Rokok tak sah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Perdagangan rokok tak sah ditakrifkan sebagai “pengeluaran, import, pembelian, jualan atau pemilikan hasil tembakau yang gagal mematuhi perundangan” (FATF 2012).[1]Aktiviti perdagangan rokok tak sah, terbahagi kepada 3 kategori:

  1. Kontraban: rokok yang diseludup dari luar negara tanpa duti domestik berbayar.
  2. Palsu: rokok yang dikilangkan tanpa pengesahan pemilik yang sah, bertujuan untuk menipu pengguna.
  3. Rokok seludup putih: jenama yang dikilangkan secara sah di sesebuah negara, tetapi diseludup dan dijual kepada yang lain tanpa duti berbayar.

Pemacu Perdagangan Tak Sah[sunting | sunting sumber]

Perdagangan tembakau tak sah dipacu oleh bekalan dan permintaan. Ini adalah kerana pengguna ingin menjimatkan wang dengan mengelakkan diri daripada cukai ke atas tembakau; dan pembekal mengambil kesempatan terhadap akses mudah di sempadan, margin keuntungan yang tinggi dan kelemahan tindakan jika ditangkap. Rokok tak sah berharga lebih murah berbanding rokok sah dan tidak menjalani peraturan yang ketat dalam bentuk amaran kesihatan, pemeriksaan produk atau pengesahan umur. Kajian mendapati bahawa peningkatan cukai tembakau tidak menghalang pengguna daripada merokok, malah, pengguna akan mendapatkan jenama yang lebih murah dan rokok tak sah.[2] Kos pengeluaran yang rendah dan permintaan yang tinggi menjadikan rokok tak sah antara salah satu barangan yang paling banyak diseludup di dunia (Allen 2011).[3]Di London sahaja, 85% rokok yang diseludup adalah rokok palsu, sementara UK Border Agency pula menganggarkan lebih kurang 1 juta rokok palsu dirampas setiap hari (ICC 2007).[4] Begitu juga di Afrika Selatan yang melaporkan bahawa insiden rokok tak sah telah meningkat dua kali ganda sejak 3 tahun lalu, dengan jumlah sebanyak 25% daripada jumlah pasaran keseluruhan pada 2012.[3] Toleransi dan penerimaan awam terhadap rokok tak sah sebagai perkara biasa juga antara faktor yang menyumbangkan sikap pembelian berterusan di kalangan pengguna, ini adalah kerana mereka yakin rokok sah dikenakan cukai yang tinggi dan terlalu mahal.

Rokok tak sah terus mendominasi di Malaysia, di mana sebanyak 34.5% daripada semua rokok (ITIC 2013). [5] Dianggarkan sebanyak 7.9 bilion batang rokok yang telah dijual adalah rokok tak sah. Perdagangan tak sah terus meluas di Malaysia kerana garis pantainya yang panjang, ia memudahkan penghantaran barangan dibuat dari negara jiran seperti kretek dari Indonesia, kemudian masuk ke negeri-negeri Malaysia Timur iaitu Sabah dan Sarawak (Rejab and Zain 2006).[6] Penyeludup juga telah menjadi lebih cekap dalam pemunggahan, penyimpanan dan pengedaran rokok seludup dengan pantas ke kawasan perkampungan dan pada masa yang sama mampu mengelak daripada pihak Kastam. Di Lahad Datu (Sabah), warga tempatan telah menjadi sebahagian daripada permasalahan ini, mereka kerap membeli rokok tak sah daripada pendatang tanpa izin dari Filipina dan Indonesia yang menjual barangan ini secara terbuka di pasar lambak yang sarat dengan barangan tak sah yang diseludup (New Straits Times 2013).[7] Kelonggaran penguatkuasaan undang-undang cukai juga telah memudahkan merebaknya perdagangan tak sah dan barangan diseludup di kawasan ini, kerana hasil jualan barangan tak sah ini bertanggungjawab untuk meneruskan kehidupan pendatang tanpa izin ini. Gaji yang rendah kepada anggota unit penguatkuasaan undang-undang juga dibangkitkan sebagai satu faktor yang menyumbang kepada kurangnya rampasan rokok seludup. (Rejab and Zain 2006) penyeludup rokok dimaklumkan oleh Orang Dalam di dalam penguatkuasaan undang-undang sebelum serbuan dilakukan, ia memberikan banyak masa kepada penyeludup ini untuk menyembunyikan penghantaran rokok tak sah. Dengan kurang dari 2% daripada semua kontena penghantaran diperiksa selepas ketibaan di pelabuhan (disebabkan oleh kontena yang banyak), dan penalti yang rendah untuk penyeludupan tak sah, isu ini akan kekal tersebar luas di Malaysia (dan lain-lain negara dengan kawalan sempadan yang lemah) keranan penyeludupan rokok tak sah sentiasa dilihat sebagai aktiviti yang menguntungkan dan rendah risiko.

