Ronaldo

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Ronaldo "The Phenomenon"
Ronaldo24.jpg
Maklumat peribadi
Nama penuh Ronaldo Luis Nazário de Lima
Tarikh lahir 18 September 1976 (40 tahun)
Tempat lahir Rio de Janeiro, Brazil
Tinggi 1.83 (6 ka 0 in)
Posisi permainan Penyerang
Nombor 9
Kerjaya remaja
1990-1993 São Cristóvão
Kerjaya senior*
Tahun Pasukan Kmncln (Gol)
1993-1994 Cruzeiro 47 (44)
1994-1996 PSV Eindhoven 57 (54)
1996-1997 Barcelona 49 (47)
1997-2002 Inter Milan 99 (59)
2002-2007 Real Madrid 177 (104)
2007-2008 AC Milan 20 (9)
2009-2011 Corinthians 69 (35)
Jumlah 518 (352)
Pasukan kebangsaan
1994-2011 Brazil 98 (62)
* Kemunculan kelab senior dan gol dikira untuk liga tempatan sahaja .
† Kemunculan (Gol).

Ronaldo Luís Nazário de Lima (lahir pada 18 September 1976) atau dikenali sebagai Ronaldo ataupun digelar "The Phenomenon" merupakan seorang bekas pemain dan lagenda bola sepak Brazil. Beliau pernah dianggap sebagai salah seorang pemain bola sepak terbaik sepanjang zaman.

Pada 14 Februari 2011, Ronaldo mengumumkan persaraan dari arena bola sepak dengan aksi terakhirnya bersama skuad kebangsaan Brazil menentang Romania pada aksi persahabatan di stadium Pacaembu Sao Paulo, Brazil.

Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]

Seperti kebanyakan pemain bola sepak Brazil, Ronaldo juga berasal dari keluarga yang miskin. Dia dibesarkan di Bento Ribeiro dan hanya bermain bola sepak di jalanan sekitar rumahnya saja. Dia juga tidak mampu untuk membeli but bola supaya boleh berlatih di kelab kesayangannya Flamengo. Namun bakat yang ada pada dirinya tercium oleh lagenda Brazil Jairzinho yang membawanya untuk menyertai kelab Cruzeiro yang bermain diliga Serie A Itali.

Skuad kebangsaan Brazil[sunting | sunting sumber]

Piala Dunia 1994

Ronaldo94.jpg

Pada tahun 1994, Ronaldo yang berusia 18 tahun telah dipanggil masuk ke skuad kebangsaan Brazil untuk menghadapi Piala Dunia 1994 yang berlangsung di Amerika Syarikat. Debut perlawanan pertamanya dalam skuad kebangsaan Brazil ialah menentang Argentina di Recife. Bagaimanapun Ronaldo tidak sekali pun diturunkan dalam sebarang perlawanan piala dunia yang mana dimenangi oleh Brazil menerusi gandingan Penyerang Romário dan Bebeto. Perlawanan rasminya bersama Seleção adalah pada Sukan Olimpik 1996 di Atlanta. Ketika itu dia bermain dengan menggunakan nama Ronaldinho kerana ada juga rakan dalam skuadnya yang juga bernama Ronaldo Guiaro. Brazil mendapat tempat ketiga di acara bola sepak di Sukan Olimpik Atlanta 1996.

Piala Dunia 1998

Ronaldo98.jpg

Karier Ronaldo yang terus berjaya bersama Barcelona dan Inter Milan membuat dirinya untuk meraih gelaran Piala Dunia yang pertamanya sebagai pemain utama. Tambahan pula, selepas dia mendapat anugerah Pemain Terbaik Dunia FIFA dalam dua tahun berturut-turut membuatnya berasa bahawa Seleção akan meraih gelaran juara di Piala Dunia 1998 yang berlangsung di Perancis. Sepanjang perlawanan piala dunia, Ronaldo menunjukkan corak permainan yang impresif dengan meledak 4 gol dan 3 bantuan. Bergandingan dengan Bebeto di barisan hadapan, Ronaldo berjaya membawa Brazil ke final Piala Dunia menentang Perancis selaku tuan rumah yang berlangsung di stadium Saint Denis. Namun 72 minit sebelum kick-off nama Ronaldo ditarik dari pendaftar startline menentang Perancis yang mana dikatakan Ronaldo diserang penyakit sawan. Walau bagaimanpun, Ronaldo tetap tampil di final itu dan tidak boleh berbuat apa dalam pertandingan sehingga Perancis memenangi trofi Piala Dunia untuk kali yang pertama dengan keputusan perlawanan 3-0.

Piala Dunia 2002

Ronaldo02.jpg

Selepas sembuh dari kecerderaan selama dua tahun. Skuad Seleção kembali semula memanggil Ronaldo kerana prestasinya yang semakin baik bersama Inter Milan. Jurulatih Brazil, Luiz Felipe Scolari meletakkan Ronaldo sebagai trio Penyerang Seleção bersama dengan Rivaldo dan Ronaldinho. Penampilan terbaik trio yang mendapat jolokan 3R itu berjaya membawa Brazil sekali lagi di pentas final Piala Dunia 2002. Kali ini menentang Jerman yang mempunyai seorang Penjaga gol yang hebat iaitu Oliver Kahn. Seleção kali ini meraih kejayaan bermakna dengan mengalahkan Jerman 2-0 hasil kedua-dua gol dijaringkan oleh Ronaldo. Ronaldo juga mendapat anugerah sebagai penjaring terbanyak Piala Dunia 2002 dengan 8 gol dan berjaya menyamai rekod lagenda Brazil, Pele yang telah menjaringkan 12 gol sepanjang penampilan di Piala Dunia.

