Roland Chia Ming Shen
Roland Chia Ming Shen | |
|---|---|
谢铭圣 | |
| Setiausaha Politik YAB Ketua Menteri Sabah | |
| Menyandang jawatan 9 November 2020 | |
| Ketua Menteri | Hajiji Noor |
| Ahli Jawatankuasa Sayap Bersekutu BERSATU | |
| Dalam jawatan 30 September 2021 – 11 December 2022 | |
| Ketua | Edmund Santhara Kumar Ramanaidu (2021-2022) Chong Fat Full (2022-2022) |
| Ketua Sayap Bersekutu BERSATU Sabah | |
| Dalam jawatan 14 Oktober 2021 – 11 December 2022 | |
| Ketua Bahagian Parti Gagasan Rakyat Sabah Kawasan Dun Inanam | |
| Menyandang jawatan 20 March 2023 | |
| Didahului oleh | Datuk Francis Goh Fah Shun |
| Ahli Dewan Undangan Negeri Sabah bagi Inanam | |
| Dalam jawatan 2013–2018 | |
| Didahului oleh | Johnny Goh Chin Lok |
| Digantikan oleh | Kenny Chua Teck Ho |
| Maklumat peribadi | |
| Lahir | Roland Chia Ming Shen 11 Oktober 1970[1] Manggatal, Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia |
| Parti politik | |
| Pasangan | Datin Cecilia Chong Su Ling |
| Pekerjaan | Ahli politik |
Roland Chia Ming Shen adalah merupakan ahli politik tempatan berasal dari Sabah, Malaysia. Beliau merupakan Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri Sabah, Hajiji Noor.[2] Beliau juga merupakan ahli rasmi Parti Gagasan Rakyat Sabah (GAGASAN RAKYAT), iaitu sebuah parti komponen di dalam Gabungan Rakyat Sabah (GRS). Beliau telah dilantik menjadi Ketua Bahagian GAGASAN RAKYAT untuk Dun Inanam sejak 2023. Manakala, Pada tahun 2024, Beliau telah mengetuai perhimpunan khas GAGASAN RAKYAT Inanam Cawangan Daerah Menggatal dan telah merasmikan beberapa cawangan Pemuda GAGASAN di kawasan Likas dan Inanam.
Politik
[sunting | sunting sumber]PKR
[sunting | sunting sumber]Dr. Roland pada awalnya merupakan ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sabah sehingga tahun 2020. Pada tahun 2020, beliau telah menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) cawangan Sabah atas sebab beliau telah melihat potensi besar kepemimpinan Ketua cawangan Datuk Seri Panglima Hajiji Noor yang sangat merangkumi semua aspek keperluan memimpin sebuah parti. Beliau juga mengatakan bahawa beliau ingin menambah pengalaman politik baru di dalam parti yang berbeza demi pembaharuan pembangunan yang berada di kawasan beliau terutama kawasan Dun Inanam.
Bersatu
[sunting | sunting sumber]Dr. Roland telah dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa Penaja bagi Sayap Bersekutu BERSATU pada 30 September 2021 lalu.[3]
Selain daripada itu, beliau juga telah dilantik sebagai Ketua Sayap Bersekutu BERSATU Sabah.[4]
Gagasan Rakyat
[sunting | sunting sumber]Pada penghujung tahun 2022, beliau telah keluar dari Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) untuk menyertai parti tempatan Sabah yang dikenali sebagai Parti Gagasan Rakyat Sabah atau lebih dikenali sebagai GAGASAN RAKYAT, sebuah parti komponen di dalam Gabungan Rakyat Sabah (GRS).
Penyertaan beliau diterima pada tahun 2023 dan Roland sekaligus dilantik menjadi Ketua Bahagian GAGASAN RAKYAT untuk Dun Inanam atas pengalaman politik beliau di Dun Inanam menggantikan penyandang sebelumnya iaitu Datuk Francis Goh Fah Shun.
Keputusan pilihan raya
[sunting | sunting sumber]| Thn | Konstituensi | Calon | Undi | Prts | Lawan | Undi | Prts | Buang undi | Majoriti | Keluar | ||
|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
| 2013 | N13 Inanam | Roland Chia Ming Shen (PKR) | 8,926 | 45.42% | Joseph Paulus Lantip (PBS) | 5,724 | 29.13% | 20,106 | 3,202 | 82.40% | ||
| Eric Majimbun (SAPP) | 5,003 | 25.46% | ||||||||||
| 2025 | N18 Inanam | Roland Chia Ming Shen (Bebas) | 6,489 | 23.02% | Edna Jessica Majimbun (WARISAN) | 9,441 | 33.49% | 28,820 | 2,952 | 63.31% | ||
| Peto Galim (PKR) | 4,748 | 16.84% | ||||||||||
| Kenny Chua Teck Ho (STAR) | 3,641 | 12.92% | ||||||||||
| Wong Thien Fook (UPKO) | 1,639 | 5.81% | ||||||||||
| Lewis Wong (KDM) | 561 | 1.99% | ||||||||||
| Chia Yun Kong (PR) | 460 | 1.63% | ||||||||||
| Shone Majimbun (Bebas) | 421 | 1.49% | ||||||||||
| Sumali @ Marino Ahmad (RUMPUN) | 303 | 1.07% | ||||||||||
| Paul Anap (IMPIAN) | 210 | 0.74% | ||||||||||
| Martin Sibit (GAS) | 149 | 0.53% | ||||||||||
| Gordon Lai Han Yung (PBK) | 68 | 0.24% | ||||||||||
| Joseph Linggian @ Joseph Chong (ANAK NEGERI) | 60 | 0.21% | ||||||||||
Penghargaan
[sunting | sunting sumber]
Sabah
Panglima Gemilang Darjah Kinabalu (PGDK) – Datuk (2021)[5]