Pelaksanaan Plain Packaging Act of tobacco products in 2012 di Australia telah mencetuskan perbahasan ke atas keberkesanan dalam mengurangkan insiden merokok di kalangan remaja. Sementara sesetengah kajian pula memutuskan bahawa pembungkusan rokok putih hanya akan menjadikan rokok kurang menarik perhatian remaja. American Legislative Exchange Council (mewakili syarikat-syarikat tembakau) kini sedang berkempen terhadap jualan rokok putih – memetik kurangnya bukti.[8] Organisasi-organisasi tembakau pula mengatakan pembungkusan putih akan memudahkan kemudahan pengilang rokok tak sah untuk meniru produk asli - mengakibatkan lebih banyak insiden perdagangan tak sah. Buat masa ini, tiada negara lain yang telah melaksanakan pembungkusan putih, namun masa akan menentukan sama ada perubahan ini akan memberikan kesan positif atau negatif dalam mengurangkan amalan merokok di kalangan remaja dan orang dewasa.[9]

Kaitan dengan Jenayah Terancang[sunting | sunting sumber]

Pelbagai laporan,[10][1][11] telah memberikan kaitan di antara perdagangan tembakau tak sah dan kumpulan-kumpulan jenayah terancang, yang tertarik dengan permintaan tinggi daripada pengguna, potensi keuntungan besar dan potensi penalti yang rendah. Di Malaysia, kesalahan pertama adalah denda RM10,000 dan 3 tahun penjara; dengan denda RM200,000 dan 6 tahun penjara untuk kesalahan berikutnya. Sindiket jenayah terancang mendapat banyak jangkauan menerusi pelbagai saluran pengedaran dalam bentuk peruncit kecil dan penjaja tepi jalan. Sementara peruncit boleh didakwa di mahkamah jika didapati memiliki rokok tak sah, adalah diandaikan bahawa sindiket jenayah ini membiayai segala denda agar hubungan bersama peruncit terpelihara dan mengekalkan rangkaian pengedaran mereka. Di sebalik saluran pengedaran tradisional ini, Organisasi Kastam Dunia (2012) menekankan bahawa penjualan semula produk tembakau di Internet kini sedang bergerak aktif – ia memberikan lebih jangkauan, lebih sulit dan kurang risiko untuk ditangkap. Pada 2012, polis Perancis telah mengganggu trend ini melalui pemadamam nama-nama utama daripada laman web perdagangan online yang menjual produk tembakau (WCO 2012).

Bukti menunjukkan bahawa operasi penyeludupan tembakau telah dikaitkan dengan organisasi-organisasi pengganas seperti Hamas dan Hezbollah, yang menggunakan hasil keuntungan ini untuk membiayai kegiatan pengganas di seluruh dunia[12][13] sejak 1980-an. Laporan WCO Illicit Trade Report 2012 menekankan perdagangan rokok tak sah memberikan peluang yang baik kepada kumpulan-kumpulan jenayah terancang dan/atau pengganas untuk menjana hasil keuntungan jenayah yang amat menguntungkan. Billingslea (2004) [14] telah menulis, kumpulan-kumpulan pengganas bekerjasama dengan kumpulan-kumpulan jenayah terancang dan juga organisasi-organisasi pengedaran dadah antarabangsa disebabkan oleh “laluan penyeludupan yang telah dikenali dan hubungan perniagaan untuk pertukaran komoditi bagi tujuan keuntungan”. Beliau menambah, ahli-ahli Hezbollah dan Hamas yang dikenali dan suspek telah mewujudkan syarikat dan perniagaan sah dalam perdagangan rokok di Amerika Sentral dan Selatan. IRA (Irish Republican Army) merupakan salah satu kumpulan terawal yang mula menggunakan rokok untuk membiayai aktiviti mereka. Polis menganggarkan bahawa IRA telah menjana $100 juta sejak 5 tahun lalu melalui penyeludupan rokok tak sah.

