Rocket Punch

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Rocket Punch
Rocket Punch Debut Showcase on August 7, 2019.png
Rocket Punch pada bulan Ogos 2019
Latar belakang
Berasal dariSeoul, Korea Selatan
GenreK-pop
Tahun aktif2019–sekarang
Syarikat rakaman
Woollim
Ahli
  • Juri
  • Yeonhee
  • Suyun
  • Yunkyoung
  • Sohee
  • Dahyun

Rocket Punch (로켓펀치) adalah kumpulan gadis dari Korea Selatan yang ditubukan oleh Woollim Entertainment. Kumpulan ini terdiri daripada Juri, Yeonhee, Suyun, Yunkyoung, Sohee dan Dahyun. Kumpulan ini diumumkan pada 22 Julai 2019 dan debut pada 7 Ogos 2019 dengan album mini pertama mereka Pink Punch.[1][2] [3]

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Pra-debut[sunting | sunting sumber]

Juri ialah pelatih generasi ke-12 AKB48 melalui uji bakat pada tahun 2011. Dia diperkenalkan kepada orang ramai melalui AKB48 Team 4 pada bulan Mac 2012. Penampilan televisyen pertamanya di Korea adalah dalam rancangan realiti pada 2018, Produce 48. Suyun dan Sohee diperkenalkan kepada orang ramai sebagai pelatih yang mewakili Woollim Entertainment melalui Produce 48. Pada Mac 2019, Juri disahkan telah menandatangani kontrak dengan Woollim Entertainment untuk meneruskan kerjayanya di Korea dengan memulakan debutnya sebagai ahli kumpulan gadis baru syarikat itu.[4][5] Dua bulan kemudian, Juri secara rasmi lulus dari AKB48.[6] Pada 22 Julai, Woollim Entertainment mengeluarkan motion clip logo Rocket Punch dan terdapat spekulasi bahawa itulah adalah logo kumpulan gadis baru. Woollim Entertainment kemudian mengesahkannya dengan concept film yang dikeluarkan pada 23 Julai.[7] Dengan pengesahan itu, kumpulan enam ahli itu akan menjadi kumpulan kedua Woollim Entertainment selepas Lovelyz pada 2014.

2019: Debut dengan Pink Punch[sunting | sunting sumber]

Album mini Rocket Punch Pink Punch telah dikeluarkan pada 7 Ogos 2019, dengan "Bim Bam Bum" sebagai single utama.[8] Debut showcase telah diadakan di Yes24 Live Hall di Seoul, Korea Selatan, bersama-sama pengeluaran album mini mereka.[9][10]

Diskografi[sunting | sunting sumber]

Album mini[sunting | sunting sumber]

Tajuk Butiran album Kedudukan tertinggi carta Jualan
KOR
[11]
Pink Punch
Daftar lagu
  1. "Pink Punch"
  2. "Bim Bam Bum" (빔밤붐)
  3. "Love is Over"
  4. "Lucid Dream"
  5. "Favorite" (특이점)
  6. "Do Something" (선을 넘어)
6

Single[sunting | sunting sumber]

Tajuk Tahun Kedudukan tertinggi carta Jualan Album
KOR
"Bim Bam Bum" (빔밤붐) 2019 [A] N/A Pink Punch
  1. ^ "Bim Bam Bum" tidak memasuki Carta Single Gaon, tetapi menduduki pada nombor 95 pada Gaon Download Chart.[13]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ https://twitter.com/woollim_ent/status/1153318789699629056
  2. ^ https://www.youtube.com/watch?v=vhJfIfAWdw8
  3. ^ "이정범 기자 - [단독] '쥬리부터 소희까지'…로켓펀치, 8월 7일 전격 데뷔". 2019-07-30.
  4. ^ "[단독] '프로듀스48' 타카하시 쥬리, 韓 걸그룹 데뷔…울림과 전속계약".
  5. ^ "'프듀48' 다카하시 쥬리, 울림엔터와 계약…걸그룹 데뷔 예정 [공식입장]".
  6. ^ "Takahashi Juri Bids Farewell to AKB48 as She Prepares for Korean Debut with Woollim Entertainment".
  7. ^ "울림 새 걸그룹 '로켓펀치', 데뷔 초읽기".
  8. ^ https://n.news.naver.com/entertain/article/215/0000801618
  9. ^ https://n.news.naver.com/entertain/article/016/0001566398
  10. ^ https://n.news.naver.com/entertain/article/421/0004134755
  11. ^ "Gaon Album Chart – Week 32, 2019". Gaon Chart (dalam bahasa Korea). Dicapai pada August 15, 2019.
  12. ^ "2019년 09월 Album Chart" [2019 Monthly Album Chart – September]. Gaon Chart. Dicapai pada October 10, 2019.
  13. ^ "Gaon Download Chart". Gaon. August 15, 2019. Dicapai pada August 15, 2019.