Rolando Mandragora

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Rolando Mandragora
Mandragora bersama Udinese pada 2018
Maklumat peribadi
Nama penuh Rolando Mandragora
Tarikh lahir (1997-06-29) 29 Jun 1997 (umur 26)
Tempat lahir Naples, Itali
Ketinggian 1.83 m (6 ka 0 in)
Posisi permainan Pemain tengah
Maklumat kelab
Kelab terkini
Fiorentina
Nombor 38
Kerjaya remaja
Mariano Keller
2011–2016 Genoa
Kerjaya Senior*
Tahun Pasukan Kmcln (Gol)
2014–2016 Genoa 5 (0)
2015–2016Pescara (pinjam) 26 (0)
2016–2018 Juventus 1 (0)
2017–2018Crotone (pinjam) 36 (2)
2018–2020 Udinese 61 (3)
2020–2022 Juventus 0 (0)
2020–2021Udinese (pinjam) 10 (0)
2021–2022Torino (pinjam) 38 (3)
2022– Fiorentina 31 (3)
Pasukan kebangsaan
2013–2014 Itali B17 4 (0)
2014 Itali B18 1 (0)
2014–2015 Itali B19 10 (1)
2017 Itali B20 7 (0)
2015–2019 Itali B21 26 (0)
2018 Itali 1 (0)
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 31 Ogos 2023 (UTC)
‡ Gol dan kemunculan pasukan kebangsaan hingga 22 Jun 2019

Rolando Mandragora (sebutan bahasa Itali: [roˈlando manˈdraːɡora]; lahir 29 Jun 1997) merupakan pemain bola sepak profesional Itali yang beraksi di posisi peain tengah untuk kelab Serie A, Fiorentina.

Beliau memulakan kariernya di Genoa dengan melakukan lima penampilan di Serie A. Beliau seterusnya dipinjamkan ke Pescara untuk merebut lebih banyak peluang beraksi di Serie B. Pada 2016, beliau menyertai Juventus dan hanya melakukan satu penampilan sahaja sebelum dipinjamkan ke Crotone, pada setahun kemudian untuk beraksi dengan lebih kerap. Beliau telah berpindah ke Udinese pada tahun 2018.

Mandragora mewakili Itali di setiap peringkat umur dari pasukan bawah-17 hingga bawah-21. Beliau melakukan penampilan sulungnya untuk skuad senior pada Jun 2018.

Kerjaya kelab[sunting | sunting sumber]

Kerjaya awal[sunting | sunting sumber]

Bapa Mandragora menguruskan kelab bola sepak tempatan yang telah didirikan oleh Paolo and Fabio Cannavaro. Mandragora dipantau oleh kelab-kelab Serie A semasa beliau berada di Mariano Keller dan menyertai kelab belia Genoa pada usia 14 tahun.[1]

Beliau melakukan penampilan sulungnya di Serie A pada 29 Oktober 2014 dalam aksi menewaskan Juventus 1–0 di gelanggang sendiri. Beliau beraksi selama 69 minit permainan sebelum digantikan oleh Juraj Kucka.[2]

Juventus[sunting | sunting sumber]

Pada 19 Januari 2016, Juventus mengesahkan pembelian Mandragora dengan kontrak selama lima tahun melalui perpindahan yang pada awalnya bernilai 6 juta euro sebelum ia dijangka boleh meningkat sehingga 12 juta euro berdasarkan prestasinya. [3] Beliau menghabiskan saki-baki musim 2015–16 secara pinjaman beraksi untuk Pescara di Serie B. Pada April 2016, metatarsal pada kaki kanannya telah retak sekali gus memerlukan pembedahan. Pemulihannya telah terhalang berikutan komplikasu lalu memaksanya untuk menjalani pembedahan kedua pada bulan Ogos.[4]

Mandragora kembali ke Juventus untuk menghadapi musim 2016-17 dan beliau telah diberi jersi bernombor 38. Beliau melakukan penampilan sulungnya untuk Juventus pada 23 April 2017 dengan beraksi sebagai pemain gantian menggantikan Claudio Marchisio pada minit ke-86 permainan menewaskan kelab lamanya, Genoa 4–0 di gelanggang sendiri pada perlawanan Serie A.[5][6][7]

Pada 5 Ogos 2017, Mandragora telah dipinjamkan ke kelab Serie A yang lain, Crotone buat sepanjang musim.[8] Beliau tampil dalam kesemua perlawanan liga bersama Crotone tetapi pasukannya itu berdepan dengan penyingkiran. Beliau juga menyumbang dua jaringan gol yang mana jaringan sulungnya muncul pada 24 September ketika meraih kemenangan 2-0 ke atas Benevento.[9]

Udinese[sunting | sunting sumber]

Pada 2 Julai 2018, Mandragora telah dijual ke Udinese tetapi Juventus masih lagi mempunyai pilihan untuk membeli-balik dengan nilai 20 juta euro.[10]

Mandragora telah digantung satu perlawanan daripada beraksi dalam perlawanan Serie A pada Ogos 2018 selepas tendangannya diselamatkan oleh penjaga gol Sampdoria sebelum beliau lantas menghina dan melemparkan kata-kata kesat terhadap Virgin Mary dan Tuhan.[11]

Pada 22 Disember 2018, Mandragora menjaringkan gol pertamanya untuk Udinese ketika menentang Frosinone yang berakhir dengan kedudukan permainan terikat seri 1-1.[12] Pada seminggu kemudian, beliau telah dilayangkan kad merah serta-merta oleh VAR semasa pasukannya menewaskan Cagliari.[13]

Kerjaya antarabangsa[sunting | sunting sumber]

