Rolls-Royce MT30

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
MT30
Jenis Turbin gas
Negara pengeluar United Kingdom
Pengeluar Rolls-Royce plc
Pertama kali diguna 2000s
Dibangunkan dari Rolls-Royce Trent 800

Rolls-Royce MT30 (Marine Turbine) adalah sebuah enjin turbin gas marin yang dibangunkan berdasarkan pada enjin aero Rolls-Royce Trent 800. MT30 masih mengekalkan 80% persamaan dengan Trent 800, enjin yang digunakan pada pesawat Boeing 777. Kuasa maksimum adalah 40 MW dan kuasa efektif minimum adalah 25 MW.[1]

Rolls-Royce telah mengumumkan bahawa program MT30 pada 11 September 2001. Enjin ini buat pertama kali telah diuji pada 6 September 2002. Pada awal tahun 2003, MT30 telah dipilih untuk menjana kuasa kapal pengangkut pesawat masa depan (CVF) untuk Tentera Laut Diraja dan juga dipasang pada kapal pembinasa multi-misi DD(X) Tentera Laut A.S. Pada bulan Jun 2004, Lockheed Martin telah menganugerahkan kontrak enjin untuk rekabentuk kapal tempur pesisir kepada MT30.

Pada tahun 2012, pihak syarikat telah mempakej semula MT30 untuk membolehkan ia dipasang pada kapal yang lebih kecil,[2] dan pesanan pertama diterima dari Korea Selatan untuk kapal-kapal frigat kelas-Daegunya.

Kegunaan[sunting | sunting sumber]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Pembangunan berkaitan

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Royce, Rolls. "MT30 Marine Gas Turbine webpage". Rolls-Royce plc. Dicapai pada 24 July 2020.
  2. ^ Chuter, Andrew (23 August 2012). "Process Begins to Equip Royal Navy's Type 26 Frigate". Diarkibkan daripada yang asal pada 20 February 2013.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]