Begitu juga di Hong Kong, polis telah memberkas 1,200 individu daripada pelbagai kumpulan yang terlibat dengan penyeludupan dadah, pemilikan haram senjata api dan rokok kontraban. Operasi Thunderbolt, yang bertumpukan terhadap kongsi gelap di Hong Kong dan kawasan serantau, telah berjaya memasuki pelbagai cawangan rangkaian oeprasi kumpulan tersebut.

The World Customs Organisation (2013) menyatakan bahawa rampasan rokok tak sah telah meningkat secara global, jumlah laluan dan saluran penyeludupan juga telah dipelbagaikan secara berterusan. Di Ireland, empat orang lelaki telah ditangkap baru-baru ini yang telah memindahkan 9 juta rokok dengan nilai runcit sebanyak €4.3 juta, yang telah tiba melalui laluan laut dari Malaysia. Polis mempercayai bahawa penghantaran ini telah dihantar untuk kumpulan-kumpulan penyeludupan terbesar Ireland, yang juga terlibat dalam rompakan bersenjata dan kecurian. Di United Kingdom, penyeludupan rokok telah menjadi amat menguntungkan dan sindiket penyeludupan telah merasuah ramai gadis muda untuk menyeludup rokok dengan percutian musim panas secara percuma sebagai habuannya. Pegawai sempadan UK telah mendedahkan bahawa hampir 50 juta rokok telah dirampas setiap bulan daripada gadis semuda 15 tahun, yang telah dihadiahkan penerbangan ke Sepanyol, tempat tinggal dan wang saku. Penyeludupan rokok kini telah menjadi salah satu bentuk jenayah terancang yang sedang meningkat dengan pantas di Eropah[15] . Ia juga bertanggungjawab untuk membiayai operasi yang lebih besar seperti penyeludupan dadah atau penyeludupan manusia. Amerika Selatan juga mengalami masalah yang sama dengan penyeludupan rokok, polis telah melaporkan bahawa penjualan rokok tak sah adalah lebih besar berbanding dadah di Amerika Selatan.[16]

Bahana Perdagangan Tak Sah[sunting | sunting sumber]

Skala global perdagangan rokok tak sah telah mencapai tahap yang tertinggi dan banyak kerajaan telah menganggarkan mengalami kerugian sebanyak USD50 bilion [17] dalam hasil pendapatan kerajaan global pada setiap tahun. Laporan Euromonitor (2011) menganggarkan terdapat sebanyak 360 bilion rokok yang dihisap setiap tahun (tidak termasuk China), dengan jumlah sebanyak 10% daripada pasaran global. Euromonitor (2013) melaporkan jualan rokok di pasaran gelap telah meningkat buat kali ke-enam berturut-turut, walaupun penggunaan rokok di EU telah menurun sebanyak 5.7% pada tahun 2012 – mengakibatkan kerugian lebih 12 bilion Euro dalam hasil cukai. Perdagangan rokok tak sah bukan sahaja melumpuhkan kerajaan daripada hasil utama pendapatan cukai, tetapi juga mencipta ketidakseimbangan dalam pasaran kepada pemain industri yang sah yang beroperasi dalam pengawalan yang ketat. Di Asia Pasifik (dan secara globalnya) Malaysia berada di tahap negara yang mempunyai perkongsian rokok tak sah tertinggi di dalam jumlah pasaran (45%), diikuti oleh Hong Kong (35%), dan Pakistan (26.7%) di rantau Asia.[18] Walaupun rokok tak sah telah dikaitkan dengan golongan berpendapatan rendah, harganya yang murah dan akses mudah untuk memilikinya telah menjadikannya digemari oleh perokok secara am disebabkan oleh peningkatan cukai tembakau dan mudah dibeli oleh golongan remaja – yang mempunyai pendapatan boleh guna yang lebih rendah. Brunei telah menunjukkan kes yang unik secara global, di mana sebanyak 89.8%, atau 315.2 juta rokok yang dihisap adalah tak sah (ITIC 2013). Selepas kerajaan mengenakan aplikasi duti eksais sebanyak 339% pada tahun 2010, harga rokok telah melonjak naik sebanyak $6.1 setiap kotak, antara yang tertinggi di Asia Pasifik selepas Singapura dan Australia. Ini menyebabkan pengunduran firma-firma utama tembakau antarabangsa dan kerugian cukai sebanyak $63 juta disebabkan oleh keuntungan pasaran tak sah.