Sebagai tonggak utama pasukan belia Itali, Mandragora melakukan penampilan sulungnya untuk pasukan bawah-21 Itali pada 12 Ogos 2015 dalam aksi persahabatan menentang Hungary. Beliau telah disenaraikan ke dalam skuad yang akan bertanding ke kejohanan Piala Dunia B-20 FIFA 2017 di Korea Selatan.[14][15]

Mandragora melakukan penampilan pertamanya bersama skuad senior semasa di bawah kendalian pengurus Roberto Mancini dalam perlawanan persahabatan menentang Perancis yang berakhir dengan kekalahan 3-1 di Nice pada 1 Jun 2018.[16][17]

Beliau juga mengambil bahagian dalam Kejohanan Eropah Bawah-21 2019 sebagai menjadi kapten pasukan.[18]

Statistik kerjaya[sunting | sunting sumber]

Kelab[sunting | sunting sumber]

Sehingga 3 Disember 2019.[19]
Kelab Musim Liga Piala Eropah Lain Jumlah
Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol
Itali Genoa 2014–15 5 0 0 0 5 0
Itali Pescara 2015–16 26 0 1 0 27 0
Itali Juventus 2016–17 1 0 0 0 0 0 0 0 1 0
Itali Crotone 2017–18 36 2 1 0 37 2
Itali Udinese 2018–19 35 3 1 0 36 3
2019–20 25 0 2 3 27 3
Jumlah 60 3 3 3 63 6
Jumlah kerjaya 128 5 6 3 0 0 0 0 134 8

Antarabangsa[sunting | sunting sumber]

Sehingga 1 Jun 2018.[20]
Pasukan kebangsaan Itali
Tahun Kmncln Gol
2018 1 0
Jumlah 1 0

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Juventus

Catatan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Rolando Mandragora, il nuovo enfant prodige del calcio italiano". Tuttosport (dalam bahasa Italian). 27 June 2015.CS1 maint: unrecognized language (link)
  2. ^ "Genoa vs. Juventus - 29 October 2014 - Soccerway". soccerway.com. Dicapai pada 2014-11-01.
  3. ^ "AGREEMENT WITH GENOA C.F.C. FOR THE ACQUISITION OF THE PLAYER ROLANDO MANDRAGORA" (PDF). Juventus F.C. 19 January 2016. Dicapai pada 19 January 2016.
  4. ^ "Juventus, Mandragora l'acquisto ancora mai visto". Tuttosport (dalam bahasa Italian). 8 November 2016.CS1 maint: unrecognized language (link)
  5. ^ "The 50 best young footballers in Italy". The Guardian. 24 January 2017.
  6. ^ Filippo Conticello (23 April 2017). "Juventus-Genoa 4-0: autogol di Munoz, Dybala, Mandzukic e Bonucci". La Gazzetta dello Sport (dalam bahasa Italian).CS1 maint: unrecognized language (link)
  7. ^ "Mandragora esordisce con la Juventus: tutta la gioia su Instagram". Tuttosport (dalam bahasa Italian). 24 April 2017.CS1 maint: unrecognized language (link)
  8. ^ "Official: Crotone loan Mandragora". Football Italia. 5 August 2017.
  9. ^ "Crotone-Benevento 2-0: Mandragora e Rohden rilanciano Nicola". La Gazzetta dello Sport (dalam bahasa Italian). 24 September 2017. Dicapai pada 29 August 2018.CS1 maint: unrecognized language (link)
  10. ^ "Calciomercato Udinese, preso Mandragora dalla Juventus" (dalam bahasa Italian). Sky Italia. 2 July 2018.CS1 maint: unrecognized language (link)
  11. ^ "Udinese's Rolando Mandragora suspended for 'blasphemous remarks'". BBC Sport. 29 August 2018. Dicapai pada 29 August 2018.
  12. ^ "Udinese-Frosinone 1-1, Ciano risponde a Mandragora, Baroni parte bene" [Udinese-Frosinone 1-1, Ciano responds to Mandragora, Baroni starts well]. La Repubblica (dalam bahasa Italian). 22 December 2018. Dicapai pada 28 March 2020.CS1 maint: unrecognized language (link)
  13. ^ Farinola, Antonio (29 December 2018). "Udinese-Cagliari 2-0: Pussetto e Behrami rilanciano i bianconeri" [Udinese-Cagliari 2-0: Pussetto and Behrami relaunch the Bianconeri]. La Repubblica (dalam bahasa Italian). Dicapai pada 28 March 2020.CS1 maint: unrecognized language (link)
  14. ^ "FIFA U-20 World Cup Korea Republic 2017: List of Players" (PDF). FIFA. 25 May 2017.
  15. ^ "Azzurrini in partenza per la Corea del Sud. Evani: "Abbiamo il dovere di arrivare in fondo"" (dalam bahasa Italian). FIGC. 15 May 2017.CS1 maint: unrecognized language (link)
  16. ^ "Caldara: 'Azzurri on right track'". Football Italia. 2 June 2018. Diarkibkan daripada yang asal pada 2020-03-25. Dicapai pada 2 June 2018.
  17. ^ "Italy: Experimental Azzurri test France". Football Italia. 1 June 2018. Dicapai pada 2 June 2018.
  18. ^ https://www.figc.it/it/nazionali/news/nazionale-under-21-parte-avventura-europea-di-biagio-ufficializza-la-lista-dei-23-azzurrini/
  19. ^ "R. Mandragora". Soccerway. Dicapai pada 18 May 2017.
  20. ^ Templat:NFT

Pautan luar[sunting | sunting sumber]