Pergi ke kandungan

Roland Engan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Roland Engan
Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri
PKR Sarawak
Menyandang jawatan
2022
TimbalanAbun Sui Anyit (2022-2024)
Ahmad Nazib Johari (2024-kini)
Didahului olehAbang Zulkifli Abang Engkeh
Ketua PKR cabang Baram
Dalam jawatan
2022–2025
Maklumat peribadi
Lahir1973 (51 tahun)
Parti politik Parti Keadilan Rakyat
Tempat belajarUniversiti Teknologi MARA
PekerjaanAhli Politik

Roland Engan merupakan seorang ahli politik Malaysia berketurunan Dayak yang berkhidmat sebagai naib presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR). Beliau sebelum ini memegang jawatan sebagai Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) PKR Sarawak bagi penggal 2022–2025.[1]

Kerjaya politik

[sunting | sunting sumber]

Beliau bertanding dalam pilihan raya umum 2013 bagi kerusi parlimen Baram, di mana beliau berhadapan dengan penyandang, Anyi Ngau, daripada Barisan Nasional (BN), dan tewas tipis dengan perbezaan 194 undi. Beliau dicalonkan semula oleh PKR untuk bertanding di kerusi Baram pada pilihan raya umum 2018. Walau bagaimanapun, beliau tewas sekali lagi kepada Anyi Ngau, yang mengekalkan kerusi tersebut dengan majoriti meningkat sebanyak 1,990 undi.

Beliau dilantik sebagai Pengerusi Negeri PKR Sarawak pada tahun 2021, jawatan yang telah kosong selama lebih setahun berikutan peletakan jawatan pengerusi terdahulu, Larry Sng. Beliau bertanding di kerusi Baram buat kali ketiga pada tahun 2022, namun tewas lagi kepada Anyi Ngau dengan majoriti yang terus meningkat sebanyak 7,339 undi. Engan mula terlibat dalam kepimpinan pusat PKR apabila beliau dilantik sebagai salah seorang naib presiden parti pada tahun 2025, peranan yang dikongsinya bersama empat naib presiden lain.

Keputusan Pilihan Raya

[sunting | sunting sumber]
Parliament of Malaysia[2] [3] [4]
Thn Konstituensi Calon Votes Pct Opponent(s) Undi Prts Buang undi Majoriti Keluar
2013 P220 Baram Roland Engan (PR-PKR) 8,988 48.50% Anyi Ngau (BN-PDP) 9,182 49.54% 18,533 194 63.96%
Patrick Sibat (Bebas) 363 1.96%
2018 Roland Engan (PH-PKR) 10,181 45.55% Anyi Ngau (BN-PDP) 12,171 54.45% 22,352 1,990 63.91%
2022 Roland Engan (PH-PKR) 11,060 37.14% Anyi Ngau (BN-PDP) 18,399 61.78% 29,783 7,339 50.76%
Wilfred Entika (Bebas) 810 1.06%
  1. ↑ BERNAMA (Ogos 6, 2022). "PKR umum pengerusi Sabah, Sarawak". Berita Harian. Dicapai pada 8 Ogos 2022.{{cite web}}: CS1 maint: url-status (link)
  2. ↑ "Malaysia General Election". undiinfo Malaysian Election Data (dalam bahasa Inggeris). Malaysiakini. Dicapai pada 4 February 2018.
  3. ↑ "SEMAKAN KEPUTUSAN PILIHAN RAYA UMUM KE – 14". Election Commission of Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 13 September 2020. Dicapai pada 17 May 2018.
  4. ↑ "The Star Online GE14". The Star (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 24 May 2018.