Tobacco Atlas (2013) dianggarkan jika perdagangan tak sah dihapuskan, $31.3 bilion dalam hasil pendapatan cukai akan bertambah dan 164,000 kematian pramatang dapat dielakkan pada setiap tahun disebabkan oleh purata harga rokok yang tinggi. The WCO Illicit Trade Report 2012 mengesyorkan untuk meletakkan kepentingan yang lebih baik ke atas pengumpulan dan perkongsian maklumat pada tahap nasional dan antarabangsa untuk membangunkan strategi bagi menangani ancaman ini.

Kesan Terhadap Masyarakat Disebabkan Perdagangan Tak Sah[sunting | sunting sumber]

Remaja Merokok[sunting | sunting sumber]

Gejala perdagangan tak sah juga telah melewati ukuran kewangan dengan akibat seperti menggalakkan remaja merokok dan meningkatkan risiko kesihatan untuk pengguna kerana rokok tak sah tidak mempunyai pemeriksaan produk dan kandungan. Walaupun terdapat usaha daripada industri dan kerajaan untuk melaksanakan pemeriksaan Kad Pengenalan untuk jualan rokok dilaksanakan, kepentingan perdagangan rokok tak sah memudahkan remaja untuk mampu membeli rokok;[19] dengan harganya yang lebih murah dari harga pasaran dan provisi saluran mudah untuk pembelian dalam bentuk penjaja kecil dan secara online. Laman internet telah menjadi saluran teras untuk pengedaran kerana ia membolehkan penjualan dan penghantaran kuantiti rokok yang kecil tidak dapat dikesan oleh Pegawai Kastam.[3] Pelbagai kajian [20][3] juga telah menggariskan wujudnya hubungan langsung antara terdapatnya rokok tak sah yang murah dan ketinggian kadar merokok di kalangan remaja. Di Kanada, rokok tak sah digunakan sebanyak 17.5% daripada semua rokok yang dihisap oleh remaja (Callaghan et al. 2009), dan tersebar luas di Toronto dan Quebec, di mana 22% pelajar menengah warga Kanada kerap menghisap rokok tak sah (Callaghan et al. 2009).[21] Kajian tersebut juga menambah bahawa rokok tak sah bertanggungjawab untuk memberikan alternatif yang boleh diakses untuk berhenti merokok,[22] dan untuk remaja khususnya, menggalakkan inisiatif dan kelangsungan merokok untuk jangka panjang.[21]

Bahan Tambahan Merbahaya[sunting | sunting sumber]

ICC (International Chamber of Commerce) memberikan amaran bahawa rokok tiruan telah didapati mempunyai kandungan yang kotor (seperti najis manusia, serangga mati dan kulat), dan juga dos tinggi barangan yang membahayakan banyak didapati di dalam rokok tak sah. Rokok tak sah yang telah dirampas di Kanada dan United Kingdom telah didapati mengandungi lima kali lebih cadmium, enam kali lebih plumbum, 160% tar dan 133% lebih karbon dioksida. [4] Pengguna digesa supaya berhati-hati dan mengelakkan kecenderungan untuk menjimatkan wang dengan membeli rokok tak sah kerana ia mempunyai risiko kesihatan yang sangat besar berbanding rokok sah.

