filem Rock sudah memadai," Menurut pengarah tersebut. Apa yang dimaksudkan dengan filem yang "lebih peribadi", ia adalah disebabkan oleh hakikat bahawa ia bukan sahaja mengenai kugiran ini Rimba Bara tetapi juga perjuangan semasa era rock di Malaysia sekitar tahun 90-an awal.[6]

Filem ini merupakan sekuel akhir bagi plot perjalanan kumpulan Rimba Bara. Berbekalkan barisan pelakon yang sama iaitu Khir Rahman, Pekin Ibrahim, Soffi Jikan, Azmi Baharon dan Kamarul Haji Yusof, ia mengisahkan bagaimana mereka mengharungi zaman penurunan pengaruh muzik rock tanah air. Que Haidar yang memegang watak Amy Mat Piah tidak menyertai filem tersebut atas faktor komitmen lain. Namun terdapat cameo dalam babak awal filem. Ketiadaan watak Amy Mat Piah agak memberi impak kepada teman seperjuangan serta penonton yang mengikuti sekuel tersebut daripada filem rock yang pertama. Khir Rahman cuba memujuk Que untuk menjayakan filem tersebut namun menghormati keputusan yang telah dibuat.

“Sejujurnya saya terkilan kerana mereka yang berlakon bersama sejak filem Rock pertama tidak dapat turut serta pada kali ini. Namun, perasaan itu wujud bukan bagi membangkitkan aura negatif. Saya dan Que rapat ibarat adik beradik malah kami ada berbincang mengenai perihal pembikinan Rock Bro! hingga tidak sedar perbualan itu memakan masa lapan jam. Dari situ saya mula memahami situasi dan prinsipnya. Filem Rock Bro! memberi sentuhan peribadi dalam diri. Kami saling menyokong karakter masing-masing menerusi filem sebelum ini. Cuma lebih manis dan penuh nostalgia jika mereka ada bersama untuk filem terakhir ini”.[7]

Hasnul Rahmat juga tidak menyertai pembikinan filem ini dan watak Zack dibawa oleh Esma Daniel yang mana beliau menggalas watak Zack yang sudah berusia. Watak Ratu rock Malaysia, Ella dilakonkan oleh Amy Juliet. Mamat Khalid dalam ulasannya mengenai watak Ella menyebut,

“Kita mahu kaitkan industri rock tanah air pada masa lalu turut menampilkan artis rock wanita dan kita mahu penonton mengimbau kenangan lalu bahawa muzik rock turut mempunyai penyanyi rock wanita”.[8]

Selain itu, beberapa nama-nama besar dalam industri musik dan hiburan membuat penampilan khas iaitu Dato' Hattan, Man Kidal, Black Wings, Shuib Sepahtu Jihan Muse dan Kaka. 

Penggambaran[sunting | sunting sumber]

Proses pengambaran dijalankan di sekitar negeri Perak.

Keluaran dan sambutan[sunting | sunting sumber]

Rock Bro ditayangkan pada 27 Oktober 2016.

Shazryn Mohd Faizal, penulis SuaraTV dalam tulisan beliau mengatakan, biarpun tidak ketawa berdekah-dekah tetapi penulis masih mampu tersenyum sepanjang menyaksikan Rock Oo! yang telah mencatatkan kutipan hampir RM4 juta sewaktu tayangannya sambil memuji kebijaksanaan Mamat dalam menghasilkan filem berkenaan. Rock Bro! adalah pengakhiran terindah untuk mengkhatamkan siri filem tersebut agar ia menjadi filem yang akan terus dikenang peminat sekali gus melekat di hati peminat tegar trilogi Rock. Jalinan cerita yang kemas dan pembentangan lakon layar yang divisualkan dengan baik oleh Mamat terus menguatkan Rock Bro! dalam menyampaikan maksud tersurat dan tersirat yang sebenarnya banyak boleh dikupas. Sindiran tajam dan pedas yang seringkali menjadi taruhan Mamat dalam setiap filemnya masih lagi berbisa dalam Rock Bro!. Malah, watak-watak yang ditonjolkan dalam filem ini juga mempunyai simbolisme tersendiri dalam menterjemahkan karakter sebenar mereka yang terlibat secara langsung di dalam industri. Disebabkan itu, Rock Bro! juga ialah penghargaan kepada industri muzik dan hiburan tempatan secara keseluruhannya dan sindiran Mamat untuk filem ini pastinya akan terkena diri mereka yang terlibat itu.[9]

Cinnamon Lion melalui tulisan dalam Cinema Online memberikan 4/5 bintang secara keseluruhan. Dalam ulasanya, Tidak seperti pendahulunya, filem ketiga sedikit lebih kepada bentuk peribadi dan dramatik kerana ia diambil daripada perspektif ketua kumpulan Rimba Bara iaitu Jijo, dan ia juga membentangkan kisah zaman kanak-kanak Jijo yang tidak pernah ditunjukkan dalam kedua-dua filem sebelumnya Tahniah kepada semua pelakon, tetapi perhatian utama filem ini adalah watak Khir Rahmania iatu Jijo yang benar-benar menarik dalam peranannya, menunjukkan sisi yang sama sekali baru untuk wataknya yang menyegarkan dan mengejutkan. Selain daripada Khir Rahman, pelakon baru, Amy Juliet juga memainkan peranan yang baik dalam menggambarkan ratu rock Malaysia Ella. Walaupun dia tidak mempunyai banyak adegan dalam filem itu, penampilannya pasti meninggalkan kesan yang besar kepada penonton. Secara keseluruhan, cerita dalam filem ini agak memuaskan dan ia berjaya dengan baik mengakhiri seluruh trilogi.[10]

Trivia[sunting | sunting sumber]

  • Dalam filem Rock, suara latar Zack menceritakan tempatnya digantikan oleh Lan Lentik daripada kumpulan Malaikat Maut. Untuk tidak merosakkan garis masa asal, dalam van sebelum dan selepas ke majlis perkahwinan Zack, Slash tiada, begitu juga Lan Lentik. Membayangkan waktu itu Slash sedang menjalani hukuman penjara.
  • Fatin Syahirah kali ini tampil sebagai Aishah, anak perempuan Slash dahulunya memegang watak Puteh, teman wanita Slash dalam Rock Oo!. ini filem ketiga lakonannya di bawah arahan Mamat Khalid selepas Rock Oo! dan Rumah Pusaka di Simpang Jalan.
  • Zack dan Slash tidak pernah berjumpa kerana Zack hanya muncul dalam filem Rock, manakala Slash mula tampil dalam Rock Oo!. Mereka saling tidak mengenali, tiada babak yang menunjukkan mereka pernah bersua muka sebelum ataupun selepas Zack keluar rimba bara.
  • Ajak sememangnya seorang pemuzik sama seperti yang dipaparkan dalam filem ini. Kali pertama watak pemuziknya adalah dalam filem Rock kemudiannya dalam Zombie Kampung Pisang sebagai Pian Pe'ot pemain bes Real ABCD.
  • Zul yang insaf dan lari sekejap dari dunia rock selepas membaca majalah At-Taqwas dan menyertai kumpulan agama, secara tidak langsung merujuk kepada gerakan Al-Arqam yang hangat diperkatakan pada waktu itu.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]