Rohana Jalil

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Rohana Jalil
Nama lahirDara binti Abdul Jalil
Kelahiran (1958-02-18) 18 Februari 1958 (umur 61)
Kota Tinggi, Johor, Malaysia
GenrePop
PekerjaanPenyanyi
InstrumenVokal
Tahun aktif1970-an - 2000-an
Syarikat rakaman
  • IMI
  • NSR Records
  • Life Records Ltd.
  • Ab Rekod
  • Metro Muzik

Dara binti Abdul Jalil, lebih dikenali sebagai Rohana Jalil, merupakan seorang penyanyi yang berasal dari Kota Tinggi, Johor, Malaysia. Beliau juga merupakan pemenang bagi pertandingan Bintang RTM pada 13 Januari 1980 yang telah diadakan di Auditorium Besar, Angkasapuri.[1]

Kehidupan awal dan karier[sunting | sunting sumber]

Beliau pernah menghiburkan orang ramai di majlis perkahwinan dan keramaian sebelum menyertai pertandingan tersebut. Selain itu, dia juga pernah bekerja di kelab untuk menyara keluarga. Beliau juga pernah menyertai pertandingan itu di Johor Bahru sebanyak dua kali, namun kedua-duanya gagal. Pada tahun 1979, beliau telah membuat keputusan untuk berhijrah ke Kuala Lumpur untuk mencuba nasib sekali lagi. Beliau juga tidak menyangka untuk memenangi pertandingan tersebut kerana percubaannya sebelum ini menemui kegagalan.[2] Pada ketika itu, peserta solo terdiri daripada lapan orang manakala peserta berkumpulan terdiri daripada empat buah kumpulan. Beliau telah menerima piala pusingan beserta wang tunai sebanyak $2000 daripada Menteri Penerangan, Dato' Mohamed Rahmat. Beliau juga telah menyatakan hasratnya kepada para pemberita untuk menjadi penyanyi yang terkenal berstatus antarabangsa.[1]

Diskografi[sunting | sunting sumber]

Album studio[sunting | sunting sumber]

  • Gembira Di-Hari Raya (1979)
  • Di Suatu Ketika (1982)
  • Masih Dalam Ingatan (1987)
  • Rayuan Ku (1988)
  • Resah Ku (1989)
  • Kerana Dia Kita Terpisah (1990)
  • Faez (1991)
  • Jangan Main Mata (1993)
  • Jelingan Mata/Lembaran Baru (1995)
  • Musafir Lalu (1998)
  • Teman Semasa Berada (2010)

Album pelbagai[sunting | sunting sumber]

  • Setia Bersama
  • Mencipta Lagu Kuala Lumpur (1984)
  • Irama Ria Hari Raya (1988)
  • Juara Lagu Patriotik 1989 (1989)
  • The Greatest Hits: Rohana Jalil & Noorshila Amin (2002)

Album kompilasi[sunting | sunting sumber]

  • Pilihan Terbaik (1990)
  • Koleksi Klasik Original (1999)
  • Taat (2004)
  • Memori Hitz (2011)

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b "Rohana Jalil Berjaya Menjadi Juara Bintang RTM 1980". 21 Jun 2011. Dicapai 8 Disember 2012. 
  2. ^ Akmaliah Razak (10 Jun 2012). "Rohana Jalil belum mengalah". Sinar Harian. Dicapai 8 Disember 2012. 
Didahului oleh
Jamal Abdillah
(1979)
Juara Bintang RTM
1980
Diikuti oleh:
Juliza Adzlizan (1983)