Mengenal Pasti Rokok Tak Sah[sunting | sunting sumber]

Berikut adalah petunjuk biasa kotak rokok tak sah:

• Tiada amaran kesihatan bergambar • Butiran tidak kemas pada kotak (cetakan, kesalahan ejaan, penulisan huruf yang tidak konsisten) • Kotak tanpa cop cukai domestik dan tanda sekuriti • Kotak tanpa cop cukai bukan domestik • Pengimport atau pengilang yang tidak tersenarai • Jenama yang tidak berdaftar • Saiz kotak dengan kurang dari 20 batang rokok • Rasa yang pelik • Harga yang murah (bawah purata pasaran)

Perdagangan Tak Sah di Serata Dunia[sunting | sunting sumber]

Australia (2/10/2013): Austalia telah mengalami kerugian sebanyak $1.1 bilion disebabkan oleh rokok tak sah pada tahun 2012. Percubaan negara tersebut untuk tidak menggalakkan merokok melalui cukai yang tinggi telah melonjakkan industri rokok tak sah.

Chicago, USA (28/02/2013): Peningkatan rampasan rokok tak sah kerana cukai rokok naik sehingga $1 setiap kotak.

Hong Kong (15/08/2013): Pegawai kastam telah merampas sebanyak 1.3 juta rokok tak sah (jumlah nilai pasaran sebanyak $3.3 juta dan potensi duti sebanyak $2.2 juta) dalam pemanas air elektrik di dalam bangunan industri.

Hong Kong (28/08/2012): Polis Hong Kong telah menangkap 1,200 suspek yang didakwa atas kesalahan pengedaran dadah, pemilikan haram senjata api dan rokok kontraban.

Ireland (17/09/2013): 9 juta rokok dengan nilai anggaran runcit sebanyak 4.3 juta Euro telah dirampas apabila 4 orang lelaki telah ditangkap sedang memindahkan penghantaran yang tiba di Dublin Port, dari Malaysia. Polis mempercayai bahawa rokok tersebut dihantar untuk salah satu kumpulan penyeludup terbesar di negara Ireland, yang juga terlibat dalam rompakan bersenjata dan kecurian.

Madrid (21/06/2013): 16,500 kg (bernilai 2 juta Euro) tembakau kasar telah dirampas di sebuah kilang rokok tak sah yang berlokasi di bangunan terbiar dalam taman industri.

Malaysia (24/10/2013): Jualan rokok adalah aliran tunai paling mudah diperoleh berbanding menyeludup barangan lain yang lebih berisiko daripada segi hukuman jika tertangkap.

Malaysia (19/03/2013): Warga tempatan di Lahad Datu membantu meningkatkan permintaan barangan tak sah melalui kekerapan pembelian rokok tak sah daripada pendatang tanpa izin di pasar lambak yang menjual pelbagai barangan tak sah secara terbuka.

New York, USA (17/05/2013): 16 orang lelaki warga Palestin telah ditangkap dalam satu skim yang mungkin akan mengaut hasil pendapatan sebanyak $55 juta daripada menjual rokok tak sah.

Ukraine (19/07/2012): Terowong penyeludupan Ukraine telah menyumbang kepada penyeludupan manusia dan rokok tak sah di Slovakia.

United Kingdom (23/08/2013): Penangkapan tembakau dan rokok tak sah dengan nilai runcit sebanyak £415,000 yang telah dirampas daripada 10 unit penyimpanan di Derby.

Anti Perdagangan Tak Sah[sunting | sunting sumber]

World Health Organisation (WHO): Protokol untuk Menghapuskan Perdagangan Tak Sah dalam Produk Tembakau. Ini merupakan perjanjian multilateral yang bermatlamat untuk menentang perdagangan tak sah dalam produk-produk tembakau melalui pengawalan rantaian bekalan dan kerjasama antarabangsa. Pihak yang terlibat menyerlahkan sistem pencarian dan pengesanan untuk mengurangkan dengan matlamat untuk menghapuskan, perdagangan tak sah. Protokol ini telah ditandatangani oleh wakil-wakil dari semua 6 rantau WHO.

http://www.who.int/mediacentre/news/releases/2013/fctc_20130110/en/

Get Some Answers (United Kingdom): Laman web ini dibuat oleh The North England Tackling Illicit Tobacco for Better Health Programme, bermatlamat untuk memberitahu dan meningkatkan kesedaran berkenaan tembakau tak sah, kesan dan akibatnya. Laman web ini menyediakan forum untuk perbincangan, pautan ke Crime Stoppers untuk berkongsi maklumat dan pautan kepada National Health Service (NHS) untuk individu yang ingin berhenti merokok.

