Roger Garaudy

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

Roger Garaudy (lahir di Marseille, 17 Julai 1913; umur 105 tahun) ialah pengarang yang berasal dari Perancis dan merupakan seorang Penyangkal Holocaust. Selama PD II, Garaudy ditawan sebagai seorang tahanan/tawanan perang di Aljazair. Garaudy ialah seorang ahli komunis yang cuba mendamaikan Marxisme dengan agama Kristian Katolik pada era 1970-an dan kemudian meninggalkan kedua doktrin itu dan memeluk agama Islam pada tahun 1982, dengan nama Ragaa.

Revisionisme[sunting | sunting sumber]

Pada 1998, Mahkamah Pengadilan Perancis mendakwanya kerana bersalah diatas pertuduhan menyangkal Holocaust dan penistaan terhadap sesuatu kaum ataupun rasial seperti yang didakwa oleh bangsa Yahudi, mahkamah menyuruhnya membayar denda sebesar FF 120,000 ($40,000) untuk buku tahun 1995-nya, "Mitos dan Politik Israel". Menyokong pandangan sejarawan revisionis Perancis Robert Faurisson, buku itu menyatakan bahawa selama Holocaust, orang-orang Yahudi tidak pernah dibunuh beramai-ramai dalam kamar gas oleh orang Nazi Jerman sepertimana yang didakwa oleh Yahudi.[1] Dengan segera, buku itu diterjemahkan ke dalam bahasa Arab dan bahasa Parsi dan pengacara Sudan, Faruk M. Abu Eissa, mengumpulkan kumpulan rasmi berjumlah lima orang untuk mendukung kebenaran Garaudy atas kisah penahanannya di Paris. Pemerintah Iran telah membayar beberapa denda yang sebelum ini perlu ditanggung oleh Garaudy.

Garaudy juga dikenali sebagai kawan kepada Abbé Pierre. Pada tahun-tahun penghukuman kawannya, Abbé Pierre sangat menyokong buku nukilan Garaudy dan juga membandingkan Holocaust terhadap "kejahatan perang" Bani Israel kuno.

Karya[sunting | sunting sumber]

Garaudy telah menulis lebih dari 20 buku, termasuk:

  • Apakah Kita Memerlukan Tuhan? (Avons-nous besoin de Dieu?)
  • Dieu est mort
  • The grandeur and decadences of Islam
  • Islam and integrism
  • Call to the living
  • Who do you say that I am?
  • Towards a war of religion
  • Mitos dan Politik Israel
  • Zionis, Sebuah gerakan keagamaan dan politik