Piala Dunia 2006

Ronaldo06.jpg

Penampilan Ronaldo di Piala Dunia 2006 dipenuhi kontroversi mengenai berat badannya yang nampak melebihi berat ideal. Dia dikritik kerana tubuh badannya yang dikatakan kurang fit dan penampilannya yang buruk. Walau bagaimanapun, pada perlawanan ketiga separuh masa pertama menentang Jepun, Dia menjaringkan 2 gol yang membawanya sejajar dengan Gerd Muller sebagai penjaring terbanyak di Piala Dunia sepanjang sejarah dengan 14 gol. Satu gol yang dijaringkannya ketika menentang Ghana pada 27 Jun telah menjadikannya penjaring gol terbanyak sepanjang sejarah Piala Dunia dengan rekod 15 gol. Skuad eleção pun gagal mempertahankan gelaran juara Piala Dunia setelah kalah dengan Perancis 1-0 pada aksi separuh akhir. Itu adalah penampilan terakhir Ronaldo bersama Skuad Kebangsaan Brazil dan dia telah menjaringkan 62 gol dan penampilan sebanyak 92 kali dalam skuad kebangsaan Brazil.

14 Februari 2011: Persaraan

Ronaldo11.jpg

Selepas tamat aksi persahabatan di antara Skuad Brazil dengan Romania di stadium Pacaembu Sao Paulo, Brazil. Ronaldo telah mengumumkan persaraannya dari arena bola sepak.

Kelab[sunting | sunting sumber]

1993-1994: Cruzeiro[sunting | sunting sumber]

Ronaldo91.jpg

Pada awal kemunculannya bersama kelab Cruzeiro, Ronaldo telah menjaringkan 44 gol daripada 47 penampilannya.

1994-1996: PSV Eindhoven[sunting | sunting sumber]

Ronaldonazario9.jpg

Ketika beraksi bersama PSV Eindhoven Ronaldo telah menjaringkan 54 gol daripada 57 penampilannya selama dua musim.

1996-1997: Barcelona[sunting | sunting sumber]

Ronaldobarca.jpg

Di Barcelona, Ronaldo telah menjaringkan 47 gol daripada 49 penampilannya untuk Barca sepanjang dua tahun.

1997-2002: Inter Milan[sunting | sunting sumber]

Ronaldointer.jpg

Ketika bersama Inter Milan, Ronaldo telah menjaringkan 59 gol daripada 99 penampilannya.

2002-2007: Real Madrid[sunting | sunting sumber]

RonaldoRM.jpg

Ronaldo telah menjaringkan 104 gol daripada 177 penampilannya bersama Real Madrid dari musim 2002 hingga 2007.

2007-2008: AC Milan[sunting | sunting sumber]

RonaldoAC.jpg

Pada tahun 2007, Ronaldo telah berpindah ke AC Milan dan hanya menjaringkan 9 gol daripada 20 penampilannya selama semusim di liga Serie A itu.

2009-2011: orinthians[sunting | sunting sumber]

Ronaldo2011.jpg

Kelab Corinthians merupakan kelab terakhir Ronaldo sebelumnya bersara. Ronaldo telah menjaringkan 35 gol daripada 69 penampilannya sepanjang tiga musim.

Gaya permainan[sunting | sunting sumber]

Pada awal kariernya, Ronaldo adalah seorang Penyerang yang memiliki kelajuan maksima yang boleh menewaskan pertahanan lawan sambil mendribble bola. Kedua-dua kakinya merupakan senjata utama untuknya menjaringkan gol demi gol. Manakala kepalanya jarang digunakan untuk menjaringkan gol walaupun dia mempunyai ketinggian yang tinggi. Ketika dia bermain untuk Real Madrid, dia sedikit mengubah gaya permainannya dengan banyak mencari ruang kosong di antara Pertahanan dan melepaskan tendangan jarah jauh ke gawang lawan. Masalah ini kerana tubuhnya yang sudah tidak boleh untuk bermain seperti gaya sebenarnya bermain diawal kariernya. Kelebihan berat badan dan kecerderaan terus menimpanya merupakan alasan kenapa Ronaldo mengubah gaya permainannya.

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Kelab[sunting | sunting sumber]

Cruzeiro

  • Piala Copa do Brazil (1993)
  • Liga Campeonato Mineiro (1994)

PSV Eindhoven

  • Piala KNVB (1996)
  • Piala Johan Cruijff-schaal (1996)

Barcelona

  • Piala Supercopa de Espana (1996)
  • Piala Copa de Rey (1997)
  • Piala UEFA (1997)

Inter Milan

  • Piala UEFA (1998)

Real Madrid

  • La Liga (2002)
  • Piala Intercontinental (2002)
  • Piala Supercopa de Espana (2003)

Corinthians

  • Liga Campeonanto Paulista (2009)
  • Piala Copa do Brazil (2009)

Skuad kebangsaan Brazil[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Wikiquote-logo.svg
Wikiquote mempunyai koleksi petikan mengenai: