Pergi ke kandungan

Rokiah Jaafar

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Rokiah Jaafar
Kelahiran
Rokiah binti Ahmad

1928
Meninggal dunia27 Julai 2020(2020-07-27) (umur 91–92)
PekerjaanPelakon
Tahun aktif1948–1967
Pasangan
  • Ahmad Jaafar
  • Jaafar Abdullah
Anak-anakA. Galak

Rokiah binti Ahmad (1928 – 27 Julai 2020) yang dikenali sebagai Rokiah Jaafar merupakan seorang pelakon filem Melayu hitam-putih.

Beliau dilahirkan di Gemas, Negeri Sembilan pada tahun 1928. Pada usia 14 tahun, beliau berkahwin dengan Ahmad Jaafar dan telah dikurniakan seorang anak lelaki yang dinamakan Zakaria Ahmad, yang kemudiannya terkenal sebagai A. Galak.

Rokiah mula berlakon sebagai tambahan dalam filem Chinta pada tahun 1948. Kemudian memegang watak utama dalam filem Berdosa. Puncak kariernya adalah sebagai heroin dalam filem Antara Senyum dan Tangis, Penghidupan dan Putus Harapan, kedua2 disamping P. Ramlee. Selepas bercerai dengan suami pertama, beliau telah berkahwin dengan Jaafar Abdullah, seorang pegawai Shaw Brothers. Maka nama glamournya ditukar menjadi Rokiah Jaafar. Selepas filem Arjuna pada tahun 1954, beliau tidak banyak berlakon. Antara filem terakhir Rokiah adalah Kacha Permata pada tahun 1966 dan Lampong Karam pada 1967.

Pada tahun 1967, beliau bercerai dengan Jaafar Abdullah dan terus berhijrah ke Sweden untuk bekerja di sebuah hospital. Di sanalah beliau bertemu dengan seorang pemuda Sweden dan telah mendirikan rumahtangga. Suami ketiganya itu berusia 20 tahun lebih muda dari Rokiah. Selepas beberapa lama menetap di Sweden; Rokiah dan suaminya kembali di Malaysia dan menetap di Gemas. Hingga saat itu, Rokiah Jaafar boleh dianggap sebagai pelakon paling senior yang masih hidup. Tetapi beliau jarang sekali muncul di mana-mana majlis yang melibatkan kehadiran karyawan filem.

Beliau meninggal dunia pada tahun 2020.

Filemografi

[sunting | sunting sumber]

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]