Roh nenek moyang
Kepercayaan atau pemujaan roh nenek moyang ialah kepercayaan bahawa mereka yang telah meninggal masih kekal bersama-sama di bumi ini untuk memerhatikan anak-cucu keturunan mereka yang masih hidup. Roh nenek moyang ini perlu dijaga agar mereka gembira dan membantu keturunan mereka ketika ditimpa sesusahan. Roh nenek moyang yang diabaikan akan kembali menimpakan bencana kepada keturunan mereka yang tidak menjaga kebajikan diri roh nenek moyang itu.
Kepercayaan ini terdapat di kalangan orang asli dan pelbagai kumpulan masyarakat mengikut adat dan tradisi masing-masing. Ada juga kepercayaan (misalnya Gereja Roman Katolik) bahawa roh orang baik (para santo) dapat menjadi pengantaraan dengan tuhan.
Pemujaan nenek moyang tidak sama dengan penyembahan terhadap tuhan atau dewa. Sebagai roh yang pernah hidup sebagai manusia, mereka dilihat lebih memahami keperluan manusia berbanding entiti ketuhanan. Dalam budaya lain, tujuan pemujaan nenek moyang bukanlah bagi meminta sesuatu tetapi sebagai tanggungjawab taat ibu bapa kepada orang tua. Sesetengah budaya pula percaya leluhur perlu dihaga dan dijamu (diberi makan dan persembahan) oleh keturunan mereka. Bagaimanapun golongan muda sudah kurang mengamalkan kepercayaan ini.
Kebudayaan Cina
[sunting | sunting sumber]
Penghormatan (敬祖, pinyin: jìngzǔ) dan pemujaan nenek moyang (拜祖, pinyin: bàizǔ) merupakan amalan kaum cina untuk mengenang jasa serta mengiktiraf peranan nenek moyang yang telah meninggal dunia. Ia dianggap bentuk penghormatan paling tinggi kepada roh keluarga. Akar budaya ini lahir daripada keyakinan bahawa tubuh badan seseorang berasal daripada ibu bapa, dan mereka juga yang memastikan anak membesar sehingga mampu berdiri sendiri. Maka, membalas jasa itu bukan hanya ketika hidup, tetapi juga selepas mereka meninggal. Dalam Dinasti Zhou (1045–256), wujud satu peranan khas dipanggil shi (尸; "perantara roh"). Semasa upacara shi, dipercayai roh nenek moyang masuk ke dalam tubuh peniru ini untuk menikmati hidangan korban serta menyampaikan mesej kepada keluarga. Biasanya mesej roh itu disahkan melalui ramalan poe, contohnya untuk mengetahui sama ada nenek moyang merestui sesuatu permintaan keluarga.
Persembahan
[sunting | sunting sumber]Dalam tradisi Cina, persembahan dibuat di altar sebagai makanan dan bekalan untuk roh si mati. Ia dilihat sebagai cara berhubung dengan Konsep dunia roh dalam budaya Cina. Antara amalan lazim ialah menziarahi kubur, menyediakan atau membeli barang persembahan semasa Musim Bunga, Musim Luruh dan Perayaan Hantu. Disebabkan kelaparan serta kemiskinan yang melanda China pada abad ke-19 hingga awal abad ke-20, daging dan ayam ketika itu amat sukar diperoleh. Maka kini di sesetengah negara Asia, hidangan besar dan mewah tetap disediakan sebagai lambang penghormatan kepada roh nenek moyang. Namun dalam ritual Taoisme dan Buddha, hanya makanan berasaskan sayur dianggap sesuai. Untuk roh yang dipercayai berada di neraka atau alam selepas mati, keluarga menyediakan persembahan simbolik berbentuk kertas seperti pembantu rumah, peti sejuk, rumah, kereta, wang kertas dan kasut. Semua ini dibakar agar roh menerima kegunaan barang tersebut di alam lain. Pada zaman awal, barangan sebenar ditanam bersama si mati. Lama-kelamaan, ia diganti dengan model tanah liat bersaiz penuh, kemudian model mini, dan akhirnya berkembang menjadi tradisi persembahan kertas yang diamalkan hingga kini (termasuk ‘pembantu rumah’ kertas).
Dalam Orang Tamil
[sunting | sunting sumber]Dalam budaya Tamil, pemujaan nenek moyang dianggap sangat penting, seperti yang dapat diketahui melalui Thirukkural.<ref>தென்புலத்தார் தெய்வம் விருந்தொக்கல் தானென்றுங்
Hari Aadi Amavasai dianggap sebagai hari yang terbaik untuk melaksanakan tanggungjawab terhadap nenek moyang yang telah meninggal dunia. Selain itu, hari Mahalaya Amavasai juga merupakan hari yang dikhaskan untuk pemujaan nenek moyang.
Lihat juga
[sunting | sunting sumber]| Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Pemujaan nenek moyang |