Roda Ferris

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Ferris.wheel.arp.750pix.jpg

George W. Ferris, seorang jurubina jambatan dari Pittsburgh, Pennsylvania adalah pencipta Roda Ferris yang terkenal ini. Permainan ini telah diperkenalkan di Pameran Dunia pada tahun 1893. Pameran itu diadakan di Chicago bersempena ulang tahun ke-400 pendaratan Columbus di Amerika.[1]

Pada mulanya, pihak penganjur pameran menghadapi kesukaran untuk memilih rekaan atau ciptaan yang menepati citarasa orang ramai.

Sehinggalah suatu hari, ketika George Ferris menikmati makan malam, timbul inspirasi hebat di mindanya. Tanpa berlengah lagi, beliau melakar draf rekaannya di atas sehelai napkin.

Struktur Roda Ferris ketika itu berdiri daripada bahagian roda yang berdiameter 250 kaki denan 825 kaki lilitan. Roda ini disokong oleh dua buah menara besi dan pasak yang setinggi 45 kaki. Ia merupakan besi tempa yang terbesar pernah dihasilkan ketika itu.

Dua buah enjin dengan 1000 kuasa kuda diperlukan untuk roda ini berfungsi. Terdapat 36 buah kereta kayu yang boleh memuatkan 60 orang bagi setiap pusingan.

Hanya lima puluh sen dikenakan dan permainan ini berjaya mengutip keuntungan sebanyak US$726,805.50 semasa pameran itu berlangsung. Seperti kata pepatah, patah tumbuh, hilang berganti, begitulah yang terjadi kepada Roda Ferris yang pertama. Walaupun Roda Ferris yang asal musnah pada tahun 1906, namun kemunculan Roda Ferris baru membawa kegembiraan kepada taman tema dan karnival di dunia ini.

Rujukan[sunting | sunting sumber]