Romaji

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Papan tanda suatu persimpangan di kejiranan Hibiya, Chiyoda, Tokyo yang berdwiaksara kanji-kana di atas dan romaji di bawah.

Romaji (ローマ字, rōmaji, روماجي) (Mengenai audio ini dengar ) merupakan penggunaan huruf Rumi (perumian) untuk menulis dan menjelaskan sebutan yang ada dalam bahasa Jepun. Terdapat beberapa sistem perumian yang ada dalam bahasa Jepun, antara yang paling terkenal ialah perumian Hepburn, Kunrei-shiki dan Nikon-shiki.

Kaedah perumian ini diajarkan dalam kalangan orang Jepun dari peringkat sekolah rendah, tetapi lebih lazimnya untuk memudahkan pemasukan aksara Jepun dalam peranti seperti komputer dan telefon pintar yang didasarkan aksara Rumi.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Buku tertua yang memuat penulisan bahasa Jepun dengan abjad Latin adalah Kisah Para Hawari yang diterbitkan tahun 1591 berjudul Santos no Gosagveo no uchi Nuqigaqi (サントスの御作業の内抜書, bentuk moden Hepburn: "santosu no gosagyō no uchi nukikaki"), judul tersebut ditulis dengan abjad Latin mengikut ejaan bahasa Portugis semasa itu. Pada masa itu belum dikenal jadual yang menunjukkan daftar suku kata (kana) dalam bahasa Jepun dan padanannya dalam abjad Latin bahasa Portugis dan Belanda. Akibatnya romaji hanya digunakan terbatas di kalangan misionaris dan ilmuwan.

Pada tahun 1867, jadual aksara kana dan padanannya dalam abjad Latin disusun pertama kali oleh James Curtis Hepburn. Alihaksara yang kemudian dikenal sebagai alihaksara Hepburn digunakan dalam edisi pertama kamus Jepun-Inggeris Wa-eigo rinshūsei karya Hepburn. Alihaksara Hepburn berdasarkan abjad Latin yang digunakan dalam pengucapan bahasa Inggeris. Ahli bahasa banyak mengkritik kegagalan alihaksara Hepburn dalam menuliskan bahasa Jepun sesuai pengucapan asli orang Jepun yang menuturkan secara jati.

Sebagai tandingan alihaksara Hepburn, Tanakadate Aikitsu mengusulkan Nihon-shiki Rōmaji yang didasarkan teori fonologi. Nihon-shiki Rōmaji cukup mendapat dukungan ahli bahasa Jepun di dalam dan luar negeri. Tapi sistem ini justru tidak disukai penutur bahasa Inggeris kerana pengucapan tidak berdasarkan lafal bahasa Inggeris. Sebagai kompromi antara alihaksara Hepburn dan Nihon-shiki Rōmaji, pemerintah Jepun mengeluarkan Instruksi Kabinet No.3 tertanggal 21 September 1937 tentang alihaksara yang dikenal sebagai Kunrei-shiki Rōmaji.

Di bawah pendudukan pihak Sekutu, sistem Hepburn ditetapkan sebagai alih aksara rasmi di Jepun oleh Panglima Tertinggi Sekutu untuk menggantikan sistem Kunrei-shiki. Pemerintah Jepun terus berusaha menghidupkan kembali alihaksara Kunrei-shiki hingga akhirnya berhasil menetapkannya kembali dengan Instruksi Kabinet No.1 tertanggal 29 Desember 1954. Penggunaan alih aksara Kunrei-shiki diwajibkan untuk "semua penulisan bahasa Jepung pada umumnya," dengan tambahan peraturan yang membatasi penggunaan alih aksara Hepburn dalam hubungan antarabangsa dan sebagainya demi meneruskan tradisi yang sudah lazim.

Alihaksara Kunrei-shiki (termasuk di dalamnya alihaksara Nihon-shiki) telah diakui Pertubuhan Pemiawaian Antarabangsa dalam piawai ISO 3602 Documentation -- Romanization of Japanese (kana script).

Piawaian dalam negeri[sunting | sunting sumber]

Sesuai Pengumuman Pemerintah No.1 Tahun 1954, piawaian alihaksara di dalam negeri Jepun adalah alihaksara Kunrei-shiki seperti tertera pada jadual 1. Alihaksara seperti tertera pada jadual 2 dimaksudkan untuk digunakan dalam hubungan internasional dan meneruskan tradisi yang sudah lazim. Alihaksara yang ditulis mengikuti jadual 2 harus dinyatakan dalam catatan kaki.

Lihat http://xembho.s59.xrea.com/siryoo/naikaku_kokuzi.html untuk piawaian alihaksara yang digunakan di Jepun.

Piawaian antarabangsa[sunting | sunting sumber]

Pertubuhan Pemiawaian Antarabangsa menetapkan ISO3602 pada tahun 1989 dengan alihaksara Kunrei-shiki. Sedangkan penulisan romaji menurut alihaksara Nihon-shiki digunakan secara terbatas.

Piawaian Inggeris-Amerika[sunting | sunting sumber]

Piawaian alihaksara yang ditetapkan British Standards Institution dan American National Standards Institute keduanya memiliki isi yang sama. Piawaian ANSI telah dihapus tahun 1994 dan Amerika Syarikat tidak lagi memiliki piawaian alihaksara romaji.

