Ronald Sugar

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Ronald D. Sugar
Kelahiran (1948-07-30) 30 Julai 1948 (umur 75)[1]
WarganegaraAmerika
Pusat pendidikanUCLA
PekerjaanAhli perniagaan
Pengerusi & CEO Northrop Grumman (2003-2010)
PendahuluKent Kresa
Parti politikRepublikan
Ahli lembagaChevron Corp. (2005-), Apple Inc. (2010-)
PasanganValerie Sugar
Anak-anak2

Ronald D. Sugar (lahir 30 Julai 1948) adalah eksekutif perniagaan Amerika. Beliau berkhidmat sebagai pengerusi lembaga dan ketua pegawai eksekutif Northrop Grumman Corporation dari 2003 sehingga 2009. Pada 1 Ogos 2018 beliau telah bersepakat dipilih sebagai Pengerusi bebas Uber Technologies Inc.[3]

Kehidupan awal[sunting | sunting sumber]

Ronald D. Sugar dilahirkan pada 30 Julai 1948. Beliau menerima Doktor Falsafah dalam bidang kejuruteraan elektrik dari UCLA pada tahun 1971 selepas beliau menamatkan pengajian summa cum laude dalam kejuruteraan dari Universiti California, Los Angeles pada tahun 1968.

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Sugar berkhidmat sebagai presiden dan ketua pegawai operasi TRW Aerospace and Information System. Dari 2000 hingga 2001, beliau berkhidmat sebagai presiden dan ketua pegawai operasi Litton Industries, Inc. Beliau kemudiannya berkhidmat sebagai presiden dan ketua pegawai operasi Northrop Grumman Corporation dari 2001 hingga 2003, dan sebagai pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif dari tahun 2003 hingga 2009.[4] Beliau digantikan oleh Wesley G. Bush.[5]

Sugar juga pernah menjadi pengarah Chevron Corporation sejak 2005 dan Apple, Inc. sejak 2010.[6]

Kedermawanan[sunting | sunting sumber]

Beliau merupakan ahli lembaga amanah Universiti California Selatan.[7]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ http://articles.latimes.com/2009/jul/05/business/fi-cover5/3
  2. ^ https://www.reuters.com/finance/stocks/officer-profile/AAPL.O/1528234
  3. ^ Bloomberg - Uber names ex-Northrop CEO Sugar as Chairman
  4. ^ "Chevron - Ronald D. Sugar". Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-09-27. Dicapai pada 2018-12-12.
  5. ^ Northrop Grumman CEO Ronald Sugar Retiring
  6. ^ "Ronald D. Sugar Joins Apple's Board of Directors". Apple. November 17, 2010.
  7. ^ Board of Trustees Diarkibkan 2011-07-26 di Wayback Machine, University of Southern California, Accessed April 13, 2008.