Rocketfuel Entertainment
Swasta | |
Industri | Media dan hiburan |
Ditubuhkan | 26 Oktober 2017 |
Ibu pejabat | Kuala Lumpur, Malaysia |
Tokoh penting | Feros Sayna (Pengarah Rocketfuel Entertainment) [1] |
Perkhidmatan | Label rakaman, penerbitan muzik, pengurusan bakat, kandungan digital, acara langsung |
Induk | Astro Malaysia Holdings |
Pembahagian |
|
Laman sesawang rasmi | www |
Rocketfuel Entertainment Sdn. Bhd. ialah sebuah syarikat media dan hiburan, label rakaman dan pengurusan bakat Malaysia yang merupakan anak syarikat milik penuh Astro Malaysia Holdings. Ditubuhkan pada 2017, Rocketfuel bertanggungjawab memajukan ruang pasaran pemengaruh dengan bakat yang digilap, dijana oleh pendekatan dinamik kepada pengurusan bakat dan kandungan digital.[2][3][4][5]
Operasi[sunting | sunting sumber]
Pembahagian[sunting | sunting sumber]
Operasi Rocketfuel Entertainment terdiri daripada empat pembahagian utama berikut:
- Rocketfuel Talents (pengurusan bakat) – Rocketfuel Talents juga menguruskan beberapa artis popular di Malaysia seperti Zizan Razak, Remy Ishak dan Lisa Surihani. Selain itu, Rocketfuel Entertainment juga menguruskan lebih daripada 400 artis termasuk selebriti ternama, orang yang berpengaruh yang mempunyai latar belakang yang berbeza, serta pelakon ternama dan penyanyi terkemuka juga berada di bawah pengurusan Rocketfuel Entertainment.
- Rocketfuel Records (label rakaman) – Label rakaman bebas dengan artis-artis di bawahnya termasuk Hael Husaini, Syamel, Ernie Zakri, Ara Johari dan ramai lagi. Ia juga mempunyai sub-brand yang bernama Indie Space Station yang fokus kepada independent (bebas) muzik di negara ini.[6]
- Rocketfuel Network (kandungan digital) – Ia terlibat dalam kandungan media digital bersama pencipta kandungan dan IP baharu.
- Rocketfuel Live (acara langsung) – Ia juga menganjurkan acara secara langsung yang berbentuk hiburan atau iklan promosi untuk klien.
Rujukan[sunting | sunting sumber]
- ^ Mya Amri (03 September 2021). Dari Seorang Pengatur Kaset, Feros Sayna Kini Jadi Ketua Rocketfuel Entertainment
- ^ Rocketfuel Entertainment to ignite influencer marketing with stardom Marketing Magazine. 27 Oktober 2017. Dicapai pada 1 November 2017.
- ^ Anushia Kandasivam (30 Oktober 2017). Rocketfuel aims to ignite influencer marketing Digital News Asia. Dicapai pada 1 November 2017.
- ^ Billy Toh (27 Oktober 2017). Astro taps into regional social media content branding, Rocketfuel The Edge Markets. Dicapai pada 1 November 2017.
- ^ Rocketfuel Entertainment bakal cetuskan pemasaran influencer di dunia digital Suria FM. 30 Oktober 2017. Dicapai pada 1 November 2017.
- ^ Fiza Kamarudin (05 Oktober 2021). Rocketfuel Entertainment perkenal 'Indie Space Station' Untuk Semua Artis Indie di Seluruh Negara