http://get-some-answers.co.uk/home.aspx

Retailers Against Smuggling (Ireland): Badan ini telah dibentuk pada tahun 2009 oleh peruncit Ireland untuk menentang perdagangan tembakau tak sah melalui peningkatan kesedaran berkenaan kesan tembakau tak sah terhadap peruncit, berhubung dengan pihak berkuasa undang-undang relevan dan kempen untuk perubahan legislatif dan sumber penguatkuasaan undang-undang tambahan.

http://www.retailersagainstsmuggling.ie/

Contraband Enforcement Strategy (Kanada): The Royal Canadian Police bermatlamat untuk mengurangkan kewujudan dan penurunan permintaan terhadap rokok kontraban melalui kerjasama bersama remaja untuk mengelakkan penglibatan dalam jenayah sebagai penjenayah atau mangsa. Laporan yang telah diterbitkan ini mengutamakan untuk mengurangkan ancaman aktiviti pengganas penjenayah di Canada melalui mengemukakan aktiviti kontraban secara efektif, menggangu perjalanan kumpulan jenayah terancang dan memantapkan perjumpaan dan perkongsian yang bijak.

http://www.rcmp-grc.gc.ca/pubs/tobac-tabac/tobacco-tabac-strat-2008-eng.htm

Rokok Tak Sah (Malaysia): Dilancarkan oleh Kastam Diraja Malaysia, kempen ini bermatlamat untuk mendidik peruncit dan orang awam berkenaan dengan penalti pembelian dan penjualan rokok tak sah. Iklan brosur dan surat khabar telah diguna pakai untuk meningkatkan kesedaran bagaimana untuk mengenal pasti rokok tak sah. Pegawai kastam juga meningkatkan usaha penguatkuasaan untuk merampas rokok tak sah dan mendenda peruncit yang memudahkan penjualan kepada orang awam.

http://www.customs.gov.my/

Don’t Get Burnt (Singapura): Kempen oleh Singapore Customs untuk memberikan amaran terhadap orang awam tentang bahaya dan penalti yang tegas untuk penglibatan aktiviti perdagangan rokok tak sah. Kempen ini menggalakkan warganegara untuk melaporkan kegiatan aktiviti tak sah dan mendidik orang awam berkenaan mengenal pasti rokok tak sah melalui: rangkaian radio, televisyen kabel, iklan luar dan pencetakan, roadshow dan penglibatan komuniti. Usaha ini telah menunjukkan penurunan sebanyak 30.4% penangkapan pembeli rokok tak sah.

http://www.customs.gov.sg/insync/Issue10/spreadingthemessage.html

Hong Kong United Against Illicit Tobacco (2013): Pergerakan ini bermatlamat untuk menggabungkan pembangkang terhadap perdagangan tak sah, mendidik orang awam untuk mengangkat isu ini ke senarai keutamaan kerajaan dan memberikan idea bahawa tembakau tak sah hanya memberikan manfaat kepada penjenayah sahaja.

http://www.stopit.hk/?page_id=2&lang=en

Stop Illegal Cigarettes (Afrika Selatan): kempen ini yang disokong oleh Tobacco Institute of Southern Africa, terdiri daripada industri tembakau yang bekerjasama untuk menangkap perdagangan rokok tak sah di kalangan peruncit dan meningkatkan kesedaran pengguna.

