Rojak kateh

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Rojak Kateh

Rojak kateh merupakan sejenis makanan traditional yang terkenal di Terengganu dan Kelantan. Ia merupakan urat keting lembu/kerbau yang direbus selama beberapa jam. Rebusan ini akan menyingkirkan semua lemak yang akan timbul dibahagian atas, meninggalkan bahagian urat yang bebas lemak sepenuhnya.

Urat ini kemudiannya akan diambil dan dipotong kepada bahagian- bahagian kecil sebelum dimasak bersama air cuka berlada. Pada kebiasaannya, ia lebih banyak dibuat pada Hari Raya Aidiladha kerana mudah mendapat kaki dari lembu korban.

Pasaran[sunting | sunting sumber]

Tidak ada rekod yang menunjukkan rojak kateh pernah dikomersilkan secara tetap. Kebiasaanya, ia dibuat secara kecil-kecilan di rumah, apabila terdapat lebihan tulang. Bagaimanapun, terdapat sesetengah kedai makan menjualnya didalam paket plastik kecil, dengan harga anggaran RM1 dan RM2 setiap bungkusan. Memandangkan urat keting agak susah didapati, maka makanan ini jarang dihasilkan secara tetap.


Selain itu, rojak kateh juga boleh didapati di pasar pagi di Terengganu seperti Pasar Manir dan Pasar Besar Kedai Payang.

Rasa[sunting | sunting sumber]

Tekstur dan rasanya boleh digambarkan sebagai 'agak kenyal dan jeli, dengan rasa masam dan pedas dari sos rebusan. Berbau cuka'.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]