Piawaian alihaksara kalangan terbatas[sunting | sunting sumber]

Kaedah Hepburn Kementerian Luar Negeri[sunting | sunting sumber]

Kementerian Luar Negeri Jepun menggunakan sistem yang didasarkan alihaksara Hepburn untuk menulis nama orang dalam pasport. Pada prinsipnya, vokal panjang tidak ditulis, dengan beberapa perkecualian seperti aksara オ vokal panjang yang ditulis sebagai "OH."

Kaedah Hepburn untuk papan petunjuk[sunting | sunting sumber]

Seperti alihaksara Hepburn yang digunakan pada pasport, vokal panjang tidak ditulis pada papan nama jalan atau papan petunjuk. Menurut Instruksi Kabinet No.1 tahun 1954, huruf "n" ditetapkan sebagai bunyi yang memisahkan suku kata, dan tanda hubung digunakan sebagai pemisah antar suku kata, misalnya: Shin-Osaka. Sesuai piawaian Inggeris-Amerika, huruf "c" yang diikuti huruf "ch" diganti dengan huruf "t," misalnya: 仏地院 (Butchiin).

Kaedah Hepburn untuk papan nama stesen[sunting | sunting sumber]

Penulisan dengan aksara Latin pada papan petunjuk kereta api di Jepun diatur dalam lampiran peraturan Kementerian Pengangkutan Jepun No.398 tanggal 26 Julai 1947. Alihaksara Hepburn yang Disempurnakan merupakan piawaian penulisan papan nama di stesen kereta api. Huruf vokal disebut panjang diberi tanda diakritik berupa garis di atas huruf vokal panjang. Huruf "n" yang diikuti huruf "b", "m", dan "p" berubah menjadi huruf "m." Tanda hubung dipakai sebagai pemisah antar suku kata. Huruf "c" yang diikuti huruf "ch" berubah menjadi huruf "t."

Jadual pembandingan[sunting | sunting sumber]

Kana Hepburn Nihon-shiki Kunrei-shiki
うう ū û
おう, おお ō ô
shi si
しゃ sha sya
しゅ shu syu
しょ sho syo
ji zi
じゃ ja zya
じゅ ju zyu
じょ jo zyo
chi ti
tsu tu
ちゃ cha tya
ちゅ chu tyu
ちょ cho tyo
ji di zi
zu du zu
ぢゃ ja dya zya
ぢゅ ju dyu zyu
ぢょ jo dyo zyo
fu hu
i wi i
e we e
o wo o
n, n' ( m) n n'

Contoh kata dialihkan[sunting | sunting sumber]

Bahasa Melayu Bahasa Jepun Huraian kana Kaedah perumian
Hepburn Kunrei-shiki Nihon-shiki
"Tulisan Rumi" ローマ字 ローマじ rōmaji rômazi rômazi
"Gunung Fuji" 富士山 ふじさん Fujisan Huzisan Huzisan
"teh" お茶 おちゃ ocha otya otya
"gabenor" 知事 ちじ chiji tizi tizi
"kecut (mengecut)" 縮む ちぢむ chijimu tizimu tidimu
"(ber)sambung" 続く つづく tsuzuku tuzuku tuduku

Sumber[sunting | sunting sumber]

  • Chibbett, David (1977). The History of Japanese Printing and Book Illustration. Kodansha International Ltd. ISBN 0-87011-288-0.
  • Jun'ichirō Kida (紀田順一郎, Kida Jun'ichirō). Nihongo Daihakubutsukan (日本語大博物館) (dalam bahasa Jepun). Just System (ジャストシステム, Jasuto Shisutem). ISBN 4-88309-046-9.Selenggaraan CS1: pelbagai nama: senarai pengarang (link)
  • Tadao Doi (土井忠生) (1980). Hōyaku Nippo Jisho (邦訳日葡辞書) (dalam bahasa Jepun). Iwanami Shoten (岩波書店).
  • Tadao Doi (土井忠生) (1955). Nihon Daibunten (日本大文典) (dalam bahasa Japanese). Sanseido (三省堂).Selenggaraan CS1: bahasa tidak dikenali (link)
  • Mineo Ikegami (池上岑夫) (1993). Nihongo Shōbunten (日本語小文典) (dalam bahasa Jepun). Iwanami Shoten (岩波書店).
  • Hiroshi Hino (日埜博) (1993). Nihon Shōbunten (日本小文典) (dalam bahasa Jepun). Shin-Jinbutsu-Ôrai-Sha (新人物往来社).

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

  • Rōmaji sōdan shitsu - Koleksi bahan-bahan berkaitan dengan romaji termasuklah dokumen standard dan kamus asal Hepburn dalam versi HTML. (Jepun)
  • Teka-teki Romaji oleh Andrew Horvat yang mengandungi perbincangan mengenai masalah yang disebabkan oleh pelbagai sistem perumian yang digunakan di Jepun pada hari ini.
  • "Katakan tidak kepada romaji!", sumber yang menggalakkan penggunaan kana dalam industri pembelajaran bahasa Jepun yang mengandungi perbincangan antara para pelajar dan guru mengenai subjek romaji.