http://www.stopillegalcigarettes.co.za/campaign

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b Financial Action Task Force (2012) ‘Illicit Tobacco Trade’. FATF Report, 1-78
  2. ^ Robinson, D. (2013) ‘Smokers turning more to illicit tobacco’. The Financial Times [online] available from <http://www.ft.com/cms/s/0/578983ee-a776-11e2-9fbe-00144feabdc0.html#axzz2fVzCAL3E>
  3. ^ a b c d Allen, E. (2011) ‘The Illicit Trade in Tobacco Products and How to Tackle it’. World Customs Journal, 6(2), 121-130
  4. ^ a b International Chamber of Commerce (2007) ‘Counterfeit cigarettes contain disturbing toxic substances’. International Chamber of Commerce [online] available from <http://www.iccwbo.org/News/Articles/2007/Counterfeit-cigarettes-contain-disturbing-toxic-substances/>
  5. ^ Internatioinal Tax and Investment Center and Oxford Economics (2013) 'Asia-11 Illicit Tobacco Indicator 2012'. International Tax and Investment Center and Oxford Economics, 1-132
  6. ^ Rejab, I. and Zain, Z. (2006) 'Modus Operandi of Cigarette Smuggling'. South East Asia Tobacco Control Alliance, 1-44
  7. ^ New Straits Times (2013) 'Lahad Datu: Locals a part of the problem'. New Straits Times available from <http://www.nst.com.my/nation/general/font-color-red-lahad-datu-font-locals-a-part-of-the-problem-1.237560>
  8. ^ Doward, J. (2012) ‘US free market group tries to halt sales of cigarettes in plain packets in UK’. The Guardian [online] available from <http://www.theguardian.com/society/2012/jul/15/cigarettes-plain-packets-alec-koch-brothers>
  9. ^ Hawkins, R. (2013) ‘Tobacco firm argued against plain packaging in meeting with UK government’. BBC [online] available from <http://www.bbc.co.uk/news/uk-politics-23331665>
  10. ^ Bilby, E. (2013) ‘Europe’s illegal cigarette trade grows again-report’. Reuters, available from <http://uk.reuters.com/article/2013/04/17/uk-eu-tobacco-idUKBRE93G0Q020130417 Diarkibkan 2013-09-25 di Wayback Machine>
  11. ^ World Customs Organization (2012) 'Illicit Trade Report 2012'. World Customs Organization available from <http://www.cites.org/fb/2013/wco_illicit_trade_report_2012.pdf>
  12. ^ Alderman, J. (2012) ‘Strategies to Combat Illicit Tobacco Trade’. Tobacco Control Law Consortium
  13. ^ Brady, B. (2013) ‘NY cigarette-smuggling ring may have terror link’. CNN [online] available from <http://edition.cnn.com/2013/05/17/us/new-york-cigarette-ring/index.html>
  14. ^ Billingslea, W. (2004) 'Illicit Cigarette Trafficking and the Funding of Terrorism'. The Police Chief, 71(2), 1-7
  15. ^ Townsend, M. and McVeigh, T. (2009) ‘Gangsters prey on young women to smuggle cigarettes’. The Guardian [online] available from <http://www.theguardian.com/uk/2009/sep/06/cigarette-smuggling-uk-organised-crime>
  16. ^ Slater, C. (2011) ‘SARS confiscated R400 000 worth of illegal cigarettes in Eastleigh’. Stop Illegal Cigarettes [online] available from <http://www.stopillegalcigarettes.co.za/article/2>
  17. ^ Geocurrents (2013) ‘Global patterns of tobacco related economic issues’. Geocurrents [online] available from <http://geocurrents.info/economic-geography/global-patterns-of-tobacco-related-economic-issues>
  18. ^ The Express Tribune (2013) ‘How illicit cigarette trade dents the socio-economic fabric’. The Express Tribune [online] available from <http://tribune.com.pk/story/598337/cancer-to-society-how-illicit-cigarette-trade-dents-the-socio-economic-fabric/>
  19. ^ Konos, B. (2013) ‘Illegal tobacco trade is £20m market in south-east London’. East London Lines [online] available from <http://www.eastlondonlines.co.uk/2013/08/illegal-tobacco-trade-is-20m-market-in-south-east-london/>
  20. ^ Department of Health and Ageing (2013) ‘Plain packaging of tobacco products’. Australian Government: Department of Health and Ageing [online] available from <http://www.health.gov.au/internet/main/publishing.nsf/Content/tobacco-plain>
  21. ^ a b Callaghan, R. C., Veldhuizen, S. Leatherdale, S., Murnaghan, D. and Manske, S. (2009) ‘Use of contraband cigarettes among adolescent daily smokers in Canada’. Canadian Medical Association Journal, 181(6-7), 384-386
  22. ^ Mecredy, G. C., Diemert, L. M., Callaghan, R. C. and Cohen, J. E. (2013) ‘Association between use of contraband tobacco and smoking cessation outcomes: a population-based cohort study’. Canadian Medical Association Journal, 